Kalimat kewajipan di dalam al-Qur'an


Tidak ada satu kalimat al-Qur'an yang khas bagi kata kewajipan. Perkataan wajib pun tidak terdapat di dalam Bacaan.

Namun begitu, perkataan kewajipan wujud di dalam Bacaan. Ia diterjemah daripada kalimat al-Qur'an yang lazimnya tidak bermaksud kewajipan. Kalimat dimaksudkan ialah haqq, yang menurut Concordance bermaksud "truth; that which is right; that which is honourable; that which is due; (with prep. 'ali) an obligation; (alladhi'alayhi al-haqq) debtor; (adj) true; Truth, the True.(Divine attribute); (adv) rightfully, (bi-ghayr haqq) without right, unrightfully; (baqqa tuqdtihi) "as He should be feared" (halaman 537).

Antara maksud kalimat tersebut ialah obligation atau kewajipan dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat mengandungi haqq (yang lazim dimaksudkan kepada "yang benar") adalah banyak, kira-kira 240 kesemuanya, dan lima daripadanya mengandungi perkataan kewajipan. Mereka adalah:


2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia tinggalkan kebaikan (harta), supaya buat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang bertakwa.

2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu ceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum sentuh mereka, dan tidak juga tetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, berilah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang buat baik.

2:241. Bagi wanita-wanita yang diceraikan, (diberi) peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang bertakwa.

10:103. Kemudian Kami selamatkan Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya; seperti itulah kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang mukmin.

30:47. Sesungguhnya, Kami telah utus sebelum kamu Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami menolong orang-orang mukmin.
 

Kitab Lafzhiyah menterjemahkan haqqan pada ayat-ayat di atas kepada kewajiban (2:180), ketentuan (2:236), suatu kebajikan (2:241), jadi kewajiban (10:103) dan berhak/berkewajiban (30:47).

Sementara contoh ayat yang Bacaan terjemahkan haqqan kepada maksud yang lazim diberi berbunyi seperti berikut:


2:42. Dan jangan campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.

22:6. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan Dia hidupkan yang mati, dan berkuasa atas segala sesuatu.
 

Dan ada juga yang diterjemah kepada hak, seperti pada ayat di bawah:
 

5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiada bagiku untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.

 

Seterusnya, kalimat 'ala atau "atas" turut diertikan kepada kewajipan menurut konteks ayat. Contoh:
 

3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa masukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh buat jalannya ke sana. Dan orang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.
 

Frasa kewajipan manusia diterjemah daripada kalimat 'alan naasi yang menurut Lafzhiyah bermaksud "atas/kewajiban manusia" yang serupa maksud dengan Bacaan.


Terima kasih kepada seorang sahabat yang mengsyorkan supaya kalimat di atas dapat diterbitkan.

18 Okt 2012


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman