Kalimat perhiasan di dalam al-Qur'an


Kalimat zinah di dalam al-Qur'an diterjemah kepada perhiasan. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut disenaraikan di bawah. Diselitkan juga selepas senarai itu sebuah ayat yang mengandungi kalimat risy yang bermakna pakaian perhiasan.

Turut dicatat, di hujung halaman ini, ialah ayat-ayat mengandungi kalimat zukhruf yang antara maknanya ialah perhiasan.

 

i. zinah - adornment, ornament, embellishment; finery

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir.

7:32. Katakanlah, "Siapakah yang haramkan perhiasan Allah yang Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.

10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."

11:15. Sesiapa yang hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya.

16:8. Dan kuda, dan baghal, dan keledai, untuk kamu tunggangi mereka, dan sebagai perhiasan; dan Dia cipta apa yang kamu tidak tahu.

18:7. Kami buatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami uji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.

18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang yang hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.

18:46. Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia; tetapi yang kekal, kerja-kerja baik - adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan.

20:59. Berkata, "Janji temu kamu ialah Hari Perhiasan. Hendaklah manusia dikumpulkan pada waktu duha (pagi)."

20:87. Mereka berkata, "Kami tidak mungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami dibebankan oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami lemparkan mereka, seperti demikian Samiri lemparkan mereka, ke dalam api."

24:31. Dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk tanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

28:60. Apa sahaja benda yang kamu diberi adalah kesenangan kehidupan dunia dan perhiasannya; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu faham?

28:79. Maka dia keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Orang-orang yang hendak kehidupan dunia berkata, "Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa yang Karun diberi! Sesungguhnya dia seorang empunya peruntungan yang besar."

33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.

37:6. Kami hiasi langit dunia dengan hiasan daripada bintang-bintang,

57:20. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang tidak percaya; kemudian ia jadi kering, dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian ia jadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan ampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan.

~ A Concordance of the Qur'an ms 1335


ii.
risy - feathers


 

7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah turunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.

~ A Concordance of the Qur'an ms ms 1043)

 

iii. zukhruf  - glitter, ornament; tawdriness

6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

17:93. Atau, sehingga kamu mempunyai sebuah rumah daripada perhiasan (emas), atau sehingga kamu naik ke langit; dan kami tidak akan percayai kenaikan kamu sehingga kamu turunkan kepada kami sebuah kitab supaya kami membacanya." Katakanlah, "Pemeliharaku disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang Rasul?"

43:35. Dan perhiasan-perhiasan; sesungguhnya semua ini tiadalah melainkan kesenangan kehidupan dunia, dan akhirat di sisi Pemelihara kamu adalah bagi orang-orang bertakwa.

~ A Concordance of the Qur'an ms 1327


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman