Kalimat jelas/nyata di dalam al-Qur'an
Terdapat beberapa kalimat al-Qur'an yang boleh diterjemah kepada jelas atau
nyata. Akan tetapi, di sini hanya abana
dipilih kerana ia adalah adjektif yang diguna untuk al-Kitab, al-Qur'an, dan
juga bahasa Arab al-Qur'an.
Menurut Concordance abana bermaksud to make things clear, exposition, clear demonstration, argument, explanation, that which makes clear or plain, manifest, evident, plain atau jelas, nyata dan ada sekali diterjemah kepada kelihatan (43:18) dan sekali juga kepada terang (81:23), menurut konteks ayat.
Ayat-ayat mengandungi kalimat abana
adalah seperti berikut:
2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan
baik, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang
nyata bagi kamu.
2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
3:138. Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.
3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia bangkitkan antara mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan sucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.
4:20. Dan jika kamu hendak
tukar
seorang isteri di
tempat isteri lain dan jika kamu sudah beri seorang satu timbunan, jangan ambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara
fitnah,
dan dosa yang nyata?
4:50. Perhatikan bagaimana mereka ada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.
4:91. Kamu akan dapati yang lain, hendakkan aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak lemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka; terhadap mereka, kami beri kamu satu kuasa yang nyata.
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
4:112. Dan sesiapa usahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingnya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia pikul fitnahan, dan dosa yang nyata.
4:119. Dan sungguh, aku akan sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan suruh mereka dan mereka akan potong telinga binatang ternak; aku akan suruh mereka dan mereka akan ubah ciptaan Allah." Sesiapa yang ambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:144. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin; atau, adakah kamu hendak beri Allah terhadap kamu satu kuasa yang nyata?
4:153. Ahli Kitab minta kepada kamu supaya kamu turunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah minta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkan kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar ambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka ambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami maafkan mereka yang itu, dan Kami beri Musa kuasa yang nyata.
4:174. Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan Kami turunkan kepada kamu satu cahaya yang terang.
5:15. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul
Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan
daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada
Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
5:92. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas Rasul Kami hanya untuk sampaikan yang jelas.
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
6:7. Sekiranya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab di kertas, lalu mereka sentuh ia dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang tidak percaya akan berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
6:16. Daripada sesiapa ia dipalingkan pada hari itu, Dia kasihaninya; itulah kemenangan yang nyata.
6:59. Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang ketahuinya melainkanDia. Dia tahu apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia ketahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas.
6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
6:142. Dan daripada
binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa
yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia
adalah musuh yang nyata bagi kamu.
7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka panggil mereka, "Tidakkah Aku telah larang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"
7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami lihat kamu dalam kesesatan yang nyata."
7:107. Maka dia lempar tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata.
7:184. Tidakkah mereka berfikir? Tiadalah kegilaan pada teman mereka; dia tidak lain hanya seorang pemberi amaran yang jelas.
10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."
10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.
10:76. Maka apabila
yang benar datang kepada mereka daripada Kami, mereka berkata, "Sesungguhnya ini
sihir yang nyata."
11:6. Tiada makhluk yang merayap di bumi melainkan atas Allah rezekinya, dan Dia tahu tempat menginapnya, dan tempat simpanannya, semuanya di dalam Kitab yang jelas.
11:7. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
11:25. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, "Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas.
11:96. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan kuasa yang nyata,
12:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.
12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, jangan ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.
12:8. Apabila mereka berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.
12:30.
Perempuan-perempuan tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri
pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami lihat dia dalam
kesesatan yang nyata."
14:10. Rasul-Rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami satu kuasa yang nyata."
15:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.
15:18. Kecuali yang mendengar dengan curi, dan dia diikuti api yang nyata.
15:79. Dan Kami lepaskan dendam kepada mereka. Kedua-dua mereka adalah di atas imam (jalan) yang nyata.
15:89. dan katakan, "Sesungguhnya aku ialah pemberi amaran yang jelas."
16:4. Dia cipta manusia daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata.
16:35. Orang-orang yang sekutukan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak sembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka buat; tiadalah atas Rasul-Rasul, melainkan untuk sampaikan yang jelas.
16:82. Maka, jika mereka berpaling, bagi kamu hanya untuk sampaikan yang jelas.
16:103. Dan Kami tahu bahawa mereka berkata, "Hanya seorang manusia yang mengajar dia."
Lisan (bahasa) orang yang padanya mereka cerca bukanlah Arab, sedang yang ini
adalah dalam bahasa Arab yang jelas.
17:53. dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
19:38. Alangkah terangnya mereka dengar dan lihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang zalim hingga hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.
21:54. Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."
22:11. Dan antara manusia ada orang yang menyembah Allah di atas pinggir. Jika kebaikan menimpanya, dia tenteram padanya, tetapi jika penganiayaan menimpanya, dia balik di atas mukanya (sepenuhnya); dia rugi dunia dan akhirat; itu sebenarnya kerugian yang nyata.
22:49. Katakanlah, "Wahai manusia, aku bagi kamu hanya seorang pemberi amaran yang jelas."
23:45. Kemudian Kami utus Musa dan saudaranya Harun dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri bersangka baik, dan berkata, "Ini fitnah yang nyata"?
24:25. Pada hari itu, Allah bayar mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang sebenar, dan mereka tahu bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).
24:54. Katakanlah,
"Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; kemudian, jika kamu berpaling,
hanya kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang
dibebankan kepada kamu. Jika kamu taati dia, kamu akan dapat petunjuk.
Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas."
26:2. Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas.
26:30. Berkata, "Walaupun aku datangkan kepada kamu sesuatu yang jelas?"
26:32. Maka dia lempar tongkatnya, dan tiba-tiba, ia jadi seekor ular yang nyata.
26:97. "Demi Allah, kita benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata,
26:115. Aku, tidak lain, hanya seorang pemberi amaran yang jelas."
26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas.
27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.
27:13. Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir yang nyata."
27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata."
27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."
27:75. Dan tiadalah yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi, melainkan di dalam Kitab yang jelas.
27:79. Maka
tawakallah kamu kepada Allah; kamu adalah di atas kebenaran yang
nyata.
28:2. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.
28:15. Dan dia masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (matikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
28:18. Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang minta pertolongannya kelmarin minta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, "Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata."
28:85. Dia yang tetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan kembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa dalam kesesatan yang nyata."
29:18. Tetapi, jika kamu dustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah dustakan; dan hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas."
29:50. Mereka
berkata, "Mengapakah ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada
Pemeliharanya?" Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanya
seorang pemberi amaran yang jelas."
31:11. Ini adalah ciptaan Allah; maka perlihatkan kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang nyata.
33:36. Tidak patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah tentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata.
33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka usahakan, mereka memikul fitnahandan dosa yang nyata.
34:3. Orang-orang tidak percaya berkata, "Saat tidak akan datang kepada kami." Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau lebih besar, melainkan ia di dalam Kitab yang jelas,
34:24. Katakanlah, "Siapakah yang beri rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata."
34:43. Dan apabila
ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata,
"Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang hendak halang kamu
daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini,
melainkan fitnah
yang diada-adakan." Dan orang-orang tidak percaya
berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini,
melainkan sihir yang nyata."
36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan tulis apa yang mereka dahulukan, dan apa yang mereka tinggalkan; segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata.
36:17. Dan atas kami hanya untuk sampaikan yang jelas."
36:24. Sesungguhnya aku, jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata.
36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu", orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia memberinya makan? Kamu hanya dalam kesesatan yang nyata!"
36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidak patut baginya. Ia hanya satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
36:77. Sudahkah manusia renungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata.
37:15. Dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.
37:106. Ini benar-benar ujian yang nyata."
37:113. Dan Kami berkatinya, dan Ishak; dan daripada keturunan mereka, sebahagian buat baik, dan sebahagian buat zalim yang nyata terhadap diri-diri mereka sendiri.
37:156. Atau,
adakah kamu satu kuasa yang nyata?
38:70. Hanya ini diwahyukan kepadaku, bahawa aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
39:15. Maka sembahlah apa yang kamu hendaki selain daripada Dia." Katakanlah, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka, dan keluarga-keluarga mereka pada Hari Kiamat; tidakkah itu kerugian yang nyata?
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
40:23. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
43:2. Demi Kitab yang jelas,
43:15. Namun begitu, mereka adakan bagi-Nya sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sendiri! Manusia nyatalah tidak berterima kasih (kafir).
43:18. Apa, orang yang dibesarkan di tengah-tengah perhiasan, dan bila tiba pertengkaran, tidak kelihatan?
43:29. Tidak, tetapi Aku beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga yang benar datang kepada mereka, dan Rasul yang jelas.
43:40. Apa, adakah kamu akan jadikan orang yang pekak mendengar, atau adakah kamu akan beri petunjuk kepada orang yang buta, dan orang yang dalam kesesatan yang nyata?
43:52. Atau, tidakkah aku yang lebih baik daripada lelaki ini, yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan?
43:62. Jangan
syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.
44:2. Demi Kitab yang jelas.
44:10. Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkanasap yang jelas,
44:13. Bagaimanakah peringatan bagi mereka, sesungguhnya Rasul yang jelas telah datang kepada mereka,
44:19. Dan, "Jangan kamu meninggi terhadap Allah; sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan satu kuasa yang nyata,
44:33. Dan beri mereka ayat-ayat yang di dalamnya ujian yang nyata.
45:30. Dan bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Pemelihara masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; itulah kemenangan yang nyata.
46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, "Ini adalah sihir yang nyata."
46:9. Katakanlah, "Aku bukan yang baru antara Rasul-Rasul, dan aku tidak tahu apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya ikut apa diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
46:32. Sesiapa yang
tidak sahut penyeru kepada Allah, tidak dapat
kandaskan Allah di bumi, dan
dia tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam
kesesatan yang nyata."
48:1. Sesungguhnya Kami beri kemenangan kepada kamu dengan kemenangan yang nyata,
51:38. Dan pada Musa, apabila Kami mengutusnya kepada Firaun, dengan satu kuasa yang nyata,
51:50. Maka larilah kepada Allah! Aku seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.
51:51. Dan jangan adakan berserta Allah tuhan lain; aku adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.
52:38. Atau, adakah mereka sebuah tangga yang dengannya mereka dengarkan? Maka hendaklah sesiapa antara mereka yang dengar datangkan satu kuasa yang nyata.
55:4. Dan Dia mengajarnya Penjelasan.
61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”
62:2. Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,
64:12. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; tetapi jika kamu berpaling, hanya atas Rasul Kami untuk sampaikan yang jelas.
67:26. Katakanlah, “Pengetahuannya hanya di sisi Allah; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”
67:29. Katakanlah, “Dia Yang Pemurah. Kami percaya kepada-Nya, dan kepada-Nya kami tawakal (mempercayakan). Kamu pasti akan tahu siapa dia yang dalam kesesatan yang nyata.”
71:2. Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,
75:19. Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya.
81:23. Sesungguhnya dia melihatnya di horizon yang terang.
~ A Concordance of the Qur'an ms 352
Kalimat
Pilihan
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman