Kalimat hudud (had-had) di dalam al-Qur'an
	Kesemua 9 ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat hudud, atau 
had-had dalam bahasa Melayu, disenaraikan di bawah. Diselitkan juga 2 
	ayat daripada kalimat lain, ghala, bermaksud berlebih-lebihan, 
	selepas senarai itu:
HUDUD (pl. of hadd)-bounds, ordinances
	2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan 
isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi 
mereka. Allah tahu 
	bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan 
terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan 
carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan 
minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, 
pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu 
	had-had (hudud) 
Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan 
ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa. 
(jangan keluar daripada hudud Allah)
	2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, 
atau lepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak 
dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat 
	lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia 
(isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah; janganlah mencabulinya. 
Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang zalim. 
	
(jangan mencabuli hudud Allah)
	2:230. Jika dia ceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah 
itu sehingga dia kahwin suami lain. Kemudian jika dia (suami baru) 
ceraikannya, maka tidak salah ke atas mereka untuk kembali kepada satu 
sama lain, jika mereka sangka mereka akan lakukan had-had (hudud) Allah. Itu had-had Allah; Dia jelaskannya bagi 
kaum yang  tahu. 
(Allah sendiri 
menjelaskannya)
	4:13. Itu adalah had-had (hudud) Allah, dan sesiapa mentaati Allah 
dan Rasul-Nya, Dia akan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir 
sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. 
	
(dua ayat sebelum ini, iaitu 4:11 dan 4:12, Allah 
jelaskan mengenai pembahagian harta pesaka)
	4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya, dan mencabuli 
had-had-Nya, dialah yang Dia akan masukkan ke Api, di dalamnya tinggal 
selama-lamanya, dan baginya azab yang hina. 
(Allah dan 
Rasul sampaikan hudud-Nya)
	9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan 
kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak tahu had-had (hudud) yang 
Allah turunkan kepada Rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana. 
	(orang Arab sendiri boleh tidak mengetahuinya kerana tidak 
percaya, atau kafir, dan kerana kemunafikan mereka)
	9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, 
orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, 
orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang 
daripada yang mungkar, dan orang-orang yang menjaga had-had (hudud) Allah 
- dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin. 
	(sifat orang mukmin)
	58:4. Tetapi sesiapa yang tidak dapatkannya, maka hendaklah dia 
berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya 
	sentuh 
	satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia 
	memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu percayai Allah dan 
	Rasul-Nya. Itu had-had (hudud) Allah; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih. 
	
(azab pedih bagi mereka yang tidak percaya pada hudud 
Allah)
	65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka 
	ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh 
	itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari 
	rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka 
	lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; 
sesiapa mencabuli had-had Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru. 
	(menzalimi diri sendiri)
~ A Concordance of the Qur'an halaman 513
GHALA vb. (I)-go beyond the bounds - yaghla
4:171. Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan jangan kata, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
5:77. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan jangan ikut keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan sesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."
~ A Concordance of the Qur'an halaman 467
	
	Kalimat 
Pilihan
	
	Terkini  Artikel 
	Perpustakaan 
Bacaan  E-Mail 
	Hiasan  Keratan 
Akhbar
Penemuan  
	Soalan Lazim 
Sudut Pelajar  
	English 
Articles 
	
	
 
 Tulis kepada Pengurus Laman