Kalimat pengorbanan di dalam al-Qur'an
Nun Sin Kaf
Daripada akar di atas terbit dua kalimat. Kedua-duanya berkaitan peribadatan.
1.
Nasaka
- a ritual sacrifice, sacrificial offering; one
who performs a rite
- diterjemah kepada "korban", namun semua tidak bermaksud korban menyembelih haiwan, tetapi ada yang bermaksud seperti pengorbanan dalam lakukan peribadatan (sila lihat 22:67 di bawah). Dua kalimat terbitannya adalah:
(i) nusuk
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang,
maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga
pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada
gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau
berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga
Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh
apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang
keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah
bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.
(penyembelihan haiwan ternak)
6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.
(ii)
nasik
22:67. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan mereka
mengorbankan. Jangan mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan, dan kamu
serulah Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas petunjuk
yang lurus.
(Ayat ini disenaraikan juga di bawah)
2. Mansak -
a holy rite, a
devotional act, atau peribadatan.
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia", dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.
22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka
mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan
kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
(penyembelihan haiwan ternak)
22:67. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan mereka mengorbankan. Jangan mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan, dan kamu serulah Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas petunjuk yang lurus.
~ A Concordance of the Qur'an ms 849
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman