Kalimat mutasyabihat di dalam al-Qur'an

 

Kalimat terbit daripada akar SH  B  H, seperti tercatat di Concordance (1983). Terdapat tiga kalimat pada akar kata tersebut, iaitu SHABBAHA, TASHABAHA, dan ISHTABAHA, yang keseluruhannya bermaksud serupa. Mutasyabih atau mutasyabihat adalah terbitan daripada yang kedua, yang jadi pertama pula diturunkan di bawah ini:

 

TASHABAHA yang kekadang ditulis juga dengan sebutan mutasyabihat untuk menunjukkan kaitan yang rapat kerana terbit daripadanya jua, bermaksud to be alike, to resemble one another, dan lain. Ia dapat ditemui di dalam ayat-ayat berikut:


2:70. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi kami, dan jika Allah hendaki, tentu kami akan dapat petunjuk."

2:118. Dan orang-orang yang tidak tahu berkata, "Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?" Demikianlah berkata orang-orang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini; hati mereka serupa. Namun demikian, Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.

3:7. Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itu ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang di dalam hati mereka menyimpang, mereka ikut yang mutasyabihat (TASHABAHA) daripadanya untuk inginkan pertikaian, dan inginkan interpretasinya. Tiada yang tahu interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang dalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.

13:16. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah." Katakanlah, "Adakah kamu ambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagai wali (pelindung) kamu yang tidak berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan diri-diri mereka sendiri?" Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh lihat sama, atau adakah gelap dengan cahaya sama?" Atau, adakah mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu yang cipta seperti ciptaan-Nya supaya ciptaan itu serupa kepada mereka? Katakanlah, "Allah Pencipta segala sesuatu, dan Dia Yang Satu, Yang Menakluki."


Terbitannya ialah mutasyabih atau ditulis mutasybihat di dalam Bacaan.  Ayat-ayat yang mengandunginya adalah:

2:25. Dan beri berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu"; bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya, mereka tinggal selama-lamanya.

3:7. Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itu ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang di dalam hati mereka menyimpang, mereka ikut yang mutasyabihat (TASHABAHA) daripadanya untuk inginkan pertikaian, dan inginkan interpretasinya. Tiada yang tahu interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang dalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.

6:99. Dia yang turunkan dari langit, air; dan dengannya Kami keluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami keluarkan daun-daun hijau, dan keluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa (ISHTABAHA) sesamanya dan tidak mutasyabihat (tidak serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

6:141. Dia yang tumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berikan haknya (yang patut diberi) pada hari memetiknya, dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir.
(dua kali disebut di sini)

39:23. Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.

 

SHABBAHA yang pertama disebut di bawah kata akar bermakna to show someone a likeness of another or to cause to appear to someone. Hanya satu ayat mengandunginya berbunyi,


4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah bunuh al-Masih, Isa putera Mariam, Rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali ikut sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.

 

ISHTABAHA yang akhir atau ketiga bermaksud alike. Juga satu ayat, berbunyi,


6:99. Dia yang turunkan dari langit, air; dan dengannya Kami keluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami keluarkan daun-daun hijau, dan keluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa (ISHTABAHA) sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman