Kalimat malaikat di dalam al-Qur'an

 

Terdapat dua perkataan daripada dua kata akar yang Bacaan terjemah kepada "malaikat", iaitu:

1. malak daripada akar mim lam kaf, dan

2. malak daripada mim ain kaf.

 

Bacaan telah juga menterjemah, dengan silap, perkataan talaqqa yang bermaksud menerima atau penerima kepada "malaikat" walaupun perkataan tersebut boleh dimaksudkan kepada malaikat, menurut konteksnya. Ayat-ayat berkaitan diturunkan di bawah, dan harus dibaiki dengan diisi perkataan penerima sementara "malaikat" yang sedia ada diletak di dalam kurungan, seperti di bawah:

21:103. Ketakutan yang terbesar tidak menyedihkan mereka, dan penerima-penerima (malaikat-malaikat) menerima mereka, "Inilah hari kamu yang kamu telah dijanjikan."

50:17. Apabila dua penerima (malaikat) bertemu, satu duduk di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri,

Perkataan hafazah yang bererti pencatat, juga boleh dimaksudkan kepada malaikat. Tetapi Bacaan tidak menterjemahkannya kepada malaikat. Ayat yang mengandunginya berbunyi,

6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikannya, dan mereka tidak lalai.

Seperti dapat dilihat di atas, perkataan Rasul turut boleh membawa maksud malaikat.

 

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat malaikat adalah:

1. malak (mim lam kaf)

Ia adalah satu daripada perkataan di bawah akar yang sama dengan perkataan-perkataan yang bermakna miliki, kuasa, kerajaan, raja dan seumpamanya. Senarai ayat-ayat yang mengandunginya seperti berikut:

 

2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.

6:8. Mereka berkata, "Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya?" Sekiranya Kami turunkan seorang malaikat, tentu perkara itu akan diputuskan, dan kemudian, tiada tangguh akan diberi kepada mereka.

6:9. Dan sekiranya Kami buat dia seorang malaikat, tentu Kami buat dia seorang lelaki, dan kelirukan mereka mengenai apa yang mereka sendiri kekeliruan.

6:50. Katakanlah, "Aku tidak kata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu fikirkan?"

7:20. Kemudian syaitan bisik kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu larang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu jadi malaikat-malaikat, atau kamu jadi makhluk-makhluk yang hidup selama-lamanya."

11:12. Boleh jadi kamu tinggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepada kamu, dan dada kamu jadi sempit dengannya, kerana mereka berkata, "Mengapa harta simpanan tidak diturunkan kepadanya, atau malaikat tidak datang bersama dia?" Kamu hanyalah seorang pemberi amaran; dan Allah Wakil atas segala sesuatu.

11:31. Aku tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah; aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata, aku seorang malaikat. Tidak juga aku kata kepada orang-orang yang mata-mata kamu keji, Allah tidak akan beri mereka sebarang kebaikan; Allah sangat-sangat tahu apa di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentulah termasuk orang-orang zalim."

12:31. Apabila dia dengar bisikan-bisikan licik mereka, dia utus kepada mereka, dan sediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia beri tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau, dan dia berkata, "Keluarlah kepada mereka." Dan apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka potong tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."

17:95. Katakanlah, "Sekiranya ada di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai Rasul."

25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan Rasul ini, bahawa dia memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."

53:26. Berapa banyaknya malaikat yang di langit yang pengantaraan mereka tidak berguna sedikit pun, kecuali setelah Allah izinkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia puas hati.

69:17. Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu.

89:22. Dan Pemelihara kamu datang, dan malaikat-malaikat, barisan atas barisan,

 

2. malak (mim ain kaf) - jamak malaikah

 

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

2:31. Dan Dia ajar Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia kemukakan kepada para malaikat. Dia berkata, "Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar."

2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antara orang-orang tidak percaya (kafir).

2:98. Sesiapa yang menjadi musuh bagi Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Jibril, dan Mikail, maka sesungguhnya Allah, musuh bagi orang-orang tidak percaya.

2:161. Tetapi orang-orang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya,

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.

2:210. Apakah mereka nanti-nantikan, melainkan bahawa Allah akan datang kepada mereka dalam lindungan awan, dan malaikat-malaikat? Perkara telah diputuskan, dan kepada Allah semua perkara dikembalikan.

2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun tinggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."

2:285. Rasul percaya kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang  percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. "Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."

3:18. Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."

3:42. Dan ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah pilih kamu, dan bersihkan kamu, dan Dia pilih kamu di atas semua perempuan di semua alam.

3:45. Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah beri kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.

3:80. Dia tidak akan suruh kamu ambil malaikat-malaikat dan Nabi-Nabi sebagai Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia suruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu muslim?

3:87. Mereka itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya.

3:124. Ketika kamu kata kepada orang-orang mukmin, "Adakah tidak mencukupi bagi kamu bahawa Pemelihara kamu membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan kepada kamu?

3:125. Ia, jika kamu sabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan bantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas."

4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu hijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

4:166. Tetapi Allah saksikan dengan apa yang Dia turunkan kepada kamu; Dia turunkannya dengan pengetahuan-Nya; dan malaikat-malaikat juga saksikan; dan cukuplah Allah menjadi saksi.

4:172. Al-Masih tidak akan pandang rendah untuk jadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa pandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombong, Dia pasti akan kumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka.

6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya."

6:111. Walaupun Kami turunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami kumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan percayai, kecuali jika Allah hendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.

6:158. Apa, adakah mereka menanti-nanti supaya malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau supaya Pemelihara kamu datang, atau satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang? Pada hari satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang, ia tidak akan bermanfaat kepada sesuatu jiwa untuk beriman, yang tidak pernah percaya sebelumnya, atau mengusahakan sedikit kebaikan pada imannya. Katakanlah, "Lihat dan tunggulah; kami juga menunggu."

7:11. Kami cipta kamu, kemudian Kami bentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukan daripada orang-orang yang sujud.

8:9. Apabila kamu mohon kepada Pemelihara kamu untuk pertolongan, dan Dia sahut kamu, "Aku akan bantu kamu dengan seribu malaikat yang datang di belakang kamu."

8:12. Apabila Pemelihara kamu wahyukan para malaikat, "Aku bersama kamu; maka teguhkanlah orang-orang yang percaya. Aku akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat; maka pukullah di atas leher, dan pukullah tiap-tiap jari mereka."

8:50. Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang membakar,

13:13. Guruh menyanjung dengan memuji-Nya, dan para malaikat, dalam ketakutan kepada-Nya. Dia utuskan halilintar, dan menimpa dengannya sesiapa Dia hendaki; namun begitu, mereka berbantah-bantah mengenai Allah; Dia yang kuat dalam kuasa.

13:23. Taman-Taman Adn yang mereka masuk, dan orang-orang yang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka, dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu,

15:7. Mengapakah kamu tidak datangkan malaikat-malaikat kepada kami, jika kamu berkata benar?"

15:8. Kami tidak turunkan malaikat-malaikat melainkan dengan benar; kemudian mereka tidak ditangguhkan.

15:28. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya, Aku cipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk,

15:30. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.

16:2. Dia turunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"

16:28. Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka lemparkan ketundukan, "Kami tidak buat jahat." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat,

16:32. Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa kamu buat."

16:33. Adakah mereka menanti-nanti, melainkan bahawa malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau datang perintah Pemelihara kamu? Begitulah orang-orang sebelum mereka telah buat, dan Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

16:49. Kepada Allah sujud segala di langit, dan tiap-tiap makhluk yang merayap di bumi, dan para malaikat. Mereka tidak sombong.

17:40. Apa, adakah Pemelihara kamu pilihkan untuk kamu anak-anak lelaki, dan Dia ambil untuk-Nya daripada para malaikat perempuan? Ia adalah satu yang besar yang kamu ucapkan.

17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"

17:92. Atau, sehingga kamu jatuhkan langit, sebagaimana kamu dakwa, kepada kami dalam serpihan-serpihan, atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat sebagai satu jaminan,

17:95. Katakanlah, "Sekiranya ada di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai Rasul."

18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!

20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan.

21:103. Ketakutan yang terbesar tidak menyedihkan mereka, dan malaikat-malaikat menerima mereka, "Inilah hari kamu yang kamu telah dijanjikan."

22:75. Allah pilih daripada para malaikat Rasul-Rasul, dan daripada manusia; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

23:24. Berkata pembesar-pembesar daripada orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang hendak menjadi lebih tinggi daripada kamu, dan jika Allah hendaki, tentu Dia turunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah dengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu.

25:21. Berkata orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, "Mengapakah malaikat-malaikat tidak diturunkan kepada kita, atau mengapakah kita tidak melihat Pemelihara kita?" Mereka sombong di dalam diri-diri mereka, dan jadi penghina, dengan penghinaan yang besar.

25:22. Pada hari mereka melihat malaikat-malaikat, tidaklah ada berita gembira pada hari itu bagi orang-orang yang berdosa; mereka berkata, "Satu larangan yang terlarang!"

25:25. Pada hari langit berpecah belah dengan awan-awan, dan malaikat-malaikat turun, dengan penurunan.

33:43. Dia yang rahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk keluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin.

33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya rahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.

34:40. Pada hari Dia kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Dia berkata kepada malaikat-malaikat, "Adakah kamu yang mereka ini sembah?"

35:1. Segala puji bagi Allah, Pemula langit dan bumi, yang buatkan malaikat-malaikat sebagai Rasul-Rasul yang mempunyai sayap-sayap, dua, dan tiga, dan empat, dengan menambahkan ciptaan seperti yang Dia hendaki. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

37:150. Atau, Kami cipta malaikat-malaikat itu perempuan, sedang mereka adalah saksi-saksi?

38:71. Apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku cipta seorang manusia daripada tanah liat.

38:73. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya,

39:75. Dan kamu akan lihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

41:14. Apabila Rasul-Rasul datang kepada mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka, "Janganlah sembah siapa pun melainkan Allah", mereka berkata, "Sekiranya Pemelihara kami hendak, tentu Dia turunkan malaikat-malaikat; maka kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

41:30. Orang-orang yang berkata, "Pemelihara kami Allah", kemudian mereka meluruskan (teguhkan) pendirian, kepada mereka malaikat-malaikat turun, dengan berkata, "Jangan takut, dan jangan sedih; gembiralah dengan Taman yang kamu telah dijanjikan.

42:5. Langit hampir pecah di atas mereka, apabila malaikat-malaikat menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan minta ampun untuk orang-orang yang di bumi. Ingatlah, sesungguhnya Allah, Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih.

43:19. Dan mereka buatkan malaikat-malaikat, yang mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka saksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

43:53. Mengapa pula gelang-gelang emas tidak dilemparkan kepadanya, atau malaikat-malaikat tidak datang bersama dia untuk bergabung?"

43:60. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami lantik malaikat-malaikat di kalangan kamu untuk menjadi pengganti-pengganti di bumi.

47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang mereka?

53:27. Orang-orang tidak percayai akhirat namakan malaikat-malaikat dengan nama-nama perempuan.

66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu-membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

66:6. Wahai orang-orang yang percaya, lindungilah diri-diri kamu dan keluarga kamu daripada Api yang bahan bakarnya manusia dan batu, dan di atasnya malaikat-malaikat yang kasar, keras, yang tidak mengingkari Allah pada apa yang Dia perintahkan mereka, dan buat apa yang mereka diperintah.

70:4. Kepada-Nya malaikat-malaikat dan Roh naik dalam sehari yang ukurannya lima puluh ribu tahun.

74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.

78:38. Pada hari apabila Roh dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan; mereka tidak berkata-kata kecuali dia yang kepadanya Yang Pemurah izinkan, dan yang berkata benar.

97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman