Kalimat kesalahan di dalam al-Qur'an

Kesalahan diterjemah daripada beberapa kalimat yang terbit daripada akar kata yang berlainan. Maka terdapat beberapa perkataan asal yang boleh diterjemah kepada perkataan Melayu tersebut. Pun begitu, terdapat beberapa kalimat yang membawa maksud selain daripada kesalahan. Mereka akan disentuh disini di bawah tajuk kecil mengandungi sesuatu akar kata.

Ayat-ayat dikumpul di bawah akar kata seperti berikut:


1. Dzal Nun Ba

Hanya satu kalimat yang terbit iaitu dhanb. Ayat-ayat yang mengandunginya adalah:

3:11. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka, yang dustakan ayat-ayat Kami; Allah ambil mereka disebabkan kesalahan-kesalahan mereka; Allah keras dalam balasan-Nya.

3:16. Orang-orang yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api."

3:31. Katakanlah, "Jika kamu cintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan cintai kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih."

3:135. Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka tahu.

3:147. Tiada lain yang mereka kata kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya."

3:193. Wahai Pemelihara kami, kami dengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.

5:18. Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, "Kami adalah anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah, "Mengapa pula Dia azab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaan-Nya; Dia ampun siapa Dia hendaki, dan Dia azab siapa Dia hendaki." Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.

5:49. Dan hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak goda kamu daripada sebarang apa yang Allah turunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah hanya hendak timpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.

6:6. Tidakkah mereka renungkan bagaimana Kami musnahkan sebelum mereka banyak generasi yang Kami telah teguhkan di bumi, yang Kami tidak teguhkan untuk kamu, dan bagaimana Kami utus langit kepada mereka dengan hujan lebat, dan buatkan sungai-sungai mengalir di bawah mereka? Kemudian Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tumbuhkan sesudah mereka generasi yang lain.

7:100. Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas orang-orang yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami hendaki, tentu Kami timpa mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya mereka tidak dengar?

8:52. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah; Allah ambil mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka. Sesungguhnya Allah Kuat, keras dalam balasan-Nya.

8:54. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang dustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya adalah orang-orang zalim.

9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah campuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan terima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

12:29. Yusuf, berpalinglah daripada ini; dan kamu (perempuan) mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang bersalah."

12:97. Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."

14:10. Rasul-Rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami satu kuasa yang nyata."

17:17. Berapa banyaknya generasi yang Kami musnahkan selepas Nuh! Cukuplah Pemelihara kamu sebagai yang menyedari dan melihat kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya.

25:58. Tawakallah kepada Yang Hidup, Yang Tidak Mati, dan sanjunglah dengan memuji-Nya. Cukuplah dengan Dia menyedari kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya,

26:14. Mereka juga ada satu kesalahan yang ada padaku, dan aku takut mereka akan bunuh aku."

28:78. Dia berkata, "Apa yang aku diberi hanyalah kerana pengetahuan yang ada padaku." Apa, tidakkah dia tahu bahawa Allah telah musnahkan sebelum dia, generasi-generasi daripada orang-orang yang lebih kuat daripada dia dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam kumpulan? Dan orang-orang yang bersalah tidak ditanya mengenai dosa-dosa mereka. in the article

29:40. Masing-masing Kami ambil kerana kesalahannya; dan antara mereka, kepada sebahagian, Kami utus angin ribut yang mengandungi batu, dan sebahagian diambil oleh Teriakan, dan sebahagian Kami buatkan bumi telan mereka, dan sebahagian Kami tenggelamkan; Allah tidak menzalimkan mereka tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.

33:71. Dia akan membetulkan amalan-amalan kamu untuk kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu. Sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya memenangi satu kemenangan yang besar.

39:53. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah ampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam balasan-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.

40:11. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar?"

40:21. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan, dan mereka tinggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, Allah ambil mereka dengan kesalahan-kesalahan mereka, dan mereka tidak ada sesiapa untuk pertahankan mereka daripada Allah.

40:55. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan lindung kamu daripada azab yang pedih.

47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah tahu ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.

48:2. Kerana Allah ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, yang lalu dan yang kemudian, dan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus,

51:59. orang-orang buat kezaliman dapat bahagian mereka yang serupa dengan bahagian teman-teman mereka; maka janganlah mereka minta disegerakan kepada-Ku!

55:39. Pada hari itu, tiada yang akan ditanya mengenai kesalahannya, tidak manusia dan tidak juga jin. (in the article)

61:12. Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Taman-Taman Adn; itulah kemenangan yang besar,

67:11. Lalu mereka mengakui kesalahan-kesalahan mereka. Celakalah penghuni-penghuni Menyala!

69:9. Dan Firaun, dan orang-orang sebelumnya, dan kota-kota yang telah musnah - mereka mendatangkan kesalahan,

71:4. Dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke suatu tempoh yang dinyatakan; tempoh Allah, apabila ia datang, tidak boleh ditangguhkan, jika kamu tahu.”

81:9. Kerana kesalahan apakah dia dibunuh,

91:14. Tetapi mereka dustakannya, dan melukainya, maka Pemelihara mereka binasakan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan mendatarkan mereka,

 

2. Jim Nun Kha

Daripadanya terbit junah, dan dua perkataan lain yang membawa maksud berbeza. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut adalah seperti berikut:


2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa lakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidak salah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa kerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri (Berterima Kasih), Mengetahui.

2:198. Tidak salah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia beri petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah; jangan mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang zalim.

2:230. Jika dia ceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia kahwin suami lain. Kemudian jika dia (suami baru) ceraikannya, maka tidak salah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka sangka mereka akan lakukan had-had Allah. Itu had-had Allah; Dia jelaskannya bagi kaum yang tahu.

2:233. Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  hendak sempurnakan susuan. Adalah atas bapa untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan bersama dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal sahaja kamu serah apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat.

2:234. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, mereka akan tunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai tempoh mereka, maka tiadalah kesalahan ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah sedar apa kamu buat.

2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu tawari, atau sembunyikan di dalam diri kamu. Allah tahu bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu ucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu putuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah tahu apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.

2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu ceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum sentuh mereka, dan tidak juga tetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, berilah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang buat baik.

2:240. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka buat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidak salah ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.

4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikianlah Allah kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.

4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidak salah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu buat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

5:93. Tidak salah ke atas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan buat baik; Allah suka orang-orang buat baik.

24:29. Tidak salah ke atas kamu bahawa kamu masuk rumah-rumah yang tidak didiami, yang di dalamnya ada kesenangan bagi kamu. Allah tahu apa yang kamu nampakkan, dan apa yang kamu sembunyikan.

24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu miliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, minta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk tanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.

33:51. Kamu tangguhkan siapa yang kamu hendaki antara mereka, dan siapa yang kamu hendaki, kamu ambil kepada kamu; dan jika kamu ingini sesiapa yang kamu sudah lepaskan, maka tidak salah ke atas kamu. Demikianlah itu boleh jadi mereka gembira, dan tidak sedih, dan masing-masing mereka akan sangat puas hati dengan apa yang kamu beri kepadanya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah Mengetahui, Penyantun.

33:55. Tidak salah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah perempuan-perempuan mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka. Berikan orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (belanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka telah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

 

3. Kha Tha Ain

Daripadanya terbit kalimat-kalimat khati'a, khata', khati'ah dan akhta'a, yang membawa beberapa maksud berlainan.


1. khati'a

12:29. Yusuf, berpalinglah daripada ini; dan kamu (perempuan) mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang bersalah."

12:91. Mereka berkata, "Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih suka kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah."

12:97. Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."

17:31. Dan jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.

28:8. Lalu keluarga Firaun memungutnya untuk menjadi musuh, dan kesedihan bagi mereka; sesungguhnya Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, adalah antara orang-orang yang bersalah.

69:9. Dan Firaun, dan orang-orang sebelumnya, dan kota-kota yang telah musnah - mereka mendatangkan kesalahan,

69:37. Yang tiada, kecuali orang-orang yang bersalah memakan.”

96:16. Ubun-ubun yang berdusta, bersalah.

 

2. khata' - hanya satu ayat

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan silap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan silap, maka hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka sedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan merdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah Mengetahui, Bijaksana.

 

3. khati'ah - Oleh kerana maksud utamanya transgression maka terjemahan baginya adalah pelanggaran. Maksudnya pada ayat 4:112 telah dibetulkan daripada asal iaitu kesalahan, untuk menyeragamkan maksud.

2:58. Dan apabila Kami berkata, "Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu hendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakan, 'Tidak membebankan'; Kami akan ampunkan kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."

2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

4:112. Dan sesiapa usahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingnya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia pikul fitnahan, dan dosa yang nyata.

7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Tinggallah di bandaraya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu hendaki; dan katakan, 'Tidak membebankan'; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan ampun kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."

20:73. Kami percaya kepada Pemelihara kami supaya Dia ampunkan kami atas pelanggaran-pelanggaran kami dan sihir yang kamu paksa kami lakukan; Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal."

26:51. Kami sangat inginkan bahawa Pemelihara kami akan ampunkan kami atas pelanggaran-pelanggaran kami kerana kami yang pertama antara orang-orang mukmin."

26:82. Dan yang aku inginkan akan ampunkan aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).

29:12. Berkata orang-orang tidak percaya kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan kami akan pikul pelanggaran-pelanggaran kamu" padahal mereka tidak pikul pelanggaran-pelanggaran mereka sedikitpun; sesungguhnya mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

71:25. Disebabkan pelanggaran-pelanggaran mereka, mereka ditenggelamkan, dan dimasukkan ke Api, maka mereka tidak dapati, selain daripada Allah, sesiapa untuk menolong mereka.

 

4. akhta'a

2:286. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."

33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.

 

4. Gh W Y

Terdapat tiga kalimat:


1. ghawa
- dua ayat dibetulkan demi menyeragamkan maksud, berwarna merah.

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

7:146. Aku akan palingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang sombong di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka lihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan percayainya, dan jika mereka lihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka lihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu kerana mereka dustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya."

7:175. Dan bacakan kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami beri ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia jadi antara orang-orang yang bersalah.

7:202. Dan saudara-saudara mereka yang mereka pandu ke dalam kesalahan, kemudian mereka tidak berhenti-henti.

15:42. Kepada hamba-hamba-Ku, kamu tidak ada kuasa, kecuali orang-orang yang ikut kamu, yang bersalah.

19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang sia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan temui kesalahan,

20:121. Maka kedua mereka makan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

26:91. Dan Jahim dihadapkan kepada orang-orang yang bersalah.

26:94. Maka mereka dicampakkan ke dalamnya, bersama orang-orang yang bersalah,

26:224. Dan penyair-penyair - orang-orang yang bersalah ikut mereka.

28:63. Orang-orang yang ke atas mereka Ucapan telah wajar, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah orang-orang yang kami buat mereka bersalah; kami buat mereka bersalah sebagaimana kami bersalah. Kami berlepas diri kepada Engkau; ia bukanlah kami yang mereka sembah."

37:32. Demikianlah kami buat kamu bersalah, dan kami sendiri adalah orang-orang yang bersalah."

53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga bersalah,


2. ghawiy - satu-satunya ayat yang mengandunginya berbunyi,

28:18. Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang minta pertolongannya kelmarin minta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, "Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata."


3. aghwa

7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,

11:34. Dan nasihatku tidak bermanfaat kepada kamu jika aku hendak beri nasihat kepada kamu, jika Allah hendak buat kamu bersalah; Dia Pemelihara kamu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan."

15:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah buat aku bersalah, aku akan nampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,

28:63. Orang-orang yang ke atas mereka Ucapan telah wajar, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah orang-orang yang kami buat mereka bersalah; kami buat mereka bersalah sebagaimana kami bersalah. Kami berlepas diri kepada Engkau; ia bukanlah kami yang mereka sembah."

37:32. Demikianlah kami buat kamu bersalah, dan kami sendiri adalah orang-orang yang bersalah."

38:82. Berkata, "Maka, demi kemuliaan Engkau, aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,

 

5. Kh Ra Jim


harija
- satu-satunya kalimat di bawah akar kata tersebut, dengan pengertian berlainan. Selain daripada bersalah atau kesalahan ia diterjemah kepada tiada halangan, kesulitan, sendat, dan kesempitan.

4:65. Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan percayai sehingga mereka jadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka dapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu putuskan, tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

6:125. Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa Dia hendak disesatkan, Dia buatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah letak kotoran kepada orang-orang tidak percayai.

7:2. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk beri amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin (yang percayai).

9:91. Tidak salah ke atas orang-orang yang lemah, dan ke atas orang-orang yang sakit, dan ke atas orang-orang yang tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan, jika mereka jujur kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Tidak ada jalan terhadap orang-orang buat baik; Allah Pengampun, Pengasih.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah, berilah penghormatan kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah rahmati, dan kamu telah rahmati, "Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah", dan kamu sembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah nyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah sempurnakan apa yang dia hendaki daripadanya, maka Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka sudah sempurnakan apa yang mereka hendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.

33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah tetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.

33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.

48:17. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit. Dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia akan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; tetapi sesiapa berpaling, dialah yang Dia akan azab dengan azab yang pedih.

 

6. Kata akar lain

Daripada kata akar lain terdapat tiga kalimat yang diterjemah kepada kesalahan. Tiap-tiap satu mengandungi hanya satu ayat.


a. haba

4:2. Berikan anak-anak yatim harta mereka, dan janganlah tukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.


b. ma'arrah

48:25. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak tahu, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah masukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami azab orang-orang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.


c. lamam

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam ampunan-Nya. Dia sangat-sangat tahu mengenai kamu apabila Dia tumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa.


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman