Kalimat hati di dalam al-Qur'an
Perkataan "hati" diterjemah daripada
kalimat "qalb" (jamak, "qulub"). Selain daripada maksud biasa, iaitu "tempat
perasaan", ia juga bermaksud tempat untuk memahami (otak) seperti terdapat pada
ayat 7:179 - "mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami
dengannya".
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "hati" adalah:
2:7. Allah letak penutup pada hati mereka dan pada pendengaran mereka, dan penudung pada penglihatan mereka, dan bagi mereka, azab yang besar.
2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka, dan bagi mereka azab yang pedih kerana mereka dustakan.
2:74. Kemudian hati kamu jadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
2:88. Dan mereka berkata, "Hati kami tidak dikhatan." Tidak, tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang percayai.
2:93. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah dengan kekuatan apa yang kami beri kamu, dan dengarlah." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang"; dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, "Buruknya apa yang iman kamu perintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin."
2:97. Katakanlah, "Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."
2:118. Dan orang-orang yang tidak tahu berkata, "Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?" Demikianlah berkata orang-orang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini; hati mereka serupa. Namun demikian, Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.
2:204. Dan antara manusia, ada yang ucapannya terhadap kehidupan dunia menarik hati kamu, dan dia bersaksikan Allah atas apa yang di dalam hatinya, padahal dialah yang paling degil dalam pertengkaran.
2:225. Allah tidak pertanggungjawabkan kamu atas sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan kamu atas apa yang hati-hati kamu usahakan; dan Allah Pengampun, Penyantun.
2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu percayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"
2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak dapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu percayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai tunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan sembunyikan kesaksian, dan sesiapa sembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah tahu apa kamu buat.
3:7. Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itu ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang di dalam hati mereka menyimpang, mereka ikut yang mutasyabihat daripadanya untuk inginkan pertikaian, dan inginkan interpretasinya. Tiada yang tahu interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang dalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah simpangkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berikan kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.
3:126. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira bagi kamu, dan supaya hati kamu tenteram dengannya, dan pertolongan hanyalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:151. Kami akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat, sebab mereka sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa; tempat menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang zalim!
3:154. Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.
3:156. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah jadi seperti orang-orang tidak percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka adakan perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, "Sekiranya mereka bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh," - supaya Allah buatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allah menghidupkan dan Dia mematikan; dan Allah lihat apa kamu buat.
3:159. Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling kamu. Maka maafkanlah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam urusan. Apabila kamu sudah putuskan, tawakallah kepada Allah; sesungguhnya Allah suka orang-orang yang tawakal.
3:167. Dan supaya Dia tahu orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau tangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami tahu bagaimana hendak berperang, tentu kami ikut kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat-sangat tahu apa yang mereka sembunyikan.
4:63. Mereka itulah orang-orang yang Allah tahu apa yang di dalam hati mereka. Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkanlah mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka.
4:155. Maka kerana pemecahan perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah tutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak percayai, kecuali sedikit.
5:13. Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami laknatkan mereka, dan jadikan hati mereka keras. Mereka kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ketepikanlah; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.
5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang mendengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberi, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah hendak mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak hendak bersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,
5:52. Kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit bersegera kepada mereka, dengan berkata, "Kami takut giliran buruk timpa kami." Mudah-mudahan Allah datangkan kemenangan, atau perintah daripada-Nya, dan kemudian mereka dapati diri-diri mereka, kerana apa yang mereka rahsiakan di dalam diri mereka, penuh sesal.
5:113. Mereka berkata, "Kami hendak memakan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya."
6:25. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, dan Kami letak penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka lihat sebarang ayat pun, mereka tidak percayainya, supaya apabila mereka datang kepada kamu, mereka bantah kamu. Orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka rendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa mereka buat.
6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan letak penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang datangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.
7:100. Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas orang-orang yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami hendaki, tentu Kami timpa mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya mereka tidak dengar?
7:101. Bandaraya-bandaraya itu yang Kami ceritakan kepada kamu beritanya; Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka bukanlah yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan dahulu; demikianlah Allah tutup hati orang-orang tidak percaya.
7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal,
8:10. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira, dan supaya hati kamu tenteram dengannya; pertolongan hanyalah daripada Allah; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana,
8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.
8:12. Apabila Pemelihara kamu wahyukan para malaikat, "Aku bersama kamu; maka teguhkanlah orang-orang yang percaya. Aku akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat; maka pukullah di atas leher, dan pukullah tiap-tiap jari mereka."
8:24. Wahai orang-orang yang percaya, sahutlah Allah dan Rasul, apabila Dia seru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu; dan ketahuilah bahawa Allah berdiri di antara seorang lelaki dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
8:49. Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
8:63. Dan Dia satukan hati mereka. Sekiranya kamu nafkahkan kesemua yang di dalam bumi, tentu kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka; tetapi Allah menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia Perkasa, Bijaksana.
8:70. Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, "Jika Allah tahu sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan beri kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan ampun kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih."
9:8. Bagaimanakah, jika mereka atasi kamu, mereka tidak akan endahkan sebarang pertalian atau perjanjian dengan kamu? Mereka menyenangkan hati kamu dengan mulut mereka, tetapi di dalam hati mereka menolak, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
9:15. Dan Dia hilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa Dia hendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:45. Mereka yang minta izin kepada kamu hanyalah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.
9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan merdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:64. Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang beritahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah, "Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan keluarkan apa yang kamu takuti."
9:77. Maka akibatnya, Dia letak kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka temui-Nya, kerana mereka mungkiri Allah pada apa yang mereka janjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
9:87. Mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak faham.
9:93. Jalan hanyalah kepada orang-orang yang minta izin kepada kamu, padahal mereka orang-orang kaya; mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah letak satu penutup pada hati mereka, maka mereka tidak tahu.
9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:117. Allah terima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia terima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
9:125. Tetapi bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kotoran pada kotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang tidak percaya.
9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah palingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
10:74. Kemudian Kami bangkitkan selepas dia Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukanlah orang-orang yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan sejak dahulu. Begitulah Kami tutup hati orang-orang yang mencabul.
10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan Peringatan Allah - dengan Peringatan Allah, hati jadi tenteram.
15:12. Begitulah Kami susupkan ke dalam hati orang-orang yang berdosa.
16:22. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu. Dan orang-orang tidak percayai akhirat, hati mereka menafikan, dan mereka sombong.
16:106. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.
16:108. Mereka itu, Allah letak penutup pada hati mereka, dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
18:14. Dan Kami kuatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak seru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.
18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang yang hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.
18:57. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan? Sesungguhnya Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan dapat petunjuk selama-lamanya.
21:3. Menghiburkan hati mereka. orang-orang buat kezaliman berbicara secara rahsia dengan satu sama lain, "Tidakkah ini hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu? Apa, adakah kamu terima sihir dengan mata-mata kamu terbuka?"
22:32. Demikianlah, dan sesiapa muliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.
22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang sabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
22:46. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.
22:53. Supaya Dia buatkan, apa yang syaitan lemparkan, satu cubaan bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.
22:54. Dan supaya orang-orang diberi pengetahuan tahu bahawa ia yang benar daripada Pemelihara kamu, dan percayainya, dan hati mereka merendahkan kepada-Nya; dan sesungguhnya Allah selamanya beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada jalan lurus.
23:60. Dan orang-orang yang beri apa yang mereka beri, dan hati mereka gementar bahawa mereka akan kembali kepada Pemelihara mereka,
23:63. Tidak, tetapi hati mereka dalam kekusutan mengenai ini, dan mereka mempunyai amalan-amalan yang selain itu, yang mereka beramal.
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan Rasul-Nya? Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
26:89. Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."
26:194. Ke dalam hati kamu supaya kamu jadi antara orang-orang yang beri amaran,
26:200. Begitulah Kami susupkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa,
28:10. Pada paginya, hati ibu Musa jadi kosong, dan dia hampir-hampir nampakkan dia sekiranya Kami tidak kuatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.
30:59. Begitulah Allah tutup hati orang-orang yang tidak tahu.
33:4. Allah tidak buatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia buatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan.
33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.
33:10. Apabila mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari bawah kamu, dan apabila penglihatan kamu menyimpang, dan hati kamu sampai di kerongkongan kamu, sedang kamu menyangka sangkaan-sangkaan terhadap Allah.
33:12. Dan apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit berkata, "Allah dan Rasul-Nya menjanjikan kami hanya tipuan."
33:26. Dan Dia turunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan lemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan.
33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
33:51. Kamu tangguhkan siapa yang kamu hendaki antara mereka, dan siapa yang kamu hendaki, kamu ambil kepada kamu; dan jika kamu ingini sesiapa yang kamu sudah lepaskan, maka tidak salah ke atas kamu. Demikianlah itu boleh jadi mereka gembira, dan tidak sedih, dan masing-masing mereka akan sangat puas hati dengan apa yang kamu beri kepadanya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah Mengetahui, Penyantun.
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.
33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka yang buat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka jadi jiran kamu di situ, kecuali sedikit.
34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di sisi-Nya kecuali kepada orang Dia izinkan; sehingga, apabila dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, "Apakah yang dikatakan Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Yang benar, dan Dia Yang Tinggi, Yang Besar."
37:84. Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
39:23. Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira.
40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.
40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikianlah Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.
41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa kamu seru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"
42:24. Atau mereka berkata, "Dia ada-adakan dusta terhadap Allah"? Tetapi jika Allah hendak, Dia letak satu penutup pada hati kamu; dan Allah hapuskan yang palsu, dan benarkan yang benar dengan kata-kata-Nya; Dia tahu apa yang di dalam dada.
45:23. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah sesatkan dia atas satu pengetahuan, dan letak satu penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan letak satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan beri petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?
47:16. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada kamu, mereka berkata kepada orang-orang diberi pengetahuan, "Apakah yang dia kata tadi?" Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah letak satu penutup, dan mereka ikut keinginan mereka.
47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang ditutupi kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,
47:24. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?
47:29. Atau, adakah orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit sangka Allah tidak akan keluarkan kebencian mereka?
48:4. Dia yang turunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya mereka menambahkan iman pada keimanan mereka; kepunyaan Allah tentera-tentera langit dan bumi; Allah Mengetahui, Bijaksana,
48:11. Orang-orang Arab yang ditinggalkan akan berkata kepada kamu, "Kami disibukkan dengan harta-harta kami dan keluarga-keluarga kami; maka mintalah ampun untuk kami!" Mereka berkata dengan lidah mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka. Katakanlah, "Siapakah yang berkuasa untuk menolong kamu sedikit pun terhadap Allah jika Dia hendak mudarat kepada kamu, atau hendak manfaat kepada kamu? Tidak, tetapi Allah sentiasa menyedari apa kamu buat.
48:12. Tidak, tetapi kamu sangka Rasul dan orang-orang mukmin tidak akan balik kepada keluarga mereka selama-lamanya, dan itu dinampakkan indah di dalam hati kamu, dan kamu sangka dengan sangkaan buruk, dan kamulah kaum yang jahat."
48:18. Allah sangat puas hati terhadap orang-orang mukmin apabila mereka berjanji setia kepada kamu di bawah pokok, dan Dia tahu apa yang di dalam hati mereka, maka Dia turunkan ketenangan kepada mereka dan ganjari mereka dengan kemenangan yang dekat,
48:26. Apabila orang-orang tidak percaya letak di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya kepada Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah tahu segala sesuatu.
49:3. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi Rasul Allah, mereka itulah orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa (takut kepada Tuhan); bagi mereka, ampunan dan upah yang besar.
49:7. Dan ketahuilah bahawa Rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah jadikan cinta pada keimanan kepada kamu, nampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia jadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras.
49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak percayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."
50:33. Sesiapa yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib, dan datang dengan hati yang berkesesalan,
50:37. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang empunya hati, atau mendengar sedang dia saksikan.
57:16. Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan kepada Peringatan Allah, dan yang Benar, yang Dia turunkan, dan mereka tidak jadi seperti orang-orang yang telah diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan terlalu panjang kepada mereka, lalu hati mereka jadi keras, dan kebanyakan mereka orang-orang fasiq?
57:27. Kemudian Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Rasul-Rasul Kami; dan Kami utus, untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan kami beri kepadanya Injil. Dan Kami buatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak tuliskan (tetapkan) untuk mereka - hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak awasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami beri orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.
58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kaum kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.
59:2. Dia yang keluarkan dari tempat tinggal mereka, orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, pada pengumpulan yang pertama. Kamu tidak sangka mereka akan keluar, dan mereka sangka kubu-kubu mereka dapat mempertahankan mereka terhadap Allah; kemudian Allah datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak jangkakan, dan Dia lemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka sedang mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri, dan tangan orang-orang mukmin; maka ambillah pelajaran, wahai orang-orang empunya mata (penglihatan)!
59:10. Dan bagi orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau letak di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.”
59:14. Mereka tidak akan memerangi kamu kesemuanya, kecuali di dalam bandaraya-bandaraya yang berkubu, atau dari belakang tembok-tembok. Keberanian mereka adalah sangat di kalangan mereka; kamu sangka mereka sebagai satu kumpulan, tetapi hati mereka berlainan; itu kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
61:5. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, mengapakah kamu menyakiti aku, walaupun kamu tahu bahawa aku adalah Rasul Allah kepada kamu?” Apabila mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.
63:3. Itu kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak faham.
64:11. Penderitaan tidak menimpa kecuali dengan izin Allah. Sesiapa percayai Allah, Dia akan beri petunjuk kepada hatinya. Dan Allah tahu segala sesuatu.
66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu-membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.
74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.
79:8. Hati-hati pada hari itu berdebar,
83:14. Tidak sekali-kali! Tetapi apa yang mereka telah usahakan menguasai hati mereka.
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman