Kalimat bersih di dalam al-Qur'an
Daripada akar kata Tha Ha Ra terbit lima kalimat yang kesemuanya diterjemah kepada bersih atau perktaan-perkataan yang terbit daripadanya.
1. THAHARA - to be or become clean or pure
2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu ." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.
2. ATHAR - purer, cleaner
2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
11:78. Dan kaumnya datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka buat jahat. Dia (Lut) berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan jangan aibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?"
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu masuk rumah-rumah Nabi,
kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya.
Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan,
bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis
(percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia
malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari
belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka.
Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini
isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian
itu adalah besar pada pandangan Allah.
(hati bersih)
58:12. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia dengan Rasul, maka sebelum bicara rahsia kamu, dahulukanlah dengan satu sedekah; itu lebih baik bagi kamu, dan lebih bersih. Namun begitu, jika kamu tidak dapatkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
3. THAHUR - pure, purifying
25:48. Dan Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami turunkan dari langit air yang bersih,
76:21. Bagi mereka adalah pakaian hijau daripada sutera, dan broked; mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang perak, dan Pemelihara mereka beri mereka minum dengan minuman yang bersih.
4. THAHHARA - to purify, to cleanse; purification, cleansing; one who purifies or
cleanses; purified, clean
3:42. Dan ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah pilih kamu, dan bersihkan kamu, dan Dia pilih kamu di atas semua perempuan di semua alam.
yuthahhiru
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata
dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak percayai, dan
daripada orang-orang Yahudi, yang mendengar yang
dusta,
yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan berkata, "Jika kamu diberi
yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberi, maka berhati-hatilah kamu."
Sesiapa yang Allah hendak mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya
sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah
tidak hendak bersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di
akhirat, bagi mereka azab yang besar,
(hati tidak dibersihkan Allah)
8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.
9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah
untuk bersihkan mereka, dan untuk sucikan mereka dengannya, dan rahmatilah
mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.
(sedekah daripada harta)
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
thahhir
2:125. Dan apabila Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Jangan kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
74:4. Dan pakaian kamu, bersihkan,
tathahir
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
muthahhir
3:55. Apabila Allah berkata, "Wahai Isa, Aku akan matikan kamu, dan naikkan kamu kepada-Ku, dan Aku bersihkan kamu daripada orang-orang tidak percaya. Aku akan buatkan orang-orang ikut kamu di atas orang-orang tidak percaya hingga Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan hakimkan antara kamu mengenai apa yang padanya kamu selisihkan.
muthahhar
2:25. Dan beri berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu"; bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
3:15. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah lihat hamba-hamba-Nya."
4:57. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Kami akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan Kami masukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya berlimpah.
56:77. Sesungguhnya ia adalah sebuah al-Qur'an yang mulia,
56:78. Dalam Kitab yang tersembunyi,
56:79. Tiada yang
sentuh ia kecuali orang-orang yang dibersihkan,
56:80. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.
80:11. Tidak sekali-kali! Ia adalah Peringatan,
80:12. Dan sesiapa hendak akan mengingatinya,
80:13. Pada naskhah-naskhah gulungan yang dimuliakan,
80:14. Dinaikkan, dibersihkan,
80:15. Oleh tangan-tangan para jurutulis,
80:16. Yang mulia, yang taat.
98:2. Seorang Rasul daripada Allah, membacakan naskhah-naskhah gulungan yang dibersihkan,
5. TATHAHARA - to be purified; to cleanse oneself, to
keep oneself clean; one who cleanses himself
2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu ." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.
yatathahharu
7:82. Dan tiadalah jawapan kaumnya (Lut) melainkan mereka berkata, "Keluarkanlah mereka dari bandaraya kamu ini; sesungguhnya mereka, orang-orang yang bersihkan diri."
9:108. Jangan berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.
27:56. Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Usirlah keluarga Lut daripada bandaraya kamu; mereka adalah orang-orang yang bersihkan diri!"
itthahar atau tathahhar
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
mutathahhir dan mutthahir
2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu ." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.
9:108. Jangan berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.
~ A Concordance of the Qur'an ms 1233
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman