Frasa Percaya Kepada Allah di dalam al-Qur'an

 

Di sini terdapat lima bahagian, iaitu ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi frasa-frasa di bawah ini:

 

1. Percaya Kepada Allah

2:8. Dan sebahagian manusia ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir" tetapi mereka bukan orang-orang mukmin (yang percayai).

2:28. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?

2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa tidak percaya Aku akan berikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan paksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"

2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."


2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan
memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa dengan benar.

2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan tunggu sendiri selama tiga haid, dan tidak halal bagi mereka untuk sembunyikan apa yang Allah cipta di dalam rahim mereka jika mereka percayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk kembalikan mereka jika mereka hendak membetulkan. Bagi mereka ada hak yang baik seperti ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.

2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.
 

2:264. Wahai orang-orang yang percaya, jangan batalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang nafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan tinggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka usahakan. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

2:285. Rasul percaya kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. "Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."

3:52. Dan apabila Isa sedari ketidakpercayaan mereka, dia berkata, "Siapakah yang akan jadi penolong-penolongku untuk Allah?" Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, "Kami akan jadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.

3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa diberi kepada Musa dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."

3:110. Kamu adalah umat terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu percayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentu itu lebih baik bagi mereka; antara mereka, orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.


3:114. Mereka percayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itu orang-orang salih.

3:199. Dan daripada ahli Kitab ada yang percayai Allah, dan apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan kepada mereka; mereka rendah hati kepada Allah, tidak jual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit. Mereka itu, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

4:38. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dan mereka tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.

4:39. Apakah bagi mereka, sekiranya mereka percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan nafkahkan daripada apa yang Allah rezekikan mereka? Allah tahu mereka.

4:59. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikan ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik.


4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

4:150. Orang-orang tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan hendak buat perbezaan antara Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan berkata, "Kami percayai sebahagian, dan kami tidak percaya kepada sebahagian" dan hendak ambil di antara ini dan itu, satu jalan.

4:152. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan mereka tidak beza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan beri mereka upah mereka; Allah Pengampun, Pengasih.

4:171. Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan jangan kata, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

4:175. Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan masukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan beri mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.


5:59. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, adakah kamu dendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?"

5:69. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Sabiin, dan orang-orang Kristian, sesiapa yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

5:81. Sekiranya mereka percayai Allah, dan Nabi, dan apa diturunkan kepada mereka, tentu mereka tidak ambil mereka sebagai wali-wali (sahabat-sahabat); tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.

5:84. Tidakkah kami patut percayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan inginkan supaya Pemelihara kami masukkan kami berserta kaum yang salih?"

7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk."


8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan Rasul, dan kepunyaan sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan apa Kami turunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

9:18. Yang akan makmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang dapat petunjuk.

9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidak sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:29. Perangilah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.

9:44. Orang-orang yang percayai Allah dan Hari Akhir, tidak minta izin kepada kamu untuk berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka; dan Allah tahu orang-orang bertakwa.
9:45. Mereka yang minta izin kepada kamu hanyalah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.


9:54. Dan tiada yang mengmenghalangi daripada nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka tidak datangkan solat melainkan dengan malas, dan mereka tidak nafkahkan tanpa mereka membencinya.

9:61. Dan sebahagian daripada mereka menyakiti Nabi, dengan berkata, "Dia telinga!" Katakanlah, "Telinga yang baik bagi kamu; dia percayai Allah, dan percayai orang-orang mukmin, dan dia adalah satu pengasihan bagi orang-orang yang percaya antara kamu. Orang-orang yang menyakiti Rasul Allah, bagi mereka, azab yang pedih."

9:80. Mintalah ampun bagi mereka, atau kamu tidak minta ampun bagi mereka; jika kamu mintakan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali pun, Allah tidak akan ampunkan mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada Allah, dan Rasul-Nya. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.

9:84. Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.

9:86. Dan apabila sebuah surah diturunkan, "Percayalah kepada Allah, dan berjuanglah bersama Rasul-Nya", orang-orang yang mewah antara mereka minta izin kepada kamu, dengan berkata, "Tinggalkan kami bersama orang-orang yang duduk."


9:99. Dan antara orang-orang Arab percayai Allah dan Hari Akhir, dan mereka ambil apa yang mereka nafkahkan untuk pemberian sebagai mendekatkan mereka dengan Allah, dan salawat (doa mohon ampun) Rasul. Sesungguhnya itu satu pemberian untuk mereka, dan Allah akan masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

10:84. Musa berkata, "Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu tawakal jika kamu muslim."

12:37. Dia berkata, "Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan beritahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah tinggalkan anutan kaum yang tidak percayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

12:106. Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan mereka sekutukan-Nya.

16:106. Sesiapa tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.


24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, jangan kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan orang-orang mukmin saksikan azab mereka.

24:47. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Rasul, dan kami mentaati." Kemudian sesudah itu, segolongan daripada mereka berpaling; mereka itu, mereka bukan orang-orang mukmin.

24:62. Orang-orang mukmin hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan yang, apabila mereka berada bersama dia berkumpul atas sesuatu urusan, mereka tidak tinggalkan dia sehingga mereka minta izinnya. Sesungguhnya orang-orang yang minta izin kamu, merekalah orang-orang yang percayai Allah dan Rasul-Nya; maka, apabila mereka minta izin kamu kerana beberapa hal mereka sendiri, izinkanlah sesiapa kamu hendaki antara mereka, dan mintalah ampunan Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

29:10. Antara manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti kerana Allah, dia buatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, "Kami berserta kamu." Apa, tidakkah Allah sangat-sangat tahu apa yang di dalam dada semua alam?

29:52. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia tahu apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi."


34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk adakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami letak belenggu-belenggu pada leher orang-orang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?"

40:42. Kamu menyeru aku supaya aku tidak percaya kepada Allah, dan untuk sekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan, sedang aku menyeru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.

40:84. Kemudian, apabila mereka lihat bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya."

48:9. Supaya kamu percayai Allah dan Rasul-Nya, dan teguhkan-Nya, dan muliakan-Nya, dan supaya kamu sanjung-Nya pada awal pagi dan petang.

48:13. Sesiapa yang tidak percayai Allah dan Rasul-Nya, Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya, yang Menyala.


49:15. Orang-orang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

57:7. Percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan nafkahkanlah daripada apa dia buatkan kamu pengganti-penggantinya. Orang-orang yang percaya antara kamu dan nafkahkan, mereka dapat upah yang besar.

57:8. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak percayai Allah padahal Rasul menyeru kamu untuk percayai Pemelihara kamu, dan Dia telah ambil perjanjian kamu, jika kamu orang-orang mukmin?

57:19. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah orang-orang yang benar, dan orang-orang yang jadi saksi (syahid) di sisi Pemelihara mereka; bagi mereka adalah upah mereka, dan cahaya mereka. Tetapi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami, merekalah penghuni-penghuni Jahim.

57:21. Berlumba-lumbalah kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan sebuah Taman (Jannah) yang luasnya luas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.


58:4. Tetapi sesiapa yang tidak dapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu percayai Allah dan Rasul-Nya. Itu had-had (hudud) Allah; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.

58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan di dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.

60:1. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, sesungguhnya mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir Rasul dan kamu kerana kamu percayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan inginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat-sangat tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan; dan sesiapa antara kamu buat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.

60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim ucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan minta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.

61:11. Kamu percayai Allah dan Rasul-Nya, dan berjuang di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itu lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.


64:9. Pada hari Dia kumpul kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik , Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.

64:11. Penderitaan tidak menimpa kecuali dengan izin Allah. Sesiapa percayai Allah, Dia akan beri petunjuk kepada hatinya. Dan Allah tahu segala sesuatu.

65:2. Kemudian, apabila mereka sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakan saksi, dua orang empunya keadilan di kalangan kamu, dan lakukan kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang percayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar,

65:11. Seorang Rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia keluarkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik , Dia akan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah sediakan baginya rezeki yang baik.

64:8. Maka percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan Cahaya yang Kami turunkan. Dan Allah sedar apa kamu buat.

69:33. Sesungguhnya dia tidak pernah percayai Allah Yang Agung,

85:8. Mereka mendendami mereka hanya kerana mereka percayai Allah, Yang Perkasa, Yang Terpuji,


2. Percaya Kepada Pemelihara

7:121. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,

11:60. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat, "Sesungguhnya Ad tidak percaya kepada Pemelihara mereka; maka nyahlah Ad, kaum Hud."

11:68. Seolah-olah mereka tidak tinggal di dalamnya. "Sesungguhnya Tsamud tidak percaya kepada Pemelihara mereka, maka nyahlah Tsamud!"

13:5. Jika kamu terhairan-hairan, sungguh yang menghairankan ialah ucapan mereka, "Apabila kami jadi tanah, adakah kami akan dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?" Mereka itu orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka; mereka itu, pada leher mereka ada belenggu; mereka itu jadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

14:18. Persamaan orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka usahakan - itulah kesesatan yang jauh.


18:13. Kami ceritakan kepada kamu berita mereka dengan benar. Mereka adalah pemuda-pemuda yang percaya kepada Pemelihara mereka, dan Kami tambahkan mereka dalam petunjuk.

20:70. Dan ahli-ahli sihir lemparkan diri-diri mereka, bersujud. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara Harun dan Musa."

20:73. Kami percaya kepada Pemelihara kami supaya Dia ampunkan kami atas pelanggaran-pelanggaran kami dan sihir yang kamu paksa kami lakukan; Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal."

26:47. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,

36:25. Sesungguhnya, aku percaya kepada Pemelihara kamu; maka dengarlah aku!"


67:6. Dan bagi orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka ialah azab Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

57:8. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak percayai Allah padahal Rasul menyeru kamu untuk percayai Pemelihara kamu, dan Dia telah ambil perjanjian kamu, jika kamu orang-orang mukmin?

72:13. Apabila kami dengar petunjuk, kami percaya kepadanya; dan sesiapa yang percayai Pemeliharanya, dia tidak takut akan pengurangan, dan tidak juga kekejian.


3. Percaya Kepada-Ku

5:111. Dan ketika Aku wahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan Rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'"


4. Percaya Kepada-Nya

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan lindung kamu daripada azab yang pedih.


5. Percaya Aku

2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa tidak percaya Aku akan berikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan paksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"

2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia berseru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.


5.5.2013 (Hari Mengundi PRU13)


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman