Kalimat faham (2) di dalam al-Qur'an


Kalimat al-Qur'an "faqiha" (to understand) diterjemahkan kepada "memahami". Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah:

 

4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan dapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah." Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak faham sebarang hadis.

6:25. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, dan Kami letak penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka lihat sebarang ayat pun, mereka tidak percayainya, supaya apabila mereka datang kepada kamu, mereka bantah kamu. Orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa unuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau unuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk rasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka faham.

6:98. Dia yang tumbuhkan kamu daripada jiwa yang satu, dan kemudian sebuah tempat menginap, dan kemudian tempat simpanan. Kami telah jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.

7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.

9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang Rasul Allah, dan tidak suka berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, "Jangan pergi dalam panas terik." Katakanlah, "Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka faham."

9:87. Mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak faham.

9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah palingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.

11:91. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, kami tidak banyak memahami apa yang kamu kata. Sesungguhnya kami lihat kamu lemah antara kami; tetapi, jika tidak kerana kumpulan kamu, tentu kami rejam kamu, dan kamu tidaklah kuat terhadap kami."

17:44. Tujuh langit dan bumi dan sesiapa di dalamnya menyanjung-Nya; tiada sesuatu melainkan menyanjung dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak faham sanjungan mereka. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun.

17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.

18:57. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan? Sesungguhnya Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan dapat petunjuk selama-lamanya.

18:93. Sehingga apabila dia sampai di antara dua benteng, dia dapati di bahagian sini mereka, satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.

20:28. Supaya mereka faham ucapanku.

48:15. Orang-orang yang ditinggalkan akan berkata apabila kamu bertolak kepada rampasan perang, untuk mengambilnya, "Biarlah kami ikut kamu", dengan hendak menukarkan perkataan-perkataan Allah. Katakanlah, "Kamu tidak akan ikut kami; begitulah Allah berkata sebelumnya." Kemudian mereka akan berkata, "Tidak, tetapi kamu dengki kepada kami." Tidak, tetapi mereka tidak faham kecuali sedikit.

59:13. Sungguh, kamu lebih menggerunkan di dalam dada mereka daripada Allah; itu kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.

63:3. Itu kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak faham.

63:7. Merekalah orang-orang yang berkata, “Janganlah kamu nafkahkan kepada mereka yang dengan Rasul Allah, sehingga mereka bersurai”; namun begitu, kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik tidak faham.

Ke Faham (1)


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman