Kalimat laknat di dalam al-Qur'an


Kalimat la'ana dan la'nah diterjemah kepada laknat. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah:


2:88. Dan mereka berkata, "Hati kami tidak dikhatan." Tidak, tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang percayai.

2:89. Apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa yang bersama mereka, dan mereka sebelum itu telah minta kemenangan terhadap orang-orang tidak percaya, maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka kenali, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah ke atas orang-orang tidak percaya.

2:159. Orang-orang yang sembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami turunkan, setelah Kami jelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,

2:161. Tetapi orang-orang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya,

3:61. Dan sesiapa debat kamu mengenainya, setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka katakanlah, "Marilah, hendaklah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita mohon dengan rendah hati dan letakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta."

3:87. Mereka itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya.

4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", putarbalikkan lidah mereka dan mencela agama. Sekiranya mereka kata, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Perhatikan kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak percayai kecuali sedikit.

4:47. Wahai orang-orang diberi al-Kitab , percayalah kepada apa yang Kami turunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami hapuskan muka-muka, dan pusingkannya di atas belakangnya, atau laknat mereka sebagaimana Kami telah laknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat.

4:52. Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat, dan sesiapa Allah laknati, kamu tidak akan dapati baginya sebarang penolong.

4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan bagi mereka azab yang besar.

4:118. Yang dilaknati Allah. Ia berkata, "Sungguh, aku akan ambil untukku sebahagian yang ditetapkan daripada hamba-hamba-Mu,

5:13. Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami laknatkan mereka, dan jadikan hati mereka keras. Mereka kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ketepikanlah; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.

5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."

5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang, Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.

5:78. Telah dilaknati orang-orang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.

7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua sudah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu."

7:44. Penghuni-penghuni Taman memanggil penghuni-penghuni Api, "Kami dapati apa yang Pemelihara kami janjikan kami adalah benar. Adakah kamu dapati apa yang Pemelihara kamu janjikan kamu itu benar?" Mereka berkata, "Ia." Dan kemudian seorang penyeru antara mereka menyeru, "Laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,

9:68. Allah janjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah laknati mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.

11:18. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, "Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka." Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,

11:60. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat, "Sesungguhnya Ad tidak percaya kepada Pemelihara mereka; maka nyahlah Ad, kaum Hud."

11:99. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat - buruknya tawaran yang ditawarkan!

13:25. Dan orang-orang yang pecahkan perjanjian setelah diikat dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.

15:35. Ke atas kamu laknat hingga Hari Agama (Pengadilan)."

17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami buatkan visi yang Kami lihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.

24:7. Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk antara pendusta-pendusta.

24:23. Sesungguhnya orang-orang yang membalingnya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar.

28:42. Dan Kami ikut mereka di dunia ini dengan laknat, dan pada Hari Kiamat, mereka jadi antara yang dibenci.

29:25. Dan berkata, "Kamu ambil untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain daripada Allah, sebagai tanda kasih sayang antara kamu dalam kehidupan dunia; kemudian pada Hari Kiamat, sebahagian kamu akan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, dan kamu laknatkan satu sama lain, dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada penolong-penolong."

33:57. Orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, merekalah yang Allah laknat di dunia dan akhirat, dan sediakan bagi mereka azab yang hina.

33:61. Mereka dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh.

33:64. Allah laknatkan orang-orang tidak percaya, dan sediakan untuk mereka yang Menyala,

33:68. Wahai Pemelihara kami, berikan mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!"

38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama (Pengadilan)."

40:52. Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat.

47:23. Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat, lalu jadikan mereka pekak, dan membutakan mata mereka.

48:6. Dan supaya Dia azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan laknatkan mereka, dan sediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

~ A Concordance of the Qur'an muka surat 731


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman