Kalimat hijrah di dalam al-Qur'an
Kalimat hijrah adalah hajara dalam bahasa
Arab. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah seperti
berikut:
2:218. Tetapi orang-orang yang percaya, dan orang-orang yang
hijrah, dan berjuang di jalan Allah, merekalah yang mempunyai harapan
daripada pengasihan Allah; dan Allah Pengampun, Pengasih.
3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.
4:89. Mereka inginkan kamu jadi tidak percaya, sebagaimana mereka tidak percaya, dan kemudian kamu jadi sama dengan mereka; maka janganlah ambil untuk kamu wali-wali (sahabat-sahabat) daripada mereka, sehingga mereka hijrah di jalan Allah. Kemudian, jika mereka berpaling, ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka, dan janganlah ambil untuk kamu sesiapa daripada mereka sebagai wali atau penolong,
4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu hijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:100. Dan sesiapa hijrah di jalan Allah, dia akan dapati di bumi banyak tempat perlindungan, dan keluasan. Dan sesiapa keluar dari rumahnya sebagai seorang penghijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian mendapatkannya, maka upahnya dijatuhkan kepada Allah; Allah Pengampun, Pengasih.
8:72. Orang-orang yang percaya, dan hijrah, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan - mereka itu adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain. Dan orang-orang yang percaya tetapi belum lagi hijrah, maka kamu tidak ada kewajipan persahabatan untuk lindungi mereka sedikit pun, sehingga mereka hijrah; namun begitu, jika mereka minta pertolongan kepada kamu, demi agama, maka adalah atas kamu untuk tolong mereka, kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian; dan Allah lihat apa kamu buat.
8:74. Dan orang-orang yang percaya dan hijrah dan berjuang di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan, mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin, dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.
8:75. Dan orang-orang yang percaya kemudian dan hijrah dan berjuang bersama kamu, mereka itu adalah daripada kamu; tetapi orang-orang empunya pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain di dalam Kitab Allah; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.
9:20. Orang-orang yang percaya dan hijrah dan berjuang di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwa mereka, adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.
9:100. Dan orang-orang yang mendahului, yang terawal daripada penghijrah-penghijrah (muhajirin), dan penolong-penolong (ansar), dan orang-orang yang ikut mereka dalam buat baik - Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; dan Dia sediakan bagi mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.
9:117. Allah terima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia terima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
16:41. Dan orang-orang
yang hijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan
tempatkan mereka di dunia di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah
lebih besar jika mereka tahu,
16:110. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang hijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang dan sabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih.
22:58. Dan orang-orang yang hijrah di jalan Allah dan dibunuh atau mati, Allah pasti akan beri rezeki kepada mereka dengan rezeki yang baik; dan sesungguhnya Allah, Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.
24:22. Janganlah orang-orang antara kamu yang mempunyai pemberian dan keluasan bersumpah untuk tidak memberi sanak saudara, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang hijrah di jalan Allah; tetapi hendaklah mereka maafkan dan ketepikan. Tidakkah kamu suka bahawa Allah akan ampun kamu? Allah Pengampun, Pengasih.
29:26. Tetapi Lut percaya kepadanya; dan dia berkata, "Aku hijrah kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut buat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.
33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.
59:8. Ia (rampasan perang) adalah untuk penghijrah-penghijrah yang fakir (memerlukan), yang diusir daripada tempat tinggal mereka dan harta benda mereka, untuk mencari pemberian daripada Allah dan kepuasan hati, dan menolong Allah dan Rasul-Nya; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.
59:9. Dan orang-orang yang telah bertempatkan di tempat tinggal, dan dalam keimanan, sebelum mereka, mencintai sesiapa yang hijrah kepada mereka, dengan tidak dapati di dalam dada mereka sebarang hajat (keinginan) terhadap apa yang mereka diberi, dan lebih suka yang lain di atas diri-diri mereka, walaupun kepapaan adalah bahagian mereka. Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan jiwanya sendiri, mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah perempuan-perempuan mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka. Berikan orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (belanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka telah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
~ A Concordance of the Qur'an ms 489
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman