Kalimat halal di dalam al-Qur’an


Terdapat 27 ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan Halal, tetapi bilangan kesemua perkataan tersebut adalah sebanyak 31. Yang berikut ini adalah senarainya:

 

2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan tunggu sendiri selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk sembunyikan apa yang Allah cipta di dalam rahim mereka jika mereka percayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk kembalikan mereka jika mereka hendak membetulkan. Bagi mereka ada hak yang baik seperti ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang zalim.

2:230. Jika dia ceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia kahwin suami lain. Kemudian jika dia (suami baru) ceraikannya, maka tidak salah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka sangka mereka akan lakukan had-had Allah. Itu had-had Allah; Dia jelaskannya bagi kaum yang tahu.

2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

3:50. Dan mengesahkan Taurat yang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang diharamkan kepada kamu. Aku datang kepada kamu dengan satu ayat daripada Pemelihara kamu; maka kamu takutilah Allah, dan kamu taatlah kepadaku.

3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil haramkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."

4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu sudah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan.

4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikianlah Allah kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:160. Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan mereka beberapa benda yang baik-baik yang dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka halangi ramai daripada jalan Allah.

5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum apa sahaja Dia hendaki.

5:4. Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan."

5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.

5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah haramkan benda-benda yang baik yang Allah halalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.

5:88. Makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."

8:69. Makanlah daripada apa kamu ambil sebagai rampasan perang, yang halal, yang baik; dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

10:59. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan rezeki yang Allah turunkan untuk kamu, dan kamu buat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah izinkan kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?"

16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.

16:116. Dan janganlah kata apa yang lidah kamu terangkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu ada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.

22:30. Demikianlah, dan sesiapa muliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,

33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.

33:52. Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh tukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu miliki; Allah menjagai atas segala sesuatu.

60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah perempuan-perempuan mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka. Berikan orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (belanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka telah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman