Kalimat pegang di dalam al-Qur'an


Pegang, berpegang atau berpegang teguh yang diguna di dalam Bacaan diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit daripada tiga kata akar. Namun bukan semua kalimat yang terbit dapat diterjemah kepada perkataan tersebut.
(Transliterasi di sini mungkin didapati sedikit pelik kerana dipetik daripada rujukan dalam bahasa Inggeris. Maaf.)

 

1. Mim Sin Kaf (m s k)

Terbitannya ialah misk ("Penutupnya kesturi ....." 83:26), massaka, amsaka, dan istamsaka.

(b) massaka ~ yumassiku
(satu ayat sahaja)

7:170. Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat - sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.


(c) amsaka (bermaksud to hold, to detain, to retain, dan sebagainya termasuk one who withholds or retains)

- terdapat banyak ayat mengandunginya (contoh "... maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu" 5:4), dan daripada terbitannya, iaitu

amsik (contoh "... dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik" 2:231),

imsak (satu ayat sahaja "... Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik" 2:229),

mumsik (contoh "... Apa sahaja pengasihan yang Allah bukakan kepada manusia, tiada yang dapat menahannya" 35:2), dan

yumsiku (terdapat 9 ayat tetapi hanya satu diterjemah kepada berpegang)

60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah perempuan-perempuan mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka. Berikan orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (belanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka telah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

Satu contoh ayat yang tidak diterjemah kepada berpegang berbunyi "... janganlah tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli" (2:231).


(d) istamsaka (bermaksud to lay hold of, to hold fast unto, dan sebagainya)
- kesemua ayat yang mengandunginya diterjemah kepada berpegang, seperti berikut:

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

31:22. Dan sesiapa yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh; dan kepada Allah kesudahan segala perkara.

43:21. Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab sebelumnya yang padanya mereka berpegang?

43:43. Maka berpegangteguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus.

 

2. Ain Sod Mim

Terbitannya ialah:

(a) 'asama ~ ya'simu, 'asim (bermaksud to save from harm, to protect, to defend, dan lain), contoh "... Allah lindung kamu daripada manusia" (5:67)

 

(b) 'isam (bermaksud tie, guardianship), satu ayat sahaja "... Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya" (60:10)

 

(c) ista'sama (to abstain dan sebagainya), satu ayat sahaja "... Benar, aku telah goda diri dia, tetapi dia tolak" (12:32), dan

 

(d) i'tasama (bermaksud to take hold on, to cleave firmly, to hold fast to); semua diterjemah kepada berpegang teguh.

3:101. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.

4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.

4:175. Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan masukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan beri mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

 

3. Qaf Ba Dod

Kata akar ini menerbitkan dua kalimat, iaitu qabada (bermaksud to seize, to grasp, to close, dan sebagainya, atau ambil, menarik, menggenggam, dan lain) dan qabdah (bermaksud handful) yang terkandung di dalam ayat 20:96 dan 39:67.

Qabada (ayat 20:96, 25:46) menerbitkan pula yaqbidu (2:245, 9:67, 67:9), qabd (25:46) dan maqbud, yang terdapat pada satu ayat sahaja, dengan maksud berlainan, berbunyi,

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak dapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu percayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai tunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan sembunyikan kesaksian, dan sesiapa sembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah tahu apa kamu buat.


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman