Kalimat beri (3) -umur panjang, kesenangan, tangguh, teguran- di dalam al-Qur'an
Tersenarai di sini ayat-ayat mengandungi empat perkara yang diberi Allah, seperti berikut:
'AMMARA
2:96. Dan kamu dapati
mereka, manusia yang paling inginkan kehidupan, dan daripada orang-orang yang sekutukan, ada seorang daripada mereka beringinkan bahawa dia diberi umur
seribu tahun; namun begitu, dia dengan dipanjangkan umur, tidak akan
menyingkirnya daripada azab. Allah lihat apa mereka buat.
35:11. Allah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian Dia buat kamu berpasangan. Tiada perempuan yang mengandung, dan tiada juga yang melahirkan, kecuali dengan pengetahuan-Nya; orang-orang yang diberi umur panjang, tidak dipanjangkan umurnya, dan tidak juga dikurangkan umurnya melainkan ia di dalam Kitab. Sesungguhnya itu, bagi Allah, mudah.
35:37. Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik, selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami beri umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong."
36:68. Dan kepada sesiapa Kami beri umur yang panjang, Kami lenturkan dia pada ciptaannya (tubuhnya); apa, tidakkah mereka faham?
~ A Concordance of the Qur'an halaman 267
MATTA'A
- daripadanya terbit yumatti'u, matti, dan yumatta'u
2:126. Dan apabila Ibrahim berkata,
"Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki
penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari
Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa tidak percaya Aku akan berikan
kesenangan sedikit, kemudian Aku akan paksa dia kepada azab Api; betapa buruknya
satu kepulangan!"
2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu ceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum sentuh mereka, dan tidak juga tetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, berilah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang buat baik.
10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandaraya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami hilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan mereka untuk suatu waktu.
11:3. Dan, hendaklah kamu minta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan beri kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia beri daripada pemberian-Nya kepada setiap orang empunya kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.
11:48. Dikatakan, "Wahai Nuh, turunlah kamu dengan sejahtera daripada Kami, dan keberkatan ke atas kamu, dan ke atas umat-umat bersama kamu; dan umat-umat, Kami akan beri kesenangan mereka, kemudian akan sentuh mereka, daripada Kami, azab yang pedih."
15:88. Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri kesenangan pasangan-pasangan antara mereka, dan jangan kamu sedih terhadap mereka, dan rendahkanlah sayap kamu terhadap orang-orang mukmin.
20:131. Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri kesenangan pasangan-pasangan antara mereka, dengan bunga kehidupan dunia, supaya Kami uji mereka dengannya, dan rezeki Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan lebih kekal.
21:44. Tidak, tetapi Kami Sendiri beri kesenangan hidup mereka ini, dan bapa-bapa mereka, sehingga umur mereka menjadi panjang kepada mereka. Apa, tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke bumi, dengan mengurangkan tepi-tepinya? Atau, adakah mereka orang-orang yang menang?
25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidak patut bagi kami ambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah beri kesenangan hidup mereka dan bapa-bapa mereka sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji."
26:205. Apa pendapat kamu, jika Kami beri kesenangan hidup mereka selama beberapa tahun?
26:207. Tidak berguna kepada mereka, kesenangan hidup yang diberi,
28:61. Apa, adakah orang yang Kami janjikan janji yang baik, dan dia temuinya, sama dengan orang yang kepadanya Kami beri kesenangan kehidupan dunia, kemudian dia pada Hari Kiamat termasuk orang-orang yang dihadapkan?
31:24. Kepada mereka Kami beri kesenangan sedikit, kemudian Kami paksa dia kepada azab yang keras.
33:16. Katakanlah, "Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit."
33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.
33:49. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu kahwini perempuan-perempuan mukmin, dan kemudian ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, tiadalah tempoh bagi kamu untuk kira terhadap mereka; maka berilah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis.
37:148. Dan mereka percaya; maka Kami beri kesenangan mereka untuk suatu waktu.
43:29. Tidak, tetapi Aku beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga yang benar datang kepada mereka, dan Rasul yang jelas.
~ A Concordance of the Qur'an halaman 784
Terdapat dua kalimat:
(i)
NAZIRAH -a respite
2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang, tetapi jika kamu sedekahkan, itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu tahu.
~ A Concordance of the Qur'an halaman 886
(ii) ANZARA -to give respite. (pcple. pass.) one who is respited
- daripadanya terbit yunziru, anzir, yunzaru, dan munzar
2:162. Di dalamnya mereka tinggal
selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada tangguh akan
diberi kepada mereka.
3:88. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada tangguh akan diberi kepada mereka.
6:8. Mereka berkata, "Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya?" Sekiranya Kami turunkan seorang malaikat, tentu perkara itu akan diputuskan, dan kemudian, tiada tangguh akan diberi kepada mereka.
7:14. Berkata, "Tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
7:15. Berkata, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan."
7:195. Apa, adakah mereka mempunyai kaki yang dengannya mereka berjalan, atau adakah mereka mempunyai tangan yang dengannya mereka pegang, atau adakah mereka mempunyai mata yang dengannya mereka lihat, atau adakah mereka mempunyai telinga yang dengannya mereka dengar? Katakanlah, "Serulah kamu kepada sekutu-sekutu kamu, kemudian lakukan muslihat kamu kepada aku, dan jangan beri aku tangguh.
10:71. Dan bacakan kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku tawakal; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian jangan hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan jangan beri aku tangguh.
11:55. Selain daripada Dia; maka lakukanlah muslihat kamu terhadapku, kesemuanya, kemudian jangan kamu beri aku tangguh.
15:8. Kami tidak turunkan malaikat-malaikat melainkan dengan benar; kemudian mereka tidak ditangguhkan.
15:36. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
15:37. Berkata Dia, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,
16:85. Dan apabila orang-orang buat kezaliman melihat azab, ia tidak diringankan untuk mereka, dan tiada tangguh akan diberi kepada mereka.
21:40. Tidak, tetapi ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, dengan mencengangkan mereka, dan mereka tidak boleh kembalikannya, dan tidak juga mereka diberi tangguh.
26:203. Dan mereka berkata, "Adakah kami ditangguhkan?"
32:29. Katakanlah, "Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh."
38:79. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
38:80. Berkata, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,
44:29. Langit tidak, dan tidak juga bumi menangis untuk mereka, dan tidak juga mereka ditangguhkan.
~ A Concordance of the Qur'an halaman 886
Terdapat dua kalimat:
(i) WA'AZA vb. (I)-to admonish, to give admonition, to
exhort; to warn. (pcple. act.) admonisher
Ayat-ayat yang mengandungi terbitannya iaitu ya'izu, 'iz, yu'azu juga disusun bersama di bawah ini:
2:231. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh
mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik;
jangan tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa buat demikian itu
menzalimi dirinya sendiri. Jangan ambil ayat-ayat
Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan
al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu.
Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu.
2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka, tegurkan mereka, dan asingkan mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka jangan mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.
4:58. Allah perintahkan kamu untuk sampaikan amanat kepada empunya; dan apabila kamu hakimkan antara manusia, maka hendaklah kamu putuskan dengan adil. Adalah sangat baik teguran yang Allah beri kamu dengannya; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.
4:63. Mereka itu, orang-orang yang Allah tahu apa yang di dalam hati mereka. Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkan mereka, dan ucaplah kepada mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka.
4:66. Tetapi, sekiranya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu", tentu mereka tidak akan lakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka lakukan seperti apa yang mereka ditegur, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk teguhkan mereka.
7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, "Mengapa kamu tegurkan satu kaum yang Allah akan musnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?" Mereka berkata, "Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa."
11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu tidak jadi antara orang-orang bodoh."
16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh buat keadilan, dan buat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.
24:17. Allah menegurkan kamu, bahawa kamu jangan kembali kepada yang serupa dengannya lagi selama-lamanya, jika kamu orang-orang mukmin.
26:136. Mereka berkata, "Sama sahaja bagi kami, sama ada kamu tegurkan, atau kamu bukan daripada orang-orang yang beri teguran.
31:13. Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku, jangan sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."
34:46. Katakanlah, "Aku memberi kamu hanya satu teguran, bahawa kamu berdiri kepada Allah berdua-dua, dan satu lepas satu, dan kemudian fikirkanlah; tidaklah ada kegilaan pada teman kamu. Dia tidak lain melainkan seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum azab yang keras."
58:3. Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah kata, mereka akan merdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dengan itu kamu ditegurkan; dan Allah sedar apa kamu buat.
65:2. Kemudian, apabila mereka sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakan saksi, dua orang empunya keadilan di kalangan kamu, dan lakukan kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang percayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar,
~ A Concordance of the Qur'an halaman 1253
(ii) MAW'IZAH n.f.-admonition, exhortation
2:65. Dan sesungguhnya kamu tahu orang-orang antara kamu yang mencabuli Sabat,
dan Kami berkata kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat."
2:66. Dan Kami membuatnya hukuman contoh bagi yang lepas, dan bagi yang
terkemudian, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.
2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli dan haramkan riba. Sesiapa didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
3:138. Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.
5:46. Dan Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami beri kepadanya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.
7:145. Dan Kami tuliskan untuknya pada Papan-Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, "Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu ambil yang paling baik daripadanya. Aku akan lihatkan kepada kamu tempat tinggal orang-orang fasiq.
10:57. Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu satu teguran daripada Pemelihara kamu, dan satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi orang-orang mukmin.
11:120. Dan semua itu Kami ceritakan kepada kamu daripada berita Rasul-Rasul; dengannya Kami teguhkan hati kamu; dalam ini telah datang kepada kamu yang benar, dan satu teguran dan peringatan, bagi orang-orang mukmin.
16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.
24:34. Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.
~ A Concordance of the Qur'an halaman 1254
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman