Kalimat marah atau murka di dalam al-Qur'an


Beberapa kalimat al-Qur'an yang terbit daripada beberapa akar diterjemah kepada marah atau murka. Kalimat-kalimat itu adalah:

1.  ghadiba

2.  ghadban

3.  ghadaba

4.  ghaza

5.  sakhita

6.  askhata

7.  asafa


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut adalah seperti di bawah:


1.  ghadiba

1:7. Jalan orang-orang ke atas mereka Engkau rahmati, bukan orang-orang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat.

2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:90. Buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah turunkan, menyalahi bahawa Allah turunkan pemberian-Nya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikianlah itu kerana mereka lakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.

4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan bagi mereka azab yang besar.

5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."

7:71. Berkatalah dia, "Kotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat aku mengenai nama-nama yang kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak turunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."

7:152. Sesungguhnya orang-orang yang mengambil untuk mereka Anak Lembu, kemurkaan akan sampai kepada mereka daripada Pemelihara mereka, dan kehinaan dalam kehidupan dunia ini; begitulah Kami balas orang-orang yang mengada-adakan.

7:154. Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia ambil Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka.

8:16. Sesiapa yang palingkan belakangnya pada hari itu kepada mereka, kecuali berundur untuk berperang lagi, atau beralih untuk bergabung dengan pasukan lain, dia dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan tempat menginapnya ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

16:106. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.

20:81. "Makanlah benda-benda yang baik yang Kami rezekikan kamu, tetapi janganlah melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan turun kepada kamu; dan sesiapa diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah dia.

20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu janjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu hendak kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu mungkiri janji temu kamu denganku?"

24:9. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar.

42:16. Dan orang-orang yang berdebat mengenai Allah setelah sahutan dibuat kepada-Nya, perdebatan mereka tidak sah di sisi Pemelihara mereka; kepada mereka kemurkaan, dan bagi mereka, azab yang keras.

42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka ampunkan,

48:6. Dan supaya Dia azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan laknatkan mereka, dan sediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

58:14. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang jadikan, sebagai sahabat-sahabat, satu kaum yang Allah murkai? Mereka bukanlah daripada kamu, dan bukan juga daripada mereka; dan mereka bersumpah bohong, sedang mereka mengetahuinya.

60:13. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah jadikan sahabat suatu kaum yang terhadap mereka Allah memurkai, dan yang berputus asa daripada akhirat, sebagaimana orang-orang tidak percaya berputus asa, daripada penghuni-penghuni kubur.

 

2.  ghadban

7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu lakukan untuk gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan kaum yang zalim."

20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu janjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu hendak kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu mungkiri janji temu kamu denganku?"

 

3.  ghadaba

21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi dalam keadaan marah, dan sangka Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia panggil dalam kegelapan, "Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau disanjung! Sesungguhnya akulah termasuk orang-orang zalim."

 

4.  ghaza

3:119. Beginilah kamu ini; kamu suka mereka, dan mereka tidak suka kamu; kamu percayai Kitab, semuanya, dan apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah pada kamu. Katakanlah, "Matilah dalam kemarahan kamu; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada."

3:134. Yang nafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, dan tahan kemarahan mereka, dan maafkan manusia; dan Allah suka orang-orang buat baik,

9:15. Dan Dia hilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa Dia hendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang Rasul Allah, dan untuk lebih suka diri mereka daripada diri dia; itu kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka pijak sebarang pijakan yang menimbulkan kemarahan orang-orang tidak percaya, dan mereka tidak juga peroleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih; sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.

22:15. Sesiapa yang menyangka Allah tidak akan menolongnya di dunia ini, dan di akhirat, maka hendaklah dia menghulurkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia memotongnya, dan perhatikan sama ada muslihatnya dapat menghilangkan apa yang menerbitkan marahnya.

26:55. Dan sesungguhnya mereka buat kita marah,

33:25. Dan Allah kembalikan orang-orang tidak percaya dalam kemarahan mereka, dan mereka tidak mencapai kebaikan; Allah tahan orang-orang mukmin daripada berperang. Allah Kuat, Perkasa.

48:29. Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu lihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dengan ampunan dan upah yang besar.

67:8. Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaganya tanya mereka, “Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?”

 

5.  sakhita

3:162. Apa, adakah orang yang ikut kepuasan hati Allah itu sama seperti orang yang dipenuhi beban kemurkaan Allah, yang tempat menginapnya Jahanam? Satu kepulangan yang buruk!

5:80. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka jadikan orang-orang tidak percaya sebagai sahabat-sahabat mereka. Buruknya apa yang mereka dahulukan untuk diri-diri mereka sendiri, kerana kemurkaan Allah kepada mereka, dan dalam azab mereka tinggal selama-lamanya.

9:58. Antara mereka cari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat puas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.

 

6.  askhata

47:28. Itu kerana mereka ikut apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan benci kepuasan hati-Nya, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

 

7.  asafa

43:55. Maka, apabila mereka telah buat Kami murka, Kami lepaskan dendam kepada mereka, dan Kami tenggelamkan mereka kesemuanya,


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman