Kalimat nabi di dalam al-Qur'an
Nabi
adalah perkataan Arab. Jamaknya berbunyi nabiyun dan anbiya'.
Sementara perkataan 'kenabian' pula diterjemah daripada nubuwah. Ayat-ayat mengandungi perkataan-perkataan tersebut adalah seperti di bawah
ini:
2:61.
Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan
makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia
keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia
berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah?
Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya."
Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban
kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah,
dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan
mereka mencabuli.
2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Kami percayai apa diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu bunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?"
2:136.
Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan
apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan
puak-puak, dan apa diberi kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada
Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang
pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
(ayat ini yang
melarang beza-bezakan Nabi adalah yang ke-3 mengandungi kata "Nabi" di
dalam Al-Qur’an; ayat yang pertama dan kedua mengisahkan Nabi Musa dan kaumnya,
Bani Israil.)
2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan ialah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan al-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.
2:213. Manusia adalah umat yang
satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang
benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka
selisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah
bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka;
kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar
mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah
beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.
(manusia berselisih setelah Kitab datang kepada mereka,
kerana keangkuhan; Allah beri petunjuk kepada mereka yang percaya kepada
Kitab)
2:246. Tidakkah kamu renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
2:247. Kemudian Nabi mereka berkata kepada mereka, "Sesungguhnya Allah bangkitkan Thalut bagi kamu sebagai raja." Mereka berkata, "Bagaimanakah patut bagi dia menjadi raja kepada kami, yang lebih berhak daripadanya pada kerajaan, memandangkan dia tidak diberi harta yang banyak?" Dia berkata, "Sesungguhnya Allah memilihnya di atas kamu, dan tambahkannya dengan luas dalam pengetahuan dan tubuh. Allah beri kerajaan kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui."
2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun tinggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."
3:21. Orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
3:68. Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya, dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung) orang-orang mukmin.
3:79. Tiadalah bagi seseorang
manusia bahawa Allah
berikannya
al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian,
kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain
daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai)
dengan sebab kamu
tahu
al-Kitab, dan dengan sebab kamu pelajarinya."
(Nabi tidak menyuruh pengikut jadi hambanya, tetapi
menyuruh supaya
mempelajari dan menguasai al-Qur’an.)
3:80. Dia tidak akan suruh kamu
ambil
malaikat-malaikat dan Nabi-Nabi sebagai
Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia suruh kamu supaya tidak percaya setelah
kamu muslim?
(jangan terangkan Nabi sebagai yang berkuasa
seperti Tuhan)
3:81. Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku beri kamu Kitab dan
Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa
yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah
kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu
dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah,
dan Aku bersama kamu antara para saksi."
(ada Rasul yang
bukan Nabi)
3:84. Katakanlah, "Kami percaya
kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan
kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa diberi kepada Musa dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara
mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya
kami muslim."
(sekali lagi dilarang beza-bezakan Nabi
Allah)
3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikianlah itu kerana mereka lakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.
3:146. Dan berapa ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang ber-Pemelihara tidak jadi lemah kerana apa yang timpa mereka di jalan Allah, dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah suka orang-orang yang sabar.
3:161. Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan, dan mereka tidak dizalimi.
3:181. Sesungguhnya Allah dengar ucapan orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah fakir (memerlukan), dan kami kaya." Kami akan tulis apa mereka kata, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan Kami berkata, "Rasalah azab yang membakar."
4:69. Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih (baik); merekalah teman-teman yang baik!
4:155. Maka kerana pemecahan perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah tutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak percayai, kecuali sedikit.
4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan kami beri Daud, Zabur.
5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia lantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia lantik kamu jadi raja-raja, dan dia beri kamu yang Dia tidak beri seseorang pun di semua alam.
5:44. Sesungguhnya Kami telah
turunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi
yang tundukkan diri hakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti
dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama)
yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke
atasnya. Maka jangan kamu takut pada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan
jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang tidak percaya (kafir).
(Sesiapa tidak hakimkan
menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang yang
kafir)
5:81. Sekiranya mereka percayai Allah, dan Nabi, dan apa diturunkan kepada mereka, tentu mereka tidak ambil mereka sebagai wali-wali (sahabat-sahabat); tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.
6:89. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, dan Putusan, dan Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami amanahkannya kepada suatu kaum yang bukanlah orang-orang tidak percaya kepadanya.
6:112. Begitulah Kami adakan
bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan
jin, yang wahyukan perkataan-perkataan palsu yang indah-indah kepada satu sama
lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka
tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
(syaitan jenis manusia, dan jin, menipu ajaran
Nabi yang sebenar; tinggalkan mereka)
7:94. Kami tidak utus Nabi ke mana-mana bandaraya melainkan bahawa Kami ambil penduduknya dengan musibah dan kesusahan supaya mereka merendah diri.
7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."
7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk."
8:64.
Wahai Nabi, cukuplah Allah bagi kamu, dan orang-orang mukmin yang
ikut kamu.
(dalam peperangan)
8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
8:67. Tidak patut bagi seseorang Nabi untuk mempunyai tawanan, sehingga dia membunuh beramai-ramai di bumi, kerana kamu hendak keuntungan dunia, dan Allah hendakkan akhirat; dan Allah Perkasa, Bijaksana.
8:70. Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, "Jika Allah tahu sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan beri kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan ampun kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih."
9:61. Dan sebahagian daripada mereka menyakiti Nabi, dengan berkata, "Dia telinga!" Katakanlah, "Telinga yang baik bagi kamu; dia percayai Allah, dan percayai orang-orang mukmin, dan dia adalah satu pengasihan bagi orang-orang yang percaya antara kamu. Orang-orang yang menyakiti Rasul Allah, bagi mereka, azab yang pedih."
9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
9:113. Tidak patut bagi Nabi dan orang-orang yang percaya minta ampun bagi orang-orang yang sekutukan, walaupun mereka sanak saudara yang dekat, setelah jadi jelas bagi mereka bahawa mereka itu akan jadi penghuni-penghuni Jahim.
9:117. Allah terima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia terima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
17:55. Dan Pemelihara kamu sangat-sangat tahu semua yang di langit dan bumi; dan Kami telah lebihkan sebahagian Nabi di atas sebahagian yang lain; dan kami beri Daud Zabur.
19:30. Berkata (Isa), "Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia beri aku al-Kitab, dan jadikan aku seorang Nabi.
19:41. Dan ingatlah di dalam Kitab, Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.
19:49. Maka, apabila dia jauhkan diri daripada mereka, dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, Kami beri dia Ishak dan Yaakub, dan masing-masing Kami jadikan Nabi.
19:51. Dan ingatlah di dalam Kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi.
19:53. Dan kami beri dia, saudaranya Harun, daripada pengasihan Kami, seorang Nabi.
19:54. Dan ingatlah di dalam Kitab, Ismail; dia benar dengan janjinya, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi.
19:56. Dan ingatlah di dalam Kitab, Idris; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.
19:58. Mereka itulah orang-orang
yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan
Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada
keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka,
mereka jatuh bersujud, dan menangis.
(apabila
ayat-ayat Allah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, menangis ... dan
tentu sekali mereka mengikutinya)
22:52. Kami tidak utus
seseorang Rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan
bahawa apabila dia berkhayal, syaitan lemparkan ke dalam khayalannya; tetapi
Allah hapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah tentukan
ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana.
(Nabi juga berkhayal, tetapi ......)
25:31. Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.
29:27. Dan kami beri dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami buatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami beri dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.
33:1 - 2. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan jangan taati orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut buat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.
33:7. Dan apabila Kami ambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam; Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,
33:13. Dan apabila segolongan
daripada mereka berkata, "Wahai penduduk Yatrib (Medina), tiadalah tempat
tinggal di sini untuk kamu, maka kembalilah!" Dan segolongan daripada mereka
minta izin kepada Nabi, dengan berkata, "Rumah-rumah kami aurat
(terbuka)", padahal ia tidak aurat; mereka hanya hendak lari.
(meminta izin daripada Nabi untuk tidak
berperang)
33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.
33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang lakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.
33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi katakanlah perkataan-perkataan yang baik.
33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah tetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.
33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.
33:45 - 46. Wahai Nabi, Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran, Dan penyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai sebuah lampu yang memberi cahaya.
33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.
33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya rahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.
33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan orang-orang mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah Pengampun, Pengasih.
37:112. Kemudian Kami beri dia berita gembira dengan Ishak, seorang Nabi, termasuk orang-orang yang salih (baik).
39:69.
Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para
Nabi dan para saksi didatangkan, dan dengan adil perkara diputuskan
antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
(di
akhirat, Kitab diletakkan untuk pengadilan)
43:6-7. Berapa banyaknya Nabi yang Kami telah utus di kalangan orang-orang dahulu kala? Tetapi tiada seorang Nabi datang kepada mereka, tanpa mereka memperolok-olokkannya.
45:16. Sesungguhnya Kami beri Bani Israil al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, dan Kami rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan Kami lebihkan mereka di atas semua alam.
49:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah naikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak jadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak sedar.
57:26. Dan Kami telah utus Nuh, dan Ibrahim, dan Kami buatkan Kenabian dan al-Kitab untuk menjadi di kalangan keturunan mereka; dan sebahagian daripada mereka dapat petunjuk, dan kebanyakan daripada mereka orang-orang fasiq.
60:12. Wahai Nabi, apabila
wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu,
bahawa mereka tidak akan sekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan
mencuri, dan tidak lakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan
tidak datangkan fitnah
yang mereka ada-adakan antara tangan-tangan
mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga ingkari kamu pada apa yang baik,
maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka;
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
("dan tidak juga ingkari kamu pada apa yang baik" bermaksud juga Nabi
harus diingkari sekiranya dia menyuruh yang tidak baik)
65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; sesiapa mencabuli had-had Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru.
66:1. Wahai Nabi, mengapa
kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan
hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.
(Nabi ditegur kerana mengharamkan yang
dihalalkan-Nya)
66:3. Dan apabila Nabi beritahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis (berita); dan kemudian, apabila dia (isteri) beritahukannya, dan Allah beritahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) beritahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia beritahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang beritahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”
66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak aibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunkanlah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu."
66:9. Wahai Nabi,
berjuanglah terhadap orang-orang tidak percaya dan orang-orang munafik, dan
bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu
kepulangan yang buruk!
(ayat terakhir
yang mengandungi kata "Nabi" di dalam al-Qur’an; perjuangan terhadap orang-orang tidak percaya kepada al-Qur’an dan yang berkata mereka percaya tetapi tidak
ikutinya)
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman