Kalimat ikan di dalam al-Qur'an
Ikan diterjemah daripada kalimat hut (jamak hitan) dan disebut sebanyak lima kali di dalam al-Qur'an. Antaranya berkaitan dengan Nabi Yunus. Antara penterjemah al-Qur'an, ada yang mengatakan ikan yang telan baginda adalah whale, ikan hiu, ikan besar dan sebagainya. Bacaan telah turut buat kesilapan serupa itu dengan menyatakan ikan besar lalu dikesan oleh sahabat rajamaca (terima kasih) dan di sini, ayat yang mengandunginya dibetulkan. Ayat berkenaan ialah 37:142.
Di bawah ini diturunkan ayat tersebut bersama empat lagi yang mengandungi kalimat ikan:
7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami uji mereka kerana kefasiqan mereka.
18:61. Kemudian, apabila mereka sampai di pertemuan mereka, mereka lupa ikan mereka, dan ia ambil jalannya ke laut, dengan mengorek lubang.
18:63. Berkata, "Apa pendapat kamu? Tatkala kita ambil perlindungan di batu, lalu aku lupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang buat aku lupakannya, supaya aku tidak ingatkannya; dan ia ambil jalannya ke laut dengan cara menakjubkan."
37:142. Kemudian ikan menelannya, dan dia disalahkan.
68:48. Maka sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah jadi seperti Teman Ikan, apabila dia memanggil, tercekik di dalam dirinya.
(Maaf atas kesilapan)
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English ArticlesTulis kepada Pengurus Laman