Kalimat Ibrahim di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat yang mengandungi nama Ibrahim serta konteksnya adalah seperti berikut:


2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia tunaikannya. Dia berkata, "Sesungguhnya Aku buat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang zalim."
2:125. Dan apabila Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."
2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa yang tidak percaya aku akan berikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan paksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"

2:127. Dan apabila Ibrahim, dan Ismail bersamanya, menaikkan dasar-dasar Rumah, "Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

2:130. Maka siapakah yang mengundur diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang membodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik).
2:131. Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata, "Aku tundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."
2:132. Dan Ibrahim wasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah pilih untuk kamu agama; maka jangan kamu mati kecuali dalam kemusliman."
2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?" Mereka berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."

2:135. Dan mereka berkata, "Hendaklah kamu jadi Yahudi atau Kristian, dan kamu akan dapat petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan."
2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."

2:140. Atau, adakah kamu kata, 'Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih tahu, atau Allah? Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang sembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat."

2:258. Tidakkah kamu renungkan orang yang debat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah beri kepadanya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah datangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang tidak percaya tercengang. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu percayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"

3:33. Allah telah pilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam.
3:34. Keturunan satu sama lain; Allah Mendengar, Mengetahui.

3:65. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu berdebat mengenai Ibrahim? Taurat tidak diturunkan dan tidak juga Injil melainkan selepas dia. Apa, tidakkah kamu faham?

3:67. Tidak, Ibrahim sebenarnya bukanlah seorang Yahudi, dan bukan juga seorang Kristian, tetapi dia seorang Muslim, dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada orang-orang yang sekutukan.
3:68. Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya, dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung) orang-orang mukmin.

3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa diberi kepada Musa dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."

3:95. Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan."
3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam.
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa masukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh buat jalannya ke sana. Dan orang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.

4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah telah beri mereka? Sungguh, Kami beri keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan kami beri mereka kerajaan yang besar.

4:125. Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang tundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat.

4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan kami beri Daud, Zabur.

6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
6:75. Demikianlah Kami lihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi, supaya dia
jadi antara orang-orang yang yakin.
6:76-81:
Apabila malam menutupi di atasnya, dia lihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak suka yang terbenam."
Apabila dia lihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak beri petunjuk kepada aku, tentu aku jadi daripada kaum yang sesat."
Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan.
Aku hadapkan wajahku kepada Dia yang mulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang sekutukan."
Kaumnya mendebatnya. Dia berkata, "Adakah kamu hendak mendebat aku mengenai Allah, dan Dia beri petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa yang kamu sekutukan dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku hendak sesuatu. Pemeliharaku merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu ingatinya?
Bagaimanakah aku boleh takut pada apa yang kamu sekutukan, sedang kamu tidak takut kamu menyekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kepada kamu sebarang kuasa? Manakah antara dua golongan yang lebih berhak dengan keamanan jika kamu tahu?"

6:83. Itu hujah Kami yang kami beri Ibrahim terhadap kaumnya. Kami naikkan darjat siapa yang Kami hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.

6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang sekutukan."

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

9:114. Ibrahim tidak minta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia janjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.

11:69. Rasul-Rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia datangkan seekor anak lembu panggang.
11:70-73:
Apabila dia lihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh pada mereka, dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut. Mereka berkata, "Jangan takut; kami diutus kepada kaum Lut."
Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.
Berkata, "Celakalah aku! Adakah aku akan beranak padahal aku perempuan tua, dan suamiku ini seorang yang tua? Sesungguhnya ini sesuatu yang ajaib."
Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Indah."

11:74. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut.
11:75. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan.
11:76. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."

12:6. Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia ajar kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub, sebagaimana Dia sempurnakan sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana."

12:38. Dan aku (Yusuf) ikut anutan bapa-bapaku, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub. Tiadalah bagi kami untuk sekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.

14:35. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman, dan jauhkan aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
14:36-41:
Wahai Pemeliharaku, mereka telah sesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang ikut aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan, dan apa yang kami siarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
Segala puji bagi Allah yang beri aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar seruan (doa).
Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.
Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila hitungan didirikan."

15:51. Dan beritahu mereka mengenai tetamu-tetamu Ibrahim,
15:52-60:
Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" Dia berkata, "Sesungguhnya kami takut pada kamu."
Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami beri kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim."
Berkata, "Apa, adakah kamu beri aku berita gembira walaupun umur tua telah menyentuhku? Dengan apakah kamu beri aku berita gembira?"
Mereka berkata, "kami beri kamu berita gembira yang benar. Janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."
Berkata, "Dan siapakah yang berputus asa daripada pengasihan Pemeliharanya, melainkan orang-orang yang sesat?"
Berkata, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"
Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
Kecuali keluarga Lut; mereka akan kami selamatkan kesemuanya,
Kecuali isterinya; kami tentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang tinggal."

16:120. Sesungguhnya Ibrahim ialah satu umat yang patuh kepada Allah, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan.
16:121. Yang mensyukuri (berterima kasih) akan rahmat-Nya; Dia memilihnya, dan Dia
berikannya petunjuk pada jalan lurus.
16:122. Dan kami beri dia di dunia yang baik, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang salih.
16:123. Kemudian Kami wahyukan kamu (Muhammad), "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan."

19:41. Dan ingatlah di dalam Kitab, Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.
19:42-45:
Apabila dia berkata kepada bapanya, "Ayah, mengapa kamu sembah apa yang tidak mendengar dan tidak melihat, dan tidak juga berguna kepada kamu sedikit pun?
Ayah, telah datang kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.
Ayah, jangan sembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.
Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan menyentuh kamu supaya kamu jadi wali (sahabat) syaitan."

19:46. Berkatalah dia, "Apa, adakah kamu undurkan diri daripada tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan rejam kamu; maka tinggalkanlah aku untuk beberapa waktu."
19:47-50:
Dia berkata, "Sejahtera ke atas kamu! Aku akan minta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.
Dan aku akan jauhkan diri daripada kamu, dan apa yang kamu seru, selain daripada Allah; aku seru Pemeliharaku, mudah-mudahan aku tidak menjadi, dalam seruanku (doaku) kepada Pemeliharaku, sengsara."
Maka, apabila dia jauhkan diri daripada mereka, dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, kami berinya Ishak dan Yaakub, dan masing-masing Kami jadikan Nabi.
Dan Kami beri mereka daripada pengasihan Kami, dan Kami buat mereka lisan (lidah) yang benar, amat tinggi.

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.

21:51. Kami beri Ibrahim sebelum itu kelurusan hatinya kerana Kami tahu dia,
21:52-59:
Apabila dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?"
Mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami menyembah mereka."
Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."
Mereka berkata, "Apa, adakah kamu datang kepada kami dengan yang benar, atau kamu antara orang-orang yang bermain-main?"
Berkata, "Tidak, tetapi Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi, yang memulakan mereka, dan aku adalah antara orang-orang yang saksikan atas yang demikian.
Dan, demi Allah, sungguh aku akan buat tipu muslihat terhadap patung-patung kamu, setelah kamu pergi memalingkan belakang kamu."
Lalu dia memecahkan mereka kepada kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang besar yang mereka ada, supaya mereka kembali kepadanya.
Mereka berkata, "Siapakah yang lakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang zalim."

21:60. Mereka berkata, "Kami dengar seorang pemuda yang menyebut-nyebut mereka, dan dia dikatakan Ibrahim."
21:61. Mereka berkata, "Datangkanlah dia ke hadapan mata manusia supaya mereka saksikan
."
21:62. Mereka berkata, "Adakah kamu yang lakukan ini kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?"
21:63-68:
Berkata, "Tidak, yang besar ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika mereka boleh berkata-kata."
Maka mereka kembali kepada satu sama lain, dan mereka berkata, "Sesungguhnya kamulah orang-orang zalim."
Kemudian kepala mereka ditundukkan, "Sesungguhnya kamu tahu bahawa ini semua tidak berkata-kata."
Berkata, "Apa, adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak bermanfaat kepada kamu sedikit pun, dan tidak juga mudaratkan kamu?
Cis, kepada kamu, dan apa kamu sembah selain daripada Allah! Tidakkah kamu faham?"
Mereka berkata, "Bakarlah dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak lakukan."

21:69. Kami berkata, "Wahai api, jadilah dingin dan keselamatan untuk Ibrahim!"
21:70-73:
Mereka hendak buat tipu muslihat terhadapnya; maka Kami buat mereka orang-orang yang lebih rugi.
Dan Kami selamatkan dia, dan Lut, ke bumi yang Kami berkati bagi semua alam.
Dan kami berinya Ishak dan Yaakub, sebagai lebihan, dan masing-masing Kami jadikan orang yang salih,
Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan Kami mereka sembah.

22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
22:27. Dan serulah manusia kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam,

22:43. Dan kaum Ibrahim, dan kaum Lut,

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

26:69. Dan bacakan kepada mereka berita Ibrahim.

26:70-89: 
Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?"
Mereka berkata, "Kami sembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya."
Berkata, "Adakah mereka mendengar kamu apabila kamu seru?
Atau mereka manfaatkan kamu, atau mudaratkan?"
Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami dapati bapa-bapa kami buat seperti yang demikian."
Berkata, "Dan, adakah kamu fikirkan apa yang kamu sembah,
Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?
Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,
yang mencipta aku, dan Dia, Dia Sendiri beri petunjuk kepadaku,
Dan Dia, Dia Sendiri beri aku makan dan minum,
Dan setiap kali aku sakit, Dia menyembuhkan aku,
Yang matikan aku, kemudian hidupkan aku,
Dan yang aku inginkan akan ampuni aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).
Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih,
Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir.
Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan,
Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat.
Janganlah aibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan,
Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat,
Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."

29:16. Dan Ibrahim, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.
29:17-18:
Kamu hanya sembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu cipta
fitnahan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
Tetapi, jika kamu mendustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah dustakan; dan hanyalah atas Rasul untuk sampaikan yang jelas."

29:24-27:
Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Bunuhlah dia, atau bakarlah dia!" Kemudian Allah selamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
Dan berkata, "Kamu ambil untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain daripada Allah, sebagai tanda kasih sayang antara kamu dalam kehidupan dunia; kemudian pada Hari Kiamat, sebahagian kamu akan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, dan kamu laknatkan satu sama lain, dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada penolong-penolong."
Tetapi Lut percaya kepadanya; dan dia berkata, "Aku berhijrah kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
Dan kami beri dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami buatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami beri dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.

29:31. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim."
29:32. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat-sangat tahu siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal."

33:7. Dan apabila Kami ambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam; Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,

37:83. Daripada golongannya (Nuh) ialah Ibrahim,
37:84-103. Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,
Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?
Adakah yang dusta, tuhan-tuhan selain daripada Allah, yang kamu hendak?
Apakah pula sangkaan kamu terhadap Pemelihara semua alam?"
Dan dia menghalakan pandangan memandangi bintang-bintang,
Dan dia berkata, "Sesungguhnya aku sakit."
Tetapi mereka berpaling daripada dia, dengan memusingkan belakang mereka.
Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan berkata, "Apakah yang kamu makan?
Kenapa kamu tidak berkata-kata?"
Kemudian dia beralih kepada mereka, memukul mereka dengan tangan kanannya.
Kemudian tampil ke muka yang lain kepadanya dengan tergesa-gesa.
Berkata, "Adakah kamu sembah apa yang kamu ukir,
Dan Allah cipta kamu, dan apa kamu buat?"
Mereka berkata, "Binalah satu bangunan untuknya, dan lemparlah dia ke dalam Jahim!"
Mereka hendak buat tipu muslihat terhadapnya; maka Kami buat mereka orang-orang yang lebih rendah.
Dia berkata, "Aku pergi kepada Pemeliharaku; Dia akan beri petunjuk kepadaku.
Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih."
Kemudian kami beri dia berita gembira dengan seorang anak lelaki yang penyantun,
Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku melihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar."
Apabila mereka sudah tunduk patuh, dan dia mengayunkannya di atas keningnya,

37:104. Kami memanggilnya, "Wahai Ibrahim,
37:105-108:
Kamu telah mengesahkan visi; begitulah Kami balas orang-orang buat baik.
ini benar-benar ujian yang nyata."
Dan Kami menebus dia dengan korban yang besar,
Dan meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.

37:109. "sejahtera ke atas Ibrahim!"
37:110-113:
Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.
Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.
Kemudian Kami beri dia berita gembira dengan Ishak, seorang Nabi, termasuk orang-orang yang salih (baik).
Dan Kami berkatinya, dan Ishak; dan daripada keturunan mereka, sebahagian buat baik, dan sebahagian buat zalim yang nyata terhadap diri-diri mereka sendiri.

38:45. Dan ingatlah akan hamba-hamba Kami, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub - yang mempunyai tangan (kekuatan) dan pandangan.
38:46. Sesungguhnya Kami tuluskan mereka dengan sesucinya, mengingatkan Tempat Tinggal,
38:47. Dan di sisi Kami, mereka adalah daripada orang-orang pilihan, yang terbaik.

42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

43:26. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, dan kaumnya, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sembah,
43:27. Kecuali Yang memulakan aku; dan Dia akan beri petunjuk kepadaku."

51:24. Sudahkah datang kepada kamu hadis tamu Ibrahim yang mulia?
51:25-34:
Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" dia berkata, "Salam! Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
Kemudian dia beralih kepada keluarganya, dan mendatangkan seekor anak lembu yang gemuk,
Dan dia letakkannya di hadapn mereka, dengan berkata, "Tidakkah kamu makan?"
Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Jangan takut!" Dan mereka memberinya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).
Kemudian isterinya tampil ke muka, dalam kebisingan, dan dia memukul mukanya, dan berkata, "Seorang perempuan tua yang mandul!"
Mereka berkata, "Demikianlah Pemelihara kamu berkata; sesungguhnya Dialah Yang Bijaksana, Yang Mengetahui."
Berkata, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"
Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
Untuk utuskan kepada mereka batu-batu daripada tanah liat,
Yang ditanda di sisi Pemelihara kamu untuk orang-orang yang membazir (berlebihan)."

53:37. Dan Ibrahim, dia yang membayar sepenuhnya?

57:26. Dan Kami telah utus Nuh, dan Ibrahim, dan Kami buatkan Kenabian dan al-Kitab untuk menjadi di kalangan keturunan mereka; dan sebahagian daripada mereka dapat petunjuk, dan kebanyakan daripada mereka orang-orang fasiq.

60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim ucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan minta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.
60:5. Wahai Pemelihara kami, janganlah buat kami satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya; dan ampunkanlah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”
60:6. Kamu ada teladan yang baik pada mereka bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

87:19. Naskhah-naskhah gulungan Ibrahim dan Musa.
 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman