Kalimat musuh di dalam al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi perkataan musuh atau permusuhan diterjemah
daripada empat perkataan - 'aduw, 'udwan, 'ada, 'adawah - yang terbit
dari akar yang sama, adalah seperti berikut:
2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan
keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami berkata,
"Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain,
dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."
(kisah Adam dan isteri)
2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
2:97. Katakanlah, "Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."
2:98. Sesiapa yang menjadi musuh bagi Allah, dan
malaikat-malaikat-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Jibril, dan Mikail, maka
sesungguhnya Allah, musuh bagi orang-orang tidak percaya.
(Allah adalah musuh bagi orang tidak percaya)
2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan
jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata
bagi kamu.
(musuh yang nyata, atau yang boleh
dilihat?)
2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.
2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.
4:30. Tetapi sesiapa buat yang demikian itu dalam permusuhan,
dan kezaliman, dialah yang Kami pasti akan panggang di Api, dan itu bagi
Allah adalah mudah.
(musuh jadi saudara kerana tali
Allah)
4:44. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian
al-Kitab membeli kesesatan, dan hendak kamu juga sesat daripada
jalan?
4:45. Allah sangat-sangat tahu musuh-musuh kamu, dan cukuplah
Allah sebagai wali (pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.
(orang yang mengambil hanya sebahagian al-Qur'an adalah musuh -
hendak orang lain juga sesat)
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan silap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan silap, maka hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka sedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan merdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga
orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada
Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada
suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk
mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah;
sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.
(jangan tolong-menolong dalam permusuhan)
5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan. Maka Kami timbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan beritahu mereka apa yang mereka kerjakan.
5:62. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka makan yang haram; buruknya apa mereka buat!
5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang, Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.
5:82. Sungguh, kamu dapati manusia yang paling keras
permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi,
dan orang-orang yang sekutukan; dan sungguh kamu dapati mereka yang paling
dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah
orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu ialah kerana
sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak sombong.
(musuh paling ketat dan paling
dekat)
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh,
syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang
indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu
hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa
yang mereka ada-adakan.
(musuh Nabi daripada syaitan
jin dan manusia, wahyukan ucapan palsu yang indah)
6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka panggil mereka, "Tidakkah Aku telah larang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"
7:24. Berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu."
7:129. Mereka berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami." Berkata, "Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan musnahkan musuh kamu, dan Dia jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia perhatikan bagaimana kamu buat."
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu lakukan untuk gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan kaum yang zalim."
8:60. Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan dan barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak tahu. Allah tahu mereka. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan di jalan Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.
9:83. Maka, jika Allah kembalikan kamu kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka minta izin kepada kamu untuk keluar, katakanlah, "Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat puas hati untuk duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang tinggal."
9:114. Ibrahim tidak minta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia janjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.
9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang Rasul Allah, dan untuk lebih suka diri mereka daripada diri dia; itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka pijak sebarang pijakan yang menimbulkan kemarahan orang-orang tidak percaya, dan mereka tidak juga peroleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih; sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.
12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.
17:53. dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!
20:39. 'Lemparkanlah dia ke dalam tabut (peti), dan lemparkanlah dia ke
laut, dan biarkanlah laut melemparnya ke tebing. Seorang musuh-Ku dan
musuhnya akan mengambilnya.' Dan Aku lemparkan kepada kamu kasih sayang
daripada-Ku, dan supaya kamu dibentuk di bawah mata-Ku (pengawasan-Ku).
(kisah Nabi Musa)
20:80. Wahai Bani Israil, Kami telah selamatkan kamu daripada musuh kamu, dan Kami menemujanji dengan kamu di sebelah kanan gunung, dan turunkan kepada kamu manna dan salwa.
20:117. Kemudian Kami berkata, "Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka janganlah ia keluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu jadi sengsara.
20:123. Berkata, "Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang ikut petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia jadi sengsara.
25:31. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.
26:77. Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,
28:8. Lalu keluarga Firaun memungutnya untuk menjadi musuh, dan kesedihan bagi mereka; sesungguhnya Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, adalah antara orang-orang yang bersalah.
28:15. Dan dia masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (matikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
28:19. Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, "Wahai Musa, adakah kamu hendak bunuh aku sebagaimana kamu bunuh satu jiwa kelmarin? Kamu hanya hendak jadi penindas di bumi; kamu tidak hendak jadi daripada orang-orang yang membetulkan."
28:28. Berkata, "Demikian itulah antara aku dan kamu. Yang mana sahaja daripada dua tempoh yang aku tunaikan, ia tidak ada permusuhan padaku; dan Allah wakil atas apa kita katakan."
35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka jadi di kalangan penghuni-penghuni Menyala.
36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
41:19. Pada hari apabila musuh-musuh Allah dikumpulkan ke Api, berbaris,
41:28. Itu balasan ke atas musuh-musuh Allah - Api, di dalamnya mereka dapati Tempat Tinggal Yang Kekal sebagai balasan, kerana mereka sangkal ayat-ayat Kami.
41:34. Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, jadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat), sahabat yang setia.
43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.
43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu jadi musuh kepada satu
sama lain, kecuali orang-orang bertakwa,
(di
akhirat)
46:6. Dan apabila manusia dikumpulkan, mereka adalah musuh-musuh bagi mereka, dan tidak percaya kepada penyembahan mereka.
58:8. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dilarang daripada bicara rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari Rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka beri salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata di dalam diri-diri mereka, "Mengapa Allah tidak azab kita kerana apa yang kita kata?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!
58:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka janganlah berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari Rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
60:1: Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, sesungguhnya mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir Rasul dan kamu kerana kamu percayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan inginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat-sangat tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan; dan sesiapa antara kamu yang buat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.
60:2. Jika mereka jumpa kamu, mereka akan jadi musuh kamu, dan menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka dan lidah-lidah mereka, untuk buat jahat kepada kamu, dan mereka inginkan supaya kamu tidak percaya.
60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim ucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan minta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.
60:7. Mudah-mudahan Allah buatkan, antara kamu dan orang-orang antara mereka yang kamu bermusuhan, rasa kasih sayang. Allah berkuasa; Allah Pengampun, Pengasih.
61:14. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong
Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang
setia, “Siapakah yang akan jadi penolong-penolong aku bagi Allah?”
Pengikut-pengikut yang setia berkata, “Kami akan jadi penolong-penolong
Allah.” Dan segolongan daripada Bani Israil percaya, dan segolongan tidak
percaya. Maka Kami kukuhkan orang-orang yang percaya terhadap musuh
mereka, dan mereka menjadi orang-orang yang menguasai.
(penolong Allah)
63:4. Apabila kamu lihat mereka (orang munafik), tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!
64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan
anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap
mereka. Tetapi jika kamu maafkan, dan ketepikan, dan jika kamu
ampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(isteri dan anak)
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman