Kalimat khatam di dalam al-Qur'an


From: aabdaziz
Subject: PERKATAAN KHATAM
Date: Mon, 12 Sep 2005 12:05:44 +0800

Salam,

Saya sedang menghalusi istilah Nabi dan Rasul tetapi perkataan khatam tidak terdapat dalam senarai KALIMAT PILIHAN. Khabarnya perkataan khatam ini banyak penggunaannya sehingga timbul beberapa pertikaian tentang khataman Nabiye.

Salam
aziz


Salam,

Khatam berada bersama Khatama dan Khitam di bawah satu akar. Kesemuanya diberi makna penutup. Senarai ayat yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut adalah seperti berikut:


Khatam:

33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.


Khatama:

2:7. Allah letak penutup pada hati mereka dan pada pendengaran mereka, dan penudung pada penglihatan mereka, dan bagi mereka, azab yang besar.

6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan letak penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang datangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.

36:65. Pada hari ini, Kami letak satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka menyaksikan terhadap apa yang mereka telah usahakan.

42:24. Atau mereka berkata, "Dia ada-adakan dusta terhadap Allah"? Tetapi jika Allah hendak, Dia letak satu penutup pada hati kamu; dan Allah hapuskan yang palsu, dan benarkan yang benar dengan kata-kata-Nya; Dia tahu apa yang di dalam dada.

45:23. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah sesatkan dia atas satu pengetahuan, dan letak satu penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan letak satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan beri petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?

83:25. Sedang mereka diberi minum dengan wain yang terpilih, ditutup,


Khitam:

83:26. Penutupnya kesturi; maka untuk itu, hendaklah berusaha orang-orang yang berusaha,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman