Kalimat bukti di dalam al-Qur'an

 

From: mohdazmel
To:
e_bacaan@yahoo.com
Sent: Saturday, June 6, 2009 1:55:09 AM
Subject: Bukti-bukti jelas dan Kalimatnya

Salamun Alaikum Tuan.

Apa khabar tuan dan keluarga? Harap sihat sejahtera hendaknya dan dirahmati Allah selalu.
Di sini, saya ingin ambil  kesempatan untuk bertanyakan soalan tentang ayat di bawah ini;

24:1. Sebuah surah yang Kami turunkan dan tetapkan; dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, supaya kamu mengingati.

Pada pandangan tuan, apakah 'bukti-bukti yang jelas' itu?
Sekiranya tidak jadi kesulitan, bolehkah tuan masukkan kalimat 'BUKTI' dalam ruangan Kalimat Pilihan di laman e-bacaan?

Terima kasih. Moga dapat bersua di lain bicara. 

Azmel


Salamun alaikum,

Terima kasih. Semoga sahabat dan keluarga juga dalam keadaan baik, dan semoga ayat-ayat yang dibentangkan di sini dapat menjawab pertanyaan. Salam.


Kalimat bukti di dalam al-Qur'an

Di sini disenaraikan 4 kalimat yang berkaitan dengan bukti, iaitu:

i. Bayyinah (bukti yang jelas),

ii. Basirah (bukti yang nyata),

iii. Burhan (bukti), dan

iv. Mahhasa (buktikan)


i.  Bayyinah - clear proofs (bukti-bukti yang jelas)


2:87. Dan kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu
dustakan, dan sebahagian kamu bunuh?

2:92. Dan Musa datang kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.

2:99. Dan Kami turunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

2:159. Orang-orang yang sembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami turunkan, setelah Kami jelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk jadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

2:209. Tetapi jika kamu tergelincir, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada kamu, maka ketahuilah bahawa Allah Perkasa, Bijaksana.

2:211. Tanyalah Bani Israil berapa banyaknya bukti-bukti yang jelas yang Kami beri mereka. Sesiapa tukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.

2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.

3:86. Bagaimanakah Allah akan beri petunjuk kepada kaum tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan saksikan bahawa Rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa masukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh buat jalannya ke sana. Dan orang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.

3:105. Janganlah jadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar,

3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah buat perjanjian dengan kami supaya kami tidak percayai mana-mana Rasul sehingga dia datangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-Rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu kata. Mengapa pula kamu bunuh mereka jika kamu berkata benar?"

3:184. Tetapi jika mereka dustakan kamu, maka telah didustakan Rasul-Rasul sebelum kamu, yang datang dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur, dan Kitab yang memberi cahaya.

4:153. Ahli Kitab minta kepada kamu supaya kamu turunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah minta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkan kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar ambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka ambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami maafkan mereka yang itu, dan kami beri Musa kuasa yang nyata.

5:32. Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya. Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

6:57. Katakanlah, "Aku adalah di atas satu bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan kamu dustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan dengannya; putusan hanyalah bagi Allah. Dia ceritakan yang benar, dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan."

6:157. Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih dapat petunjuk daripada mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah lebih zalim daripada orang yang dustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk jadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.

7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

7:101. Bandaraya-bandaraya itu yang Kami ceritakan kepada kamu beritanya; Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka bukanlah yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan dahulu; demikianlah Allah tutup hati orang-orang tidak percaya.

7:105. Sewajarnya, aku tidak kata terhadap Allah kecuali yang benar. Aku datang dengan satu bukti yang jelas kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka utuskanlah bersamaku Bani Israil."

8:42. Ketika kamu di pinggir lembah yang dekat, dan mereka di pinggir lembah yang jauh, dan rombongan besar yang berkuda di bawah kamu; dan sekiranya kamu adakan janji temu bersama, tentu kamu berselisih dalam janji temu itu; tetapi supaya Allah memutuskan satu urusan yang telah dibuat, bahawa sesiapa yang binasa akan binasa dengan satu bukti yang jelas, dan dengan satu bukti yang jelas, hiduplah orang yang hidup; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

10:13. Kami musnahkan generasi-generasi sebelum kamu apabila mereka buat zalim, dan Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu percayai; maka Kami balas kaum yang berdosa.

10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

10:74. Kemudian Kami bangkitkan selepas dia Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukanlah orang-orang yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan sejak dahulu. Begitulah Kami tutup hati orang-orang yang mencabul.

11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu percayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

11:28. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan paksa kamu sedang kamu benci padanya?

11:53. Mereka berkata, "Wahai Hud, kamu tidak datangkan kepada kami satu bukti yang jelas, dan kami tidak akan tinggalkan tuhan-tuhan kami kerana apa yang kamu ucapkan; kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu.

11:63. Berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya? Siapakah yang akan tolong aku terhadap Allah jika aku mengingkari-Nya? Tiadalah kamu, bagiku, melainkan menambahkan kerugianku.

11:88. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia rezekikan aku dengan rezeki yang baik daripada-Nya; dan aku tidak hendak menentang kamu pada apa yang aku larang kamu; aku hanya hendak membetulkan, sebarang yang aku boleh, dan pertolonganku hanyalah dengan Allah. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku berkesesalan.

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."

16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami turunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka fikirkan.

17:101. Dan Kami beri Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, aku sangka kamu orang yang kena sihir."

19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Yang manakah antara dua golongan yang lebih baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?"

20:72. Mereka berkata, "Kami tidak akan lebih suka kamu daripada bukti-bukti yang jelas yang datang kepada kami, dan tidak juga daripada Dia yang memulakan kami. Maka putuskanlah apa yang kamu akan putuskan; kamu hanya boleh memutuskan mengenai kehidupan dunia ini.

20:133. Mereka berkata, "Mengapa dia tidak datangkan kepada kami satu ayat daripada Pemeliharanya?" Tidakkah telah datang kepada mereka bukti yang jelas daripada apa yang di dalam naskhah-naskhah gulungan yang pertama (dahulu)?

22:16. Demikianlah, Kami turunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki.

22:72. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu kenali pada muka orang-orang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada itu? Api - Allah janjikannya kepada orang-orang tidak percaya - satu kepulangan yang buruk!"

24:1. Sebuah surah yang Kami turunkan dan tetapkan; dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, supaya kamu mengingati.

28:36. Maka apabila Musa datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang diada-adakan. Kami tidak pernah dengar yang ini di kalangan bapa-bapa kami yang dahulu."

29:35. Dan sesungguhnya Kami tinggalkan daripadanya satu ayat, bukti yang jelas, bagi kaum yang faham.

29:39. Dan Karun, dan Firaun, dan Haman; Musa telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka berlaku sombong di bumi; namun begitu, mereka tidak mendahului Kami.

29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang diberi pengetahuan; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim.

30:9. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri makmurkan; dan Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.

30:47. Sesungguhnya, Kami telah utus sebelum kamu Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami menolong orang-orang mukmin.

34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang hendak halang kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan fitnah yang diada-adakan." Dan orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

35:25. Jika mereka dustakan kamu, orang-orang sebelum mereka telah dustakan; Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur, dan Kitab yang memberi cahaya.

35:40. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan.

40:22. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka tidak percaya, maka Allah ambil mereka. Sesungguhnya Dia Kuat, keras dalam balasan-Nya.

40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.

40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."

40:50. Mereka berkata, "Tidakkah Rasul-Rasul kamu datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

40:66. Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam."

40:83. Maka apabila Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka, dengan bukti-bukti yang jelas, mereka gembira dengan pengetahuan yang mereka ada, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, "Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku menjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu selisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

45:17. Kami beri mereka bukti-bukti yang nyata daripada Perintah; maka mereka tidak selisihkan, kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

45:25. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, tiadalah alasan mereka melainkan mereka berkata, "Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar."

46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, "Ini adalah sihir yang nyata."

47:14. Apa, adakah orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka ikut keinginan mereka?

57:9. Dia yang turunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, supaya Dia keluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Sesungguhnya Allah kepada kamu, Lembut, Pengasih.

57:25. Sesungguhnya Kami utus Rasul-Rasul Kami dengan bukti-bukti yang jelas, dan Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan Timbangan, supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami turunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah tahu siapa yang menolongnya, dan Rasul-Rasul-Nya, dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

58:5. Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan dikecewakan sebagaimana orang-orang sebelum mereka dikecewakan. Sesungguhnya Kami turunkan ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”

64:6. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, dan kemudian mereka berkata, “Apa, adakah manusia yang beri petunjuk kepada kami?” Oleh kerana itu mereka tidak percaya, dan berpaling, dan Allah tidak memerlukan mereka. Dan Allah Kaya, Terpuji.

Surah 98 BUKTI YANG JELAS

98:1. Orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan, tidak tinggalkan sehingga Bukti Yang Jelas datang kepada mereka,

98:4. Dan mereka tidak berpecah belah, orang-orang diberi al-Kitab , melainkan setelah Bukti Yang Jelas datang kepada mereka.

~ Concordance muka surat 350

 

ii.  Basirah - clear evidence, clear proof, sure knowledge (bukti-bukti yang nyata)


6:104. Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku bukanlah penjaga kamu.

7:203. Dan apabila kamu tidak datangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah, "Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai."

12:108. Katakanlah, "Ini jalanku. Aku seru Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa yang ikut aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang sekutukan."

17:102. Berkata, "Sesungguhnya kamu tahu bahawa tiada yang turunkan ini semua, melainkan Pemelihara langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang nyata; dan Firaun, aku sangka kamu dibinasakan."

28:43. Dan kami beri Musa al-Kitab, setelah Kami musnahkan generasi-generasi yang terdahulu, untuk menjadi bukti-bukti yang nyata, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi manusia supaya mereka mengingati.

45:20. Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin.

75:14. Tidak, manusia jadi satu bukti yang nyata terhadap dirinya,

~ Concordance muka surat 342

 

iii. Burhan - a proof (bukti)


2:111. Dan mereka berkata, "Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Kristian." Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar."

4:174. Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan Kami turunkan kepada kamu satu cahaya yang terang.

12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami palingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.

21:24. Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, "Kemukakan buktimu! Inilah Peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan Peringatan orang-orang yang sebelumku." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu yang benar, lalu mereka berpaling.

23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, hitungannya adalah dengan Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang tidak percaya tidak beruntung.

27:64. Atau, siapakah yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, dan beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain Allah? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kamu, jika kamu berkata benar?"

28:32. Selitkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan; dan dakapkanlah kepada kamu tangan kamu supaya tidak gerun. Maka inilah dua bukti daripada Pemelihara kamu kepada Firaun, dan pembesar-pembesarnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq."

28:75. Dan Kami keluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan Kami berkata, "Kemukakanlah bukti kamu!" Kemudian mereka tahu bahawa yang benar (hak) kepunyaan Allah, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.

~ Concordance muka surat 331

 

iv.  Mahhasa - to prove (buktikan)


3:141. Dan supaya Allah buktikan orang-orang yang percaya, dan hapuskan orang-orang tidak percaya.

3:154. Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.

~ Concordance muka surat 760
 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman