Kalimat dosa di dalam al-Qur'an


Dosa
diterjemah daripada dua kata akar utama iaitu alif sa mim dan jim ra mim. Daripada akar pertama terbit beberapa kalimat, dan satu daripadanya, athim, telah diterjemah kepada bersalah, oleh beberapa penterjemah. Kerana keseragaman bagi makna perkataan, maka perkataan tersebut kami tukar kepada berdosa. Ayat-ayat berkaitan diwarnakan biru dalam senarai di bawah. Turut dimuatkan di hujung halaman adalah dua perkataan daripada akar yang berlainan yang juga membawa erti dosa, atau lebih tepat, dosa besar.


1. Alif Sa Mim


2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:181. Sesiapa tukar setelah mendengarnya, dosanya adalah kepada orang-orang yang menukarnya. Sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

2:182. Jika seseorang takut akan penyimpangan, atau dosa, daripada orang yang berwasiat itu, lalu dia membetulkan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:188. Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.

2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

2:206. Dan apabila dikatakan kepadanya, "Takutilah Allah", kemuliaan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam - betapa buruknya buaian!

2:219. Mereka tanya kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, "Yang berlebihan." Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.

2:276. Allah hapuskan riba, tetapi sedekah, Dia besarkan. Allah tidak suka setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak dapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu percayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai tunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan sembunyikan kesaksian, dan sesiapa sembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah tahu apa kamu buat.

3:178. Dan janganlah orang-orang tidak percaya sangka pertangguhan yang kami beri mereka itu lebih baik bagi diri mereka; Kami beri mereka tangguh hanya supaya mereka bertambah dalam dosa, dan bagi mereka, azab yang hina.

4:20. Dan jika kamu hendak tukar seorang isteri di tempat isteri yang lain dan jika kamu sudah beri seorang satu timbunan, janganlah ambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara fitnah, dan dosa yang nyata?

4:48. Allah tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa sekutukan Allah, sungguh dia ada-adakan dosa besar.

4:50. Perhatikan bagaimana mereka ada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.

4:107. Dan janganlah berdebat untuk orang-orang yang khianati diri mereka sendiri; sesungguhnya Allah tidak suka pengkhianat yang berdosa.

4:111. Dan sesiapa usahakan dosa, hanyalah dia usahakan bagi dirinya sendiri; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:112. Dan sesiapa usahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingnya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia pikul fitnahan, dan dosa yang nyata.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:29. Aku hendak supaya kamu dibebankan dengan dosaku dan dosa kamu, dan jadi penghuni-penghuni Api; itulah balasan ke atas orang-orang zalim."

5:62. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka makan yang haram; buruknya apa mereka buat!

5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak larang mereka daripada ucapan dosa, dan makan yang haram? Buruknya apa yang mereka kerjakan!

5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang empunya keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut timpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan sembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."

5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang zalim."

6:120. Tinggalkanlah dosa yang nampak, dan yang tersembunyi; sesungguhnya orang-orang yang usahakan dosa akan dibalas dengan apa yang mereka perolehkan.

7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya haramkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."

24:11. Orang-orang yang datang dengan fitnah adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah sangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia usahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang buat demikian itu akan temui harga dosa.

26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.

33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka usahakan, mereka memikul fitnahandan dosa yang nyata.

42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka ampunkan,

44:44. Makanan orang yang berdosa,

45:7. Kecelakaanlah bagi tiap-tiap penyamar yang berdosa,

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

52:23. Sedang mereka mengedarkan sebuah piala kepada satu sama lain, di dalamnya tidak ada percakapan sia-sia, tidak menimbulkan dosa,

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam ampunan-Nya. Dia sangat-sangat tahu mengenai kamu apabila Dia tumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa.

56:25. Di dalamnya mereka tidak dengar percakapan yang sia-sia, tidak menimbulkan dosa,

58:8. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dilarang daripada bicara rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari Rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka beri salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata di dalam diri-diri mereka, "Mengapa Allah tidak azab kita kerana apa yang kita kata?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

58:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka janganlah berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari Rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

68:12. Penghalang kebaikan, pencabul yang berdosa,

76:24. Maka sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya.

83:12. Dan tiada yang dustakannya kecuali setiap orang yang mencabul, yang berdosa.

~ Concordance muka surat 196

 

2. Jim Ra Mim


6:55. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa jadi nyata.

6:123. Dan begitulah Kami adakan di tiap-tiap bandaraya, pembesar-pembesar, orang-orangnya yang berdosa, untuk buat tipu daya di dalamnya; tetapi mereka perdayakan hanya diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.

6:124. Dan apabila satu ayat datang kepada mereka, mereka berkata, "Kami tidak akan percayai sehingga kami diberi yang serupa dengan apa yang Rasul-Rasul Allah telah diberi." Allah sangat-sangat tahu di mana hendak letak Mesej-Nya; dan kehinaan pada pandangan Allah akan menimpa orang-orang yang berdosa, dan azab yang keras, kerana mereka memperdayakan.

6:147. Maka, jika mereka dustakan kamu, katakanlah, "Pemelihara kamu, dalam pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum yang berdosa."

7:40. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami balas orang-orang yang berdosa.

7:84. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.

7:133. Maka Kami utus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang berdosa.

8:8. Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.

9:66. Janganlah kamu beralasan. Kamu tidak percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu, Kami akan azab segolongan yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.

10:13. Kami musnahkan generasi-generasi sebelum kamu apabila mereka buat zalim, dan Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu percayai; maka Kami balas kaum yang berdosa.

10:17. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.

10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?

10:75. Kemudian Kami bangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang berdosa.

10:82. Allah membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.

11:35. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, maka atas akulah dosaku, dan aku berlepas diri daripada dosa-dosa yang kamu buat."

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan utus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan tambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

11:116. Mengapakah tidak ada daripada generasi-generasi sebelum kamu, orang-orang dari peninggalan yang melarang kerosakan di bumi - kecuali sedikit daripada orang-orang yang Kami telah selamatkan; tetapi orang-orang buat kezaliman ikut kesenangan yang mereka diberi untuk bersukaria, dan jadi orang-orang yang berdosa.

12:110. Sehingga, apabila Rasul-Rasul berputus asa, dengan berpendapat bahawa mereka telah dianggap pendusta-pendusta, pertolongan Kami datang kepada mereka, dan sesiapa Kami hendaki, diselamatkan. Bencana Kami tidak dikembalikan daripada kaum yang berdosa.

14:49. Dan kamu lihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.

15:12. Begitulah Kami susupkan ke dalam hati orang-orang yang berdosa.

15:58. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,

18:49. Dan Kitab diletakkan; dan kamu lihat orang-orang yang berdosa ketakutan pada apa yang di dalamnya, dan berkata, "Celakalah kami! Bagaimanakah dengan Kitab ini, bahawa ia tidak tinggalkan sesuatu di belakang, kecil atau besar, tetapi ia jumlahkannya?" Dan mereka dapati apa yang mereka telah buat hadir, dan Pemelihara kamu tidak menzalimkan sesiapa pun.

18:53. Kemudian orang-orang yang berdosa melihat Api, dan sangka mereka akan jatuh ke dalamnya, dan mereka dapati tiada tempat untuk berpaling daripadanya.

19:86. Dan menghalau orang-orang yang berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga,

20:74. Sesiapa yang datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup.

20:102. Pada hari trompet ditiup; dan Kami kumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat,

25:22. Pada hari mereka melihat malaikat-malaikat, tidaklah ada berita gembira pada hari itu bagi orang-orang yang berdosa; mereka berkata, "Satu larangan yang terlarang!"

25:31. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.

26:99. Tiadalah ia, melainkan orang-orang yang berdosa yang sesatkan kita.

26:200. Begitulah Kami susupkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa,

27:69. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa."

28:17. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, dengan apa yang Engkau rahmati aku, maka aku tidak menjadi penyokong bagi orang-orang yang berdosa."

28:78. Dia berkata, "Apa yang aku diberi hanyalah kerana pengetahuan yang ada padaku." Apa, tidakkah dia tahu bahawa Allah telah musnahkan sebelum dia, generasi-generasi daripada orang-orang yang lebih kuat daripada dia dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam kumpulan? Dan orang-orang yang bersalah tidak ditanya mengenai dosa-dosa mereka.

30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.

30:47. Sesungguhnya, Kami telah utus sebelum kamu Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami menolong orang-orang mukmin.

30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.

32:12. Dan sekiranya kamu dapat lihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan buat kerja-kerja baik kerana kami telah yakin."

32:22. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.

34:25. Katakanlah, "Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa kamu buat."

34:32. Orang-orang yang sombong berkata kepada orang-orang yang hina, "Apa, adakah kami halangi kamu daripada petunjuk setelah ia datang kepada kamu? Tidak, bahkan kamulah orang-orang yang berdosa."

36:59. "Pisahkanlah diri-diri kamu, wahai orang-orang yang berdosa, pada hari ini!

37:34. Begitulah Kami buat terhadap orang-orang yang berdosa,

43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di dalam azab Jahanam,

44:22. Dan dia menyeru Pemeliharanya, "Mereka ini kaum yang berdosa."

44:37. Adakah mereka lebih baik, atau kaum Tubba, dan orang-orang sebelum mereka yang Kami telah musnahkan? Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.

45:31. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, "Tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu menyombong, dan kamulah kaum yang berdosa?

46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya." Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami balas kaum yang berdosa.

51:32. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,

54:47. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah dalam kesesatan, dan kegilaan!

55:41. Orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda mereka, dan mereka diambil daripada ubun-ubun mereka dan kaki-kaki mereka.

55:43. Inilah Jahanam yang orang-orang berdosa dustakan.

68:35. Apa, adakah Kami akan buat orang-orang yang muslim seperti orang-orang yang berdosa?

70:11. Sedang mereka saling melihat antara mereka. Orang yang berdosa inginkan bahawa dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak-anaknya,

74:41. Mengenai orang-orang yang berdosa,

77:18. Begitulah Kami buat terhadap orang-orang yang berdosa.

77:46. “Makan dan gembiralah kamu sedikit; kamulah orang-orang yang berdosa!”

83:29. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa ketawakan orang-orang yang percaya,

~ Concordance muka surat 606

 

3. Kaba'ir
 

4:31. Jika kamu jauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang daripadanya, Kami akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Kami masukkan kamu melalui pintu yang mulia.

42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka ampunkan,

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam ampunan-Nya. Dia sangat-sangat tahu mengenai kamu apabila Dia tumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka jangan menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa.

~ Concordance muka surat 625

 

4. Hinth
 

56:46. Dan berterusan dalam dosa besar,

~ Concordance muka surat 536
 


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman