Kalimat beri (2) di dalam al-Qur'an


Dua lagi kalimat yang diterjemah kepada beri, dan ketiga Nama Allah iaitu Wahhab:


1. A'TA
vb. (IV)-to give; to pay (tribute)
- daripadanya terbit yu'ti, u'tiya, dan yu'ta


9:29. Perangilah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.

9:58. Antara mereka cari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat puas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.

20:50. Berkata, "Pemelihara kami ialah Dia yang beri segala sesuatu ciptaannya, kemudian berikannya petunjuk."


53:33. Adakah kamu fikirkan dia yang berpaling?
53:34. Dan beri sedikit, dan kemudian tidak merelakan?

92:5. Adapun orang yang memberi dan bertakwa,
92:6. Dan mengesahkan yang paling baik,
92:7. Sungguh, Kami akan mudahkan dia pada yang Mudah.


93:5. Pemelihara kamu akan beri kamu, dan kamu akan berpuas hati.

108:1. Sesungguhnya Kami telah beri kamu berlimpah-limpah,

~ A Concordance of the Qur'an halaman 288

 

2. WAHABA vb. (I)-to give, to donate, to grant, to bestow
- daripadanya terbit yahabu dan hab


3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah simpangkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berikan kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

3:38. Di sana Zakaria seru Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau dengar seruan."

6:84. Dan Kami beri dia (Ibrahim) Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami beri petunjuk. Dan Nuh, Kami beri petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun - begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

14:39. Segala puji bagi Allah yang beri aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar seruan (doa).


19:5. Dan aku (Zakaria) takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris),

19:19. Dia berkata, "Aku hanya seorang Rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk beri kamu (Mariam) seorang anak lelaki yang suci."

19:49. Maka, apabila dia jauhkan diri daripada mereka, dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, Kami beri dia Ishak dan Yaakub, dan masing-masing Kami jadikan Nabi.

19:50. Dan Kami beri mereka daripada pengasihan Kami, dan Kami buat mereka lisan (lidah) yang benar, amat tinggi.

19:53. Dan Kami beri dia, saudaranya Harun, daripada pengasihan Kami, seorang Nabi.


21:72. Dan Kami beri dia Ishak dan Yaakub, sebagai lebihan, dan masing-masing Kami jadikan orang salih,

21:90. Lalu Kami menyahutinya (Zakaria), dan Kami beri dia Yahya, dan Kami betulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan seru Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka rendah hati kepada Kami.

25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa."

26:21. Maka aku lari daripada kamu, takut pada kamu. Tetapi Pemelihara aku telah beri aku Putusan, dan buat aku antara para utusan.

26:83. Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukan aku dengan orang-orang salih,

29:27. Dan Kami beri dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami buatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami beri dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.


33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.


37:100. Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih."

38:30. Dan Kami beri Daud, Sulaiman; seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia adalah orang yang kembali.

38:35. Dia (Sulaiman) berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi."

38:43. Dan Kami beri dia (Ayub) keluarganya, dan yang serupa dengan mereka bersama mereka sebagai satu pengasihan daripada Kami, dan peringatan, bagi orang-orang empunya minda.

42:49. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia cipta apa yang Dia hendaki; Dia beri siapa Dia hendaki perempuan, dan Dia beri siapa Dia hendaki anak-anak lelaki,

 

3. WAHHAB n.m.-Giver, All-giving, All-giver, Bestower (Divine attribute)

3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah simpangkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berikan kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

38:9. Atau, adakah mereka perbendaharaan pengasihan Pemelihara kamu, Yang Perkasa, Yang Pemberi?

38:35. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi."

~ A Concordance of the Qur'an halaman 1261-1262

 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman