Kalimat patung di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat al-Qur'an yang terdapat perkataan "patung" di dalamnya adalah seperti berikut:

 

6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."

7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.

14:35. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman, dan jauhkan aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.

21:52. Apabila dia (Ibrahim) berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?"

21:57. Dan, demi Allah, sungguh aku akan buat tipu muslihat terhadap patung-patung kamu, setelah kamu pergi memalingkan belakang kamu."

26:71. Mereka berkata, "Kami sembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya."

34:13. Mereka buat untuknya apa sahaja yang dia hendaki - tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku."
(Nabi Daud dan patung)


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman