Kalimat benci di dalam al-Qur'an


Beberapa kalimat al-Qur'an daripada beberapa akar telah diterjemah kepada benci. Mereka adalah:

1.  kariha dan karraha

2.  maqata

3.  qala

4.  syana'a

5.  baghda

6.  adghan

7.  kabura

8.  nakir


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut adalah seperti di bawah:


1.  kariha dan karraha


2:216. Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu berperang, walaupun ia adalah kebencian bagi kamu, dan mungkin kamu benci sesuatu yang lebih baik bagi kamu, dan mungkin kamu suka sesuatu yang lebih buruk bagi kamu; Allah
tahu, dan kamu tidak tahu.

3:83. Apa, adakah selain daripada agama Allah yang mereka cari, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa di langit dan di bumi, dengan rela atau benci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?

4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu sudah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan.

7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong, "Sungguh, kami akan usir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandaraya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata, "Apa, walaupun kami membencinya?

8:5. Semasa Pemelihara kamu keluarkan kamu dari rumah kamu dengan yang benar, dan segolongan orang-orang mukmin membencinya, 

8:8. Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.

9:32. Mereka hendak padamkan cahaya Allah  dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tidak mahu melainkan untuk sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya.

9:33. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.

9:46. Jika mereka hendak keluar, tentu mereka sudah siapkan persiapan untuk itu, tetapi Allah benci kebangkitan mereka, lalu Dia tahan mereka, dan dikatakan kepada mereka, "Duduklah kamu bersama orang-orang yang duduk."

9:48. Mereka telah pun mencari-cari akan pertikaian sebelumnya, dan mereka terbalikkan urusan-urusan untuk kamu, sehingga datang yang benar, dan tampil perintah Allah, walaupun mereka membencinya.

9:53. Katakanlah, "Nafkahkanlah dengan rela, atau dengan membencinya; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq."

9:54. Dan tiada yang mengmenghalangi daripada nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka tidak datangkan solat melainkan dengan malas, dan mereka tidak nafkahkan tanpa mereka membencinya.

9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang Rasul Allah, dan benci berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, "Jangan pergi dalam panas terik." Katakanlah, "Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka faham."

10:82. Allah membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.

11:28. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan paksa kamu sedang kamu benci padanya?

13:15. Kepada Allah sujud segala di langit dan bumi, dengan rela atau benci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

16:62. Mereka adakan bagi Allah apa yang mereka benci; dan lidah mereka terangkan dusta bahawa yang paling baik adalah bagi mereka. Tidak syaklah bahawa bagi mereka ialah Api, dan bahawa merekalah orang-orang yang segera dimasukkan.

17:38. Semuanya itu, kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu.

23:70. Atau mereka berkata, "Dia gila"? Tidak, dia datangkan kepada mereka yang benar, tetapi kebanyakan mereka benci pada yang benar.

40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang tidak percaya membencinya.

41:11. Kemudian Dia beranjak ke langit sedang ia adalah asap, dan Dia berkata padanya dan kepada bumi, 'Datanglah dengan rela, atau benci!' Mereka berkata, 'Kami datang dengan rela.'

43:78. "Kami telah datangkan kepada kamu yang benar, tetapi kebanyakan kamu benci pada yang benar."

46:15. Kami wasiatkan manusia, bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

47:9. Itu kerana mereka benci pada apa yang Allah turunkan, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:26. Itu kerana mereka berkata kepada orang-orang yang benci pada apa yang Allah turunkan, "Kami akan taati kamu dalam sebahagian urusan"; dan Allah tahu rahsia-rahsia mereka.

47:28. Itu kerana mereka ikut apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan benci kepuasan hati-Nya, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

49:7. Dan ketahuilah bahawa Rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah jadikan cinta pada keimanan kepada kamu, nampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia jadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

61:8. Mereka hendak padamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah akan sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya.

61:9. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.

 

2.  maqata

4:22. Dan jangan kahwin perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah kahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.

35:39. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi. Maka sesiapa yang tidak percaya, atasnyalah ketidakpercayaannya; ketidakpercayaan mereka menambahkan orang-orang tidak percaya hanya dalam kebencian di sisi Pemelihara mereka; ketidakpercayaan mereka menambahkan bagi orang-orang tidak percaya hanya dalam kerugian.

40:10. Diumumkan kepada orang-orang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikianlah Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.

61:3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu kata apa yang kamu tidak buat.

 

3.  qala

93:3. Pemelihara kamu tidak mengabaikan kamu, dan tidak juga benci kamu,

26:168. Berkata, "Sesungguhnya aku adalah pembenci kepada amalan kamu.

 

4.  syana'a

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

108:3. Sesungguhnya orang yang benci kamu, dialah yang terputus.

 

5.  baghda

3:118. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak hancurkan kamu; mereka ingin untuk deritakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka sembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami jelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.

5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan. Maka Kami timbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan beritahu mereka apa yang mereka kerjakan.

5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang, Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.

5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?

60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim ucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan minta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.

 

6.  adghan

47:29. Atau, adakah orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit sangka Allah tidak akan keluarkan kebencian mereka?

47:37. Jika Dia memintanya kepada kamu, dan mendesak kamu, kamu jadi kikir, dan Dia keluarkan kebencian kamu.

 

7.  kabura

6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh cari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk datangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah hendak, tentu Dia kumpulkan mereka pada petunjuk; maka jangan kamu jadi antara orang-orang bodoh.

10:71. Dan bacakan kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku tawakal; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan jangan beri aku tangguh.

17:51. Atau, suatu ciptaan yang lebih dahsyat menurut fikiran kamu!" Kemudian mereka berkata, "Siapakah yang akan kembalikan kami?" Katakanlah, "Dia yang memulakan kamu pada kali pertama." Kemudian mereka menggelengkan kepala mereka kepada kamu, dan mereka berkata, "Bilakah ia?" Katakanlah, "Boleh jadi ia sudah dekat,

18:5. Mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, mereka dan tidak juga bapa-bapa mereka; dahsyatnya kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak kata melainkan dusta.

24:11. Orang-orang yang datang dengan fitnah adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah sangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia usahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikianlah Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.

40:56. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, di dalam dada mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka kamu berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

61:3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat.

 

8.  nakir

22:44. Dan penduduk Madyan; dan Musa didustakan juga. Dan Aku tangguhkan orang-orang tidak percaya, kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku?

34:45. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, dan mereka tidak sampai satu per sepuluh daripada apa yang kami beri mereka, mereka dustakan Rasul-Rasul-Ku, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

35:26. Kemudian Aku ambil orang-orang tidak percaya, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

42:47. Sahutlah Pemelihara kamu, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari kamu tidak ada tempat perlindungan, tiada penafian.

67:18. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan; maka bagaimanakah dengan kebencian-Ku!


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman