Kalimat berdiri di dalam al-Qur'an


"Berdiri" diterjemah daripada kalimat "qama" dan "qawim", yang akarnya sama. Akan tetapi, oleh kerana konteksnya, kedua-dua kalimat tersebut tidak dapat diterjemahkan kepada "berdiri" di dalam kesemua ayat yang mengandunginya. Ada yang diterjemahkan kepada "berhenti", "tegak", "datang", "bangkit", "berjaga-jaga" dan "bangun".


(i)  qama:

2:20. Kilat hampir-hampir menyambar penglihatan mereka; setiap kali ia beri mereka cahaya, mereka berjalan di dalamnya, dan apabila menjadi gelap ke atas mereka, mereka berhenti; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia hilangkan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:238. Peliharalah salawat (doa mohon ampun), dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah.

2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

3:18. Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."

3:75. Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu percayakan dengan satu timbunan, dia akan kembalikan kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu percayakan dengan satu dinar, dia tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, "Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu Arab)." Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.

4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

4:127. Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang tipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang zalim."

9:84. Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.

9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.

10:12. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami hilangkan mudaratnya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah seru Kami atas mudarat yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa mereka buat.

11:71. Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami beri kepadanya berita gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.

11:100. Itu adalah daripada berita bandaraya-bandaraya yang Kami ceritakan kepada kamu; ada yang masih berdiri, dan ada yang jadi tunggul.

13:33. Apa, Dia yang berdiri atas setiap jiwa dengan apa yang ia usahakan? Namun begitu, mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah, "Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan beritahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?" Tidak, tetapi dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya, tipu daya mereka; dan mereka halang jalan Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tiadalah yang beri petunjuk kepadanya.

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila hitungan didirikan."

18:14. Dan Kami kuatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak seru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.

18:36. Aku tidak sangka Saat akan datang; dan jika aku benar-benar dikembalikan kepada Pemeliharaku, aku pasti akan dapati tempat balik yang lebih baik daripada ini."

22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.

26:218. Yang lihat kamu apabila kamu berdiri,

27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."

30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.

30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah.

30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.

30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.

34:46. Katakanlah, "aku beri kamu hanya satu teguran, bahawa kamu berdiri kepada Allah berdua-dua, dan satu lepas satu, dan kemudian fikirkanlah; tidaklah ada kegilaan pada teman kamu. Dia tidak lain melainkan seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum azab yang keras."

39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, "Adakah mereka sama - orang-orang yang tahu dengan orang-orang yang tidak tahu?" Hanya orang-orang empunya minda mengingati.

40:46. Api, yang kepadanya mereka dikemukakan pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang, "Masukkanlah keluarga Firaun ke dalam azab yang paling keras!"

40:51. Sesungguhnya Kami akan tolong Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya, di dalam kehidupan dunia, dan pada hari apabila saksi-saksi bangkit,

41:50. Dan jika Kami merasakan kepada dia pengasihan daripada Kami, sesudah kesusahan sentuh dia, tentu dia berkata, "Ini kepunyaanku; aku tidak sangka Saat akan datang. Jika aku dikembalikan kepada Pemeliharaku, sesungguhnya yang paling baik di sisi-Nya adalah bagiku." Kemudian Kami akan beritahu orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah buat, dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang keras.

45:27. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Dan pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, orang-orang yang ikut yang palsu akan rugi.

51:45. Dan mereka tidak boleh berdiri, dan tidak ditolong.

52:48. Dan sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit,

57:25. Sesungguhnya Kami utus Rasul-Rasul Kami dengan bukti-bukti yang jelas, dan Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan Timbangan, supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami turunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah tahu siapa yang menolongnya, dan Rasul-Rasul-Nya, dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

59:5. Apa sahaja pohon palma yang kamu tebang, atau tinggalkannya berdiri di atas akarnya, itu adalah dengan izin Allah, dan supaya Dia aibkan orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

62:11. Tetapi apabila mereka lihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

70:33. Dan yang menegakkan kesaksian mereka,

72:19. Apabila hamba Allah berdiri menyeru-Nya, mereka hampir-hampir mengerumuninya.

73:2. Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit,

73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

74:2. Bangun, dan berilah amaran!

78:38. Pada hari apabila Roh dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan; mereka tidak berkata-kata kecuali dia yang kepadanya Yang Pemurah izinkan, dan yang berkata benar.

83:6. Satu hari apabila manusia berdiri di hadapan Pemelihara semua alam?

 

(ii)  qawim:

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di  antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

3:191. Yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.

4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", putarbalikkan lidah mereka dan mencela agama. Sekiranya mereka kata, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Perhatikan kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak percayai kecuali sedikit.

4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar,

25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.

39:68. Dan trompet ditiup, dan sesiapa sahaja yang di langit, dan sesiapa sahaja yang di bumi akan pengsan, kecuali siapa yang Allah hendaki. Kemudian ia ditiup sekali lagi, dan tiba-tiba, mereka berdiri memerhatikan.

73:6. Sesungguhnya bahagian pertama malam lebih berat dalam pijakan, dan lebih tegak dalam ucapan.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman