Kalimat mihrab di dalam al-Qur'an


Mihrab -
sanctuary, chamber

3:37. Pemeliharanya terima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia dapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.

3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."

19:11. Maka dia keluar kepada kaumnya dari mihrab (bilik ibadat), lalu dia wahyukan mereka, "Kamu sanjunglah pada waktu awal pagi dan petang."

34:13. Mereka buat untuknya apa sahaja dia hendaki - tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku."

38:21. Sudahkah berita perdebatan datang kepada kamu? Apabila mereka memanjat mihrab (tempat ibadat),

~ A Concordance of the Qur'an ms 543


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman