Kalimat berita gembira di dalam al-Qur'an

 

Ayat-ayat dibahagi kepada empat kumpulan, seperti di bawah:

1. Berita Gembira

2. Pembawa Berita Gembira

3. Membawa Berita Gembira

4. Beri dan Pemberi Berita Gembira

 

1. Berita Gembira


BUSHRA
n.f.-good tidings


2:97. Katakanlah, "Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."
~ al-Qur'an

3:126. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira bagi kamu, dan supaya hati kamu tenteram dengannya, dan pertolongan hanya daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
~ bantuan lima ribu malaikat

8:10. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira, dan supaya hati kamu tenteram dengannya; pertolongan hanya daripada Allah; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana,
~ bantuan seribu malaikat

10:64. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan dunia, dan di akhirat. Tidak ada pertukaran bagi kata-kata Allah; itulah kemenangan yang besar.
~ Orang-orang yang percaya dan bertakwa

11:69. Rasul-Rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia datangkan seekor anak lembu panggang.

11:74. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut.

12:19. Kemudian datang pengembara-pengembara, dan mereka utus seorang daripada mereka, seorang pengambil air, yang menurunkan timbanya. Berkata, "Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda." Maka mereka rahsiakan dia sebagai barang dagangan; dan Allah tahu apa mereka buat.
~ Nabi Yusuf

16:89. Dan pada hari Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada diri-diri mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu. Dan Kami turunkan kepada kamu al-Kitab, penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, dan sebagai berita gembira, bagi orang-orang muslim.
~ al-Qur'an

16:102. Katakanlah, "Roh Qudus (Suci) turunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan menjadi satu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang muslim."
~ al-Qur'an

25:22. Pada hari mereka melihat malaikat-malaikat, tidak ada berita gembira pada hari itu bagi orang-orang yang berdosa; mereka berkata, "Satu larangan yang terlarang!"

27:2. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin,
~ al-Qur'an

29:31. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim."

39:17. Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan berkesesalan kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku,

46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk beri amaran kepada orang-orang buat kezaliman , dan berita gembira kepada orang-orang buat baik.
~ al-Qur'an

57:12. Pada hari apabila kamu lihat orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka, "Berita gembira untuk kamu pada hari ini! Taman-Taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah ia kemenangan yang besar."


~ A Concordance of the Qur'an
ms 338

 

2. Pembawa Berita Gembira


BASHIR
n.m.-bearer of good tidings


2:119. Kami utus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira, dan pemberi amaran. Kamu tidak akan ditanya mengenai penghuni-penghuni Jahim.
~ al-Qur'an

5:19. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, "Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran." Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu.

7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk manfaatkan diriku atau mudaratkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Sekiranya aku tahu yang ghaib, tentu aku ambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan sentuh aku. Aku hanya seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai."

11:2. "Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah. Aku, kepada kamu, adalah seorang pemberi amaran daripada-Nya, dan seorang pembawa berita gembira.

12:96. Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan lemparkan ke mukanya, dia kembali (murtad) dapat melihat. Berkata, "Tidakkah aku kata kepada kamu bahawa aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?"
~ kisah bapa Nabi Yusuf

34:28. Kami tidak utus kamu melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
~ Muhammad kepada seluruh manusia

35:24. Sesungguhnya Kami utus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan tiada sesuatu umat melainkan telah berlalu di dalamnya seorang pemberi amaran.

41:4. Pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak dengar.
~ al-Qur'an


~ A Concordance of the Qur'an
ms 337

 

3. Membawa Berita Gembira


BUSHR
n.m.-one who bears good tidings


7:57. Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati, dan dengannya turunkan air, dan keluarkan dengannya segala buah-buahan. Begitulah Kami keluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.

25:48. Dan Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami turunkan dari langit air yang bersih,

27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan.


~ A Concordance of the Qur'an
ms 338

 

4. Beri dan Pemberi Berita Gembira


BASHSHARA
vb. (II)-to give good tidings; (pcple. act.) one who bears good tidings
- kalimat menerbitkan yubashshiru, bashshir, bushshira, mubashshir dan kesemua ayat mereka dikumpul bersama di bawah ini:


2:25. Dan beri berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu" bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:155. Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan, dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
~ ujian

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberinya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.
~ berselisih

2:223. Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti kamu hendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.


3:21. Orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.

3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."

3:45. Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah beri kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.

4:138. Beri berita gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka azab yang pedih.

4:165. Rasul-Rasul sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia tidak ada hujah terhadap Allah selepas Rasul-Rasul; Allah Perkasa, Bijaksana.


6:48. Kami tidak utus para utusan kecuali untuk beri berita gembira, dan beri amaran. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan - tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih,

9:21. Pemelihara mereka beri mereka berita gembira dengan pengasihan daripada-Nya, dan kepuasan hati; bagi mereka, taman-taman yang di dalamnya kebahagiaan yang kekal.

9:34. Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada yang mungkar, dan orang-orang yang menjaga had-had (hudud) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.


10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."

10:87. Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin."

11:71. Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami beri kepadanya berita gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.
~ Nabi Ibrahim

15:53. Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami beri kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim."
15:54. Berkata, "Apa, adakah kamu beri aku berita gembira walaupun umur tua telah menyentuhku? Dengan apakah kamu beri aku berita gembira?"
15:55. Mereka berkata, "Kami beri kamu berita gembira yang benar. Jangan kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."


16:58. Dan apabila seseorang daripada mereka diberi berita gembira dengan seorang (anak) perempuan, mukanya jadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya,
16:59. Sambil dia sembunyikan diri daripada kaum kerana keburukan berita gembira yang diberi kepadanya; sama ada dia akan peliharanya dengan hina, atau dia injakkannya ke dalam tanah. Alangkah jahat apa yang mereka putuskan!


17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar,

17:105. Dengan yang benar Kami turunkannya, dan dengan yang benar ia turun; dan Kami tidak utus kamu melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

18:2. Yang betul, untuk beri amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik, bahawa bagi mereka upah yang baik,
~ al-Qur'an

18:56. Dan Kami tidak utus para utusan melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu, orang-orang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka sangkal yang benar dengannya. Mereka ambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan.

19:7. "Wahai Zakaria, Kami beri kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki, namanya Yahya. Tiada yang Kami buatkan nama seperti ini sebelumnya."

19:97. Sesungguhnya Kami mudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu beri berita gembira dengannya kepada orang-orang bertakwa, dan beri amaran kepada kaum paling degil.
~ al-Qur'an


22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,

22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu agungkan Allah atas petunjuk yang Dia beri kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang buat baik.

25:56. Dan Kami tidak utus kamu, melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran.

30:46. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia utus angin dengan memberi berita gembira, dan supaya Dia merasakan kepada kamu daripada pengasihan-Nya, dan supaya kapal-kapal berlayar dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari pemberian-Nya; supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

31:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombong, seakan-akan dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.


33:45. Wahai Nabi, Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka pemberian yang besar daripada Allah.

36:11. Kamu hanya beri amaran kepada orang yang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah yang mulia.

37:101. Kemudian Kami beri dia berita gembira dengan seorang anak lelaki yang penyantun,

37:112. Kemudian Kami beri dia berita gembira dengan Ishak, seorang Nabi, termasuk orang-orang yang salih (baik).

39:17. Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan berkesesalan kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku,


42:22. Kamu lihat orang-orang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah usahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja mereka hendaki, mereka dapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.
42:23. Itu berita gembira yang Allah beri hamba-hamba-Nya yang percaya, dan buat kerja-kerja baik. Katakanlah, "Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara”; dan sesiapa perolehkan yang baik, Kami tambahkan dengan kebaikan padanya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Berterima Kasih.

43:17. Dan apabila salah seorang antara mereka diberi berita gembira dengan apa yang dia samakan dengan Yang Pemurah, mukanya (wajahnya) jadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya.

45:8. Yang mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian berterusan dalam kesombongan, seakan-akan dia tidak mendengarnya; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

48:8. Sesungguhnya Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

51:28. Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Jangan takut!" Dan mereka beri kepadanya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).


61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”

61:13. Dan lain yang kamu suka, pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin!

84:24. Maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih,
~ orang-orang tidak percaya dan mendustakan


~ A Concordance of the Qur'an
ms 338


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman