Kalimat khalifah di dalam al-Qur'an

"Khalifah" bererti "pengganti". Perkataan pengganti juga diterjemah daripada kalimat istakhalafa yang sama akar dengan khalifah. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat kedua itu diturunkan di hujung halaman ini.


1.  Khalifah:

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat khalifah adalah seperti berikut:


2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

6:165. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan naikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia uji kamu pada apa yang Dia beri kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."

7:74. Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

10:14. Kemudian Kami lantik kamu sebagai khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi selepas mereka supaya Kami perhatikan bagaimana kamu buat.

10:73. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami lantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran.

27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan lantik kamu jadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.

35:39. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi. Maka sesiapa yang tidak percaya, atasnyalah ketidakpercayaannya; ketidakpercayaan mereka menambahkan orang-orang tidak percaya hanya dalam kebencian di sisi Pemelihara mereka; ketidakpercayaan mereka menambahkan bagi orang-orang tidak percaya hanya dalam kerugian.

38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami lantik kamu sebagai khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan jangan ikut keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."

 

2.  Istakhalafa:

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah:


6:133. Pemelihara kamu ialah Yang Kaya, Berpengasihan. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan sesudah kamu, unuk menggantikan kamu, apa yang Dia hendaki, sebagaimana Dia tumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain.

7:129. Mereka berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami." Berkata, "Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan musnahkan musuh kamu, dan Dia jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia perhatikan bagaimana kamu buat."

11:57. Tetapi jika kamu berpaling, aku telah sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan jadikan satu kaum yang selain daripada kamu, pengganti-pengganti; kamu tidak akan mudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu."

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bahawa Dia akan sesungguhnya jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia jadikan orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia relai untuk mereka, dan Dia akan tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka menyembah-Ku, mereka tidak sekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

57:7. Percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan nafkahkanlah (belanjakanlah) daripada apa dia buatkan kamu pengganti-penggantinya. Orang-orang yang percaya antara kamu dan nafkahkan, mereka dapat upah yang besar.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman