Kalimat Lut di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat yang mengandungi nama Lut adalah seperti berikut:


6:84. Dan kami beri dia (Ibrahim) Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami beri petunjuk. Dan Nuh, Kami beri petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun - begitulah Kami balas orang-orang buat baik.
6:85. Dan Zakaria, Yahya, Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih.
6:86. Dan Ismail, Alyasa, Yunus, dan Lut; masing-masing Kami lebihkan di atas semua alam.
6:89. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, dan Putusan, dan Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami amanahkannya kepada suatu kaum yang bukanlah orang-orang tidak percaya kepadanya.

7:80. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam lakukannya sebelum kamu?
7:81. Kamu datangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."
7:82. Dan tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Keluarkanlah mereka dari bandaraya kamu ini; sesungguhnya mereka orang-orang yang bersihkan diri."
7:83. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal.
7:84. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.

11:70. Apabila dia (Ibrahim) lihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh pada mereka, dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut. Mereka berkata, "Jangan takut; kami diutus kepada kaum Lut."

11:74. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut.

11:77. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan berasa cemas untuk mereka, dan dia berkata, "Inilah hari yang amat berat."
11:78. Dan kaumnya datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka buat jahat. Dia berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan jangan aibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?"
11:79. Mereka berkata, "Kamu tahu bahawa kami tidak patut terhadap anak-anak perempuan kamu, dan kamu tahu benar apa yang kami hendaki."
11:80. Dia berkata, "Sekiranya aku ada kekuatan terhadap kamu, atau aku berlindung di sebuah tonggak yang kuat!"

11:81. Mereka berkata, "Wahai Lut, kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu. Mereka tidak akan sampai kepada kamu; maka berjalanlah, kamu dengan keluarga kamu, pada sebahagian malam, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang, kecuali isteri kamu; dia akan ditimpa dengan apa yang menimpa mereka. Waktu yang mereka dijanjikan ialah subuh (pagi); bukankah subuh sudah dekat?"
11:82. Maka apabila perintah Kami datang, Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar, bertubi-tubi,
11:83. Ditanda di sisi Pemelihara kamu, dan ia tidak jauh daripada orang-orang zalim.

 

11:89. Wahai kaumku (Shuaib), janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

 

15:58. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
15:59. Kecuali keluarga Lut; mereka akan kami selamatkan kesemuanya,
15:60. Kecuali isterinya; kami tentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang tinggal."

15:61. Maka, apabila para utusan datang kepada keluarga Lut,
15:62. Dia berkata, "Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
15:63. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami datangkan kepada kamu mengenai apa yang mereka ragui.
15:64. Kami datang kepada kamu dengan yang benar, dan sesungguhnya kami berkata benar.
15:65. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintah."
15:66. Dan Kami tentukan kepadanya perintah itu, bahawa sisa-sisa terakhir mereka dipotong pada waktu pagi.
15:67. Dan penduduk kota itu datang, mereka gembira.
15:68. Berkata, "Mereka ini tetamuku; jangan malukan aku.
15:69. Dan takutilah Allah, dan jangan aibkan aku."
15:70. Mereka berkata, "Tidakkah kami telah larang kamu daripada semua alam?"
15:71. Berkata, "Mereka ini anak-anak perempuanku, jika kamu mahu lakukan."
15:72. Demi umur kamu, mereka merayau-rayau membabi buta dalam kekaburan mereka,
15:73. Dan Teriakan ambil mereka pada waktu matahari terbit,
15:74. Dan Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar.
15:75. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang menandakan.
15:76. Sesungguhnya ia adalah di satu jalan yang masih berada.
15:77. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin (yang percayai).

 

21:71. Dan Kami selamatkan dia (Ibrahim), dan Lut, ke bumi yang Kami berkati bagi semua alam.

21:74. Dan Lut, kepadanya kami beri Putusan, dan pengetahuan; dan Kami selamatkan dia daripada bandaraya yang buat pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang jahat, fasiq.
21:75. Dan Kami masukkan dia ke dalam pengasihan Kami; dia termasuk orang-orang salih (baik).

22:43. Dan kaum Ibrahim, dan kaum Lut,

 

26:160. Kaum Lut telah dustakan para utusan.

26:161. Apabila saudara mereka Lut berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?
26:162. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai,
26:163. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:164. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.
26:165. Apa, adakah kamu datangi lelaki daripada semua alam,
26:166. Dengan tinggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara kamu ciptakan untuk kamu? Tidak, tetapi kamulah kaum yang derhaka."

26:167. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Lut, pasti kamu akan jadi antara orang-orang yang diusir."
26:168. Berkata, "Sesungguhnya aku adalah pembenci kepada amalan kamu.
26:169. Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku dan keluargaku daripada apa mereka buat."
26:170. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kesemuanya,
26:171. Kecuali seorang perempuan tua antara orang-orang yang tinggal.
26:172. Kemudian Kami binasakan yang lain.
26:173. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang diberi amaran.
26:174. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

 

27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?
27:55. Apa, adakah kamu datangi lelaki dengan hawa nafsu (syahwat) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."

27:56. Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Usirlah keluarga Lut daripada bandaraya kamu; mereka adalah orang-orang yang bersihkan diri!"
27:57. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; Kami tentukan dia termasuk orang-orang yang tertinggal.
27:58. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang diberi amaran.

 

29:26. Tetapi Lut percaya kepadanya; dan dia berkata, "Aku hijrah kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu lakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah lakukannya sebelum kamu.
29:29. Apa, adakah kamu datangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu datangkan dalam majlis kamu, yang mungkar?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."
29:30. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang buat kerosakan."

29:31. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim."
29:32. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat-sangat tahu siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal."

29:33. Apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan dia berasa cemas untuk mereka; tetapi mereka berkata, "Jangan takut, dan jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.
29:34. Kami akan turunkan kepada penduduk bandaraya ini kemurkaan dari langit kerana mereka buat fasiq."

 

37:133. Sesungguhnya Lut adalah antara para utusan,
37:134. Apabila Kami selamatkan dia dan keluarganya kesemuanya,
37:135. Kecuali perempuan tua yang tertinggal,
37:136. Kemudian Kami binasakan yang lain,
37:137. Dan kamu melalui mereka pada waktu pagi,
37:138. Dan pada waktu malam; tidakkah kamu faham?

 

38:13. Dan Tsamud, dan kaum Lut, dan penduduk Aikah - mereka itulah golongan-golongan.

50:13. Dan Ad, dan Firaun, dan saudara-saudara Lut,

 

54:33. Kaum Lut dustakan amaran-amaran.

54:34. Kami utus kepada mereka angin ribut yang mengandungi batu, kecuali keluarga Lut; Kami selamatkan mereka pada waktu sebelum dinihari,
54:35. Satu rahmat daripada Kami; begitulah Kami balas orang yang bersyukur (berterima kasih).
54:36. Dia telah beri amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.
54:37. Dan sesungguhnya, tetamunya mereka goda; maka Kami hapuskan mata-mata mereka, "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"
54:38. Pada awal pagi, datang kepada mereka satu azab yang telah ditetapkan.
54:39. "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"

 

66:10. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang tidak percaya - isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya khianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, “Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.”


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman