Kalimat membazir di dalam al-Qur'an


"Membazir" atau "berlebihan" diterjemah daripada kalimat "asrafa" yang berjumlah dua puluh tiga kesemuanya. Ia didapati pada dua puluh satu ayat, seperti yang diturunkan di bawah:

 

3:147. Tiada lain yang mereka kata kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya."
(dalam urusan)

4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu lihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka sudah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu serah kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah jadi penghitung.
(harta anak yatim)

5:32. Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya. Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.
(bunuh)

6:141. Dia yang tumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berikan haknya (yang patut diberi) pada hari memetiknya, dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir.
(makan, beri)

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir.
(perhiasan, makan, minum)

7:81. Kamu datangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."
(homoseksual)

10:12. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami hilangkan mudaratnya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah seru Kami atas mudarat yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa mereka buat.
(melupakan seruan kepada Allah, dan penderitaan yang menimpa)

10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan aniaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).
(Firaun)

17:33. Dan jangan bunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, kami beri walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.
(bunuh)

20:127. Begitulah Kami balas orang yang membazir (berlebihan), dan yang tidak percayai ayat-ayat Pemeliharanya; dan azab akhirat lebih keras, dan lebih kekal.
(dikaitkan dengan tidak percaya kepada ayat-ayat Allah)

21:9. Kemudian Kami jadikan benar janji yang kami beri mereka (Rasul yang membawa Kitab), dan Kami selamatkan mereka, dan sesiapa Kami hendaki; dan Kami binasakan orang-orang yang membazir.
(tidak ikut Rasul, Kitab-Nya)

25:67. Yang, apabila mereka nafkahkan (belanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama,
(nafkah)

26:151. Dan janganlah mentaati perintah orang-orang yang membazir (berlebihan),
26:152. Yang buat keroskan di bumi, dan tidak membetulkan."

36:19. Mereka (Rasul-Rasul) berkata, "Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diingatkan; tetapi kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)."
(peringatan)

39:53. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah ampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.
(meminta ampun)

40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.
(berdusta)

40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."
(ragu-ragu)

40:43. Tidak syaklah bahawa kamu seru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah penghuni-penghuni Api.
(menyeru selain Allah)

43:5. Adakah Kami akan ketepikan Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)?
(Peringatan)

44:31. Daripada Firaun; sesungguhnya dia tinggi, termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).

51:34. Yang ditanda di sisi Pemelihara kamu untuk orang-orang yang membazir (berlebihan)."
(yang ditanda itu adalah batu-batu daripada tanah liat - ayat sebelumnya)
 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman