Kalimat insan di dalam al-Qur'an
From: korokure
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: beza al-insan dgn an-naas
Date: Wednesday, October 26, 2005 4:32 PMSalaman,
Saya nak tahu beza Al-insan dengan An-naas sedangkan dalam terjemahan kedua2nya bermaksud 'manusia'. kenapa ada ayat yang menggunakan Al-insan dan ada yg menggunakan An-naas?
Terima Kasih.
Salamun alaikum,
Terima kasih kepada penulis e-mel yang mencadangkan satu tajuk menarik untuk dibincang, iaitu mengenai dua kalimat al-Qur'an, insan dan nas. Satu daripadanya pula dipakai oleh orang-orang kita.
Nas adalah jamak bagi insan, yang bermakna manusia, atau dalam bahasa Inggeris, man atau mankind. Lalu kedua-duanya diterjemah kepada "manusia" di dalam Bacaan.
Perkataan yang diambil untuk dipakai dalam bahasa Melayu ialah "insan". Sebuah kamus beri makna kepada perkataan tersebut seperti berikut:
insan Ar manusia; ~ kamil manusia yang sempurna (baik, bersih drpd noda dll);
keinsanan kemanusiaan.
Di sini kalimat insan dipilih untuk menyenaraikan ayat-ayat al-Qur'an yang mengandunginya. Pun begitu, maknanya iaitu manusia, diguna di dalam senarai yang dipamerkan di bawah (sila perhatikan ayat 18:54 di mana kedua-dua nas dan insan diguna):
4:28. Allah hendak ringankan kamu kerana manusia (insan) dicipta lemah.
10:12. Apabila mudarat sentuh manusia (insan), dia seru Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami hilangkan mudaratnya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah seru Kami atas mudarat yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa mereka buat.
11:9. Dan jika Kami merasakan kepada seseorang manusia (insan) dengan pengasihan daripada Kami, dan kemudian Kami merampasnya daripada dia, dia berputus asa, tidak percaya (kafir).
12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia (insan), adalah musuh yang nyata.
14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka telah sesatkan ramai manusia (insan). Maka sesiapa yang ikut aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
15:26. Sesungguhnya Kami cipta manusia (insan) daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk.
16:4. Dia cipta manusia (insan) daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata.
17:11. Manusia (insan) seru untuk kejahatan seperti dia seru untuk kebaikan; manusia (insan) adalah tergesa-gesa.
17:13. Dan tiap-tiap manusia (insan), Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami keluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia temuinya terbuka.
17:53. dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia (insan).
17:67. Dan apabila mudarat sentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia (insan) tidak berterima kasih (kafir).
17:83. Dan apabila Kami rahmati manusia (insan), dia berpaling dan jauhkan diri ke tepi, tetapi apabila kejahatan sentuh dia, dia berputus asa.
17:100. Katakanlah, "Jika kamu miliki perbendaharaan pengasihan Pemeliharaku, jika demikian, tentu kamu menahannya kerana takut menafkahkannya; dan manusia (insan) selamanya kedekut."
18:54. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia (nas) di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia (insan) adalah sesuatu yang paling banyak membantah.
19:66. Manusia
(insan) berkata, "Apa, apabila aku sudah mati, adakah aku akan dikeluarkan
hidup?"
19:67. Tidakkah manusia (insan) teringat bahawa Kami telah menciptanya dari
dahulu sedang dia sama sekali tiada?
21:37. Manusia (insan) dicipta bersifat tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan lihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka jangan kamu minta disegerakan.
22:66. Dia yang hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu. Sesungguhnya manusia (insan) tidak berterima kasih (kafir).
23:12. Kami cipta manusia (insan) daripada sari tanah liat,
25:29. Sesungguhnya dia sesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia (insan)."
29:8. Kami wasiatkan manusia (insan) supaya dia buat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka; kepada Aku kamu kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat.
31:14. Dan Kami wasiatkan manusia (insan) mengenai ibu bapanya - ibunya membawanya (mengandungnya) dalam kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.
32:7. yang mencipta segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia (insan) daripada tanah liat,
33:72. Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya; dan manusia (insan) memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.
36:77. Sudahkah manusia (insan) renungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata.
39:8. Apabila mudarat sentuh manusia (insan), dia seru Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia kurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia lupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan adakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Gembiralah sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu jadi di kalangan penghuni-penghuni Api."
39:49. Apabila mudarat sentuh manusia (insan), dia seru Kami; kemudian, apabila Kami kurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku diberi hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu cubaan, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
41:49. Manusia (insan) tidak jadi letih menyeru (doa) untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan sentuh dia, maka jemulah dia, berputus asa.
41:51. Dan apabila Kami rahmati manusia (insan), dia berpaling, dan jauhkan diri ke tepi; tetapi apabila kejahatan sentuh dia, dia mempunyai seruan (doa) yang tidak putus-putus.
42:48. Tetapi jika mereka berpaling, Kami tidak utus kamu untuk menjadi penjaga kepada mereka. Atas kamu hanyalah untuk menyampaikan. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia (insan) pengasihan daripada Kami, dia gembira dengannya; tetapi, jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, maka sesungguhnya manusia (insan) tidak berterima kasih (kafir).
43:15. Namun begitu, mereka adakan bagi-Nya sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sendiri! Manusia (insan) nyatalah tidak berterima kasih (kafir).
46:15. Kami wasiatkan manusia (insan), bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
50:16. Sesungguhnya Kami cipta manusia (insan); dan Kami tahu apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.
53:24. Atau, dapatkah manusia (insan) apa yang dia khayalkan?
53:39. Dan bahawa tiadalah bagi manusia (insan) melainkan apa yang dia usahakan,
55:3. Dia cipta manusia (insan),
55:14. Dia cipta manusia (insan) daripada tanah liat yang kering yang seperti kepunyaan pembuat tembikar,
59:16. Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia (insan), “Jangan percaya”; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.”
70:19. Sesungguhnya manusia (insan) dicipta selalu risau dan gelisah,
75:3. Apa, adakah manusia (insan) sangka Kami tidak akan kumpulkan tulang-tulangnya?
75:5. Tidak, tetapi manusia (insan) hendak buat jahat di hadapannya,
75:10. Pada hari itu, manusia (insan) berkata, “Ke mana hendak lari?”
75:13. Pada hari itu, manusia (insan) diberitahu apa yang dia dahulukan, dan yang dia tangguhkan.
75:14. Tidak, manusia (insan) jadi satu bukti yang nyata terhadap dirinya,
75:36. Apa, adakah manusia (insan) sangka dia akan dibiarkan berjalan-jalan sewenang-wenangnya?
76:1. Bukankah telah
datang kepada manusia (insan) satu waktu daripada masa apabila ia adalah
sesuatu yang tidak diingatkan?
76:2. Kami cipta manusia
(insan) daripada setitis mani, satu
percampuran, mengujinya; dan Kami buatkan dia mendengar, melihat.
79:35. Pada hari apabila manusia (insan) mengingati apa yang dia telah usahakan,
80:17. Binasalah manusia (insan)! Betapa tidak berterimakasihnya dia!
80:24. Hendaklah manusia (insan) renungkan makanannya.
82:6. Wahai manusia (insan), apakah yang menipu kamu terhadap Pemelihara kamu Yang Mulia?
84:6. Wahai manusia (insan), kamu bekerjakeraslah terhadap Pemelihara kamu, dengan sungguh-sungguh keras, dan kamu akan menemui-Nya.
86:5. Maka hendaklah manusia (insan) renungkan daripada apakah dia diciptakan,
89:15. Adapun manusia (insan), apabila Pemeliharanya mengujinya, dan muliakannya, dan rahmatinya, maka dia berkata, "Pemeliharaku muliakan aku."
89:23. Pada hari itu, Jahanam didatangkan; pada hari itu, manusia (insan) mengingati; dan bagaimanakah peringatan baginya?
90:4. Sesungguhnya, Kami cipta manusia (insan) dalam kesusahan.
95:4. Sesungguhnya Kami cipta manusia (insan) dalam bentuk yang paling baik,
96:2. Dia cipta manusia (insan) daripada dadih darah.
96:5. Dia ajar manusia
(insan) apa yang dia tidak tahu.
96:6. Tidak sekali-kali! Sesungguhnya
manusia (insan)
melampaui batas,
99:3. Dan manusia (insan) berkata, "Mengapakah ia?"
100:6. Sesungguhnya manusia (insan) tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya,
103:2. Sesungguhnya manusia (insan) dalam kerugian,
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman