Kalimat bapa di dalam al-Qur'an


AB
n.m. (pl. aba') - father; (du) parents
/ bapa; ibu bapa


2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, "Apakah kamu akan sembah sesudahku?" Mereka berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."

2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak faham sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?

2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia" dan tiada baginya bahagian di akhirat.

4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:22. Dan jangan kahwin perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah kahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.

5:104. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul," mereka berkata, "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Meskipun bapa-bapa mereka tidak tahu sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?

6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."

6:87. Dan daripada bapa-bapa mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami pilih mereka, dan Kami beri mereka petunjuk pada jalan lurus.

6:91. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika mereka berkata, "Allah tidak turunkan sesuatu kepada mana-mana manusia." Katakanlah, "Siapakah yang turunkan Kitab yang Musa datangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu letakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan sembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu." Katakanlah, "Allah." Kemudian tinggalkan mereka bersendiri bermain-main permainan terjunan mereka.

6:148. Orang-orang yang sekutukan akan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak jadi orang-orang yang sekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka dustakan sehingga mereka rasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu sebarang pengetahuan untuk kamu keluarkan kepada kami? Kamu hanya ikut sangkaan, semata-mata dugaan."


7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang tidak percayai.
7:28. Dan apabila mereka lakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah perintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak perintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"
 

7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satunya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."
7:71. Berkatalah dia, "Kotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat aku mengenai nama-nama kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak turunkan kuasa padanya? Maka lihat dan tunggulah, aku bersama kamu melihat dan menunggu."


7:95. Kemudian Kami tukar tempat yang buruk dengan yang baik, sehingga mereka membiak, dan mereka berkata, "Kesusahan dan kesenangan telah menyentuh bapa-bapa kami." Maka Kami ambil mereka dengan tiba-tiba, tanpa mereka sedari.

7:173. Atau, supaya kamu tidak kata, "Bapa-bapa kami adalah orang-orang yang sekutukan dari dahulu, dan kami, keturunan sesudah mereka. Apa, adakah Engkau akan musnahkan kami kerana perbuatan orang-orang yang ikut yang palsu?"


9:23. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih suka ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugian, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."


9:114. Ibrahim tidak minta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia janjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.

10:78. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami untuk palingkan kami daripada apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami, dan bahawa penguasaan di bumi adalah kepunyaan kamu berdua? Kami bukan orang-orang mukmin pada kamu berdua."

11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang jadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu larang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami, dengan bimbang."

11:87. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, adakah solat kamu suruh kamu supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah, atau untuk buat seperti yang kami hendaki dengan harta-harta kami? Kamu penyantun, berfikiran waras."

11:109. Maka jangan kamu berada dalam keraguan mengenai apa yang mereka ini sembah; mereka hanya sembah seperti bapa-bapa mereka sembah dari dahulu; dan sesungguhnya Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya bahagian mereka tanpa dikurangi.

12:4. Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, "Ayah, saya lihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya lihat mereka sujud kepada saya."

12:6. Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia ajar kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub, sebagaimana Dia sempurnakan sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana."


12:8. Apabila mereka berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.
12:9. Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu, dan setelah itu kamu jadi satu kaum yang salih."


12:11. Mereka berkata, "Ayah, apakah sebabnya kamu tidak percayai kami dengan Yusuf? Sesungguhnya kami penasihat-penasihatnya.


12:16. Dan mereka datang kepada bapa mereka pada waktu isyak; mereka menangis.
12:17. Mereka berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan tinggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan jadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar."
 

12:38. Dan aku ikut anutan bapa-bapaku, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub. Tiada bagi kami untuk sekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.

12:40. Apa kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri namakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak turunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanya kepunyaan Allah. Dia perintahkan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia. Itu agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

12:59. Apabila dia sudah siapkan bekal mereka dengan bekal mereka, dia berkata, "Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa aku tepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu?

12:61. Mereka berkata, "Kami akan memujuknya daripada bapa kami; itu kami akan buat."

12:63. Maka, apabila mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, "Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami; maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami dapat sukatan itu; sesungguhnya kami akan menjaganya."

12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita inginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita dapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan jaga saudara kita; kita akan dapat tambahan sukatan seekor unta. Itu sukatan yang mudah."

12:68. Dan apabila mereka masuk dari arah yang bapa mereka perintahkan mereka, walaupun ia tidak berguna kepada mereka sedikit pun terhadap Allah, tetapi ia adalah satu hajat di dalam jiwa Yaakub yang dia hendak tunaikan. Sesungguhnya dia mempunyai suatu pengetahuan kerana apa yang Kami telah mengajarnya; tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

12:78. Mereka berkata, "Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik."


12:80. Apabila mereka berputus asa daripadanya, mereka berbincang secara sulit, berjauhan. Berkata yang tertua antara mereka, "Tidakkah kamu tahu bagaimana ayah kamu telah mengambil janji daripada kamu dengan Allah, dan sebelum itu kamu sia-siakan Yusuf? Aku tidak akan tinggalkan bumi ini sehingga ayahku izinkan aku, atau Allah hakimkan untuk memihak kepadaku; Dia yang paling baik daripada para hakim.
12:81. Kembalilah kamu semua kepada bapa kamu, dan katakan, 'Ayah, anak kamu telah mencuri; kami tidak saksikan kecuali apa yang kami tahu; kami bukan penjaga yang ghaib.


12:93. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lempar ia kepada muka ayahku, dan dia akan peroleh kembali penglihatannya; kemudian datangkan kepadaku keluarga kamu kesemuanya."
12:94. Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, "Sesungguhnya aku dapati bau Yusuf, melainkan kamu tuduh aku nyanyuk."


12:97. Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."


12:99. Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil kedua ibu bapanya kepadanya, dengan berkata, "Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah hendaki, dalam keadaan aman."
12:100. Dan dia naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun setelah syaitan selisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa Dia hendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.


13:23. Taman-Taman Adn mereka masuk, dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka, dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu,

14:10. Rasul-Rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkan kepada kami satu kuasa yang nyata."

16:35. Orang-orang yang sekutukan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak sembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka buat; tiada atas Rasul-Rasul, melainkan untuk sampaikan yang jelas.

18:5. Mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, mereka dan tidak juga bapa-bapa mereka; dahsyatnya kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak kata melainkan dusta.

18:80. Mengenai anak lelaki muda, ibu bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan paksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan.

18:82. Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu hendak supaya mereka sampai dewasa dan kemudian keluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak lakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya."

19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukan seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu perempuan jalang."


19:42. Apabila dia berkata kepada bapanya, "Ayah, mengapa kamu sembah apa yang tidak mendengar dan tidak melihat, dan tidak juga berguna kepada kamu sedikit pun?
19:43. Ayah, telah datang kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.
19:44. Ayah, jangan sembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.
19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan sentuh kamu supaya kamu jadi wali (sahabat) syaitan."


21:44. Tidak, tetapi Kami Sendiri beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga umur mereka menjadi panjang kepada mereka. Apa, tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke bumi, dengan mengurangkan tepi-tepinya? Atau, adakah mereka orang-orang yang menang?


21:52. Apabila dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?"
21:53. Mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami sembah mereka."
21:54. Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."


22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan
berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

23:24. Berkata pembesar-pembesar, orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang hendak jadi lebih tinggi daripada kamu, dan jika Allah hendaki, tentu Dia turunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah dengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu.

23:68. Tidakkah mereka renungkan ucapan, atau telah datang kepada mereka apa yang tidak datang kepada bapa-bapa mereka yang dahulu kala?

23:83. Kami dan bapa-bapa kami telah dijanjikan yang ini dari dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan jangan juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidak patut bagi kami ambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah beri kesenangan hidup mereka dan bapa-bapa mereka sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji."

26:26. Berkata, "Pemelihara kamu, dan Pemelihara bapa-bapa kamu dahulu kala."

26:70. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?"

26:74. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami dapati bapa-bapa kami buat seperti yang demikian."

26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?

26:86. Dan ampunkanlah bapaku kerana dia termasuk orang-orang sesat.


27:67. Orang-orang tidak percaya berkata, "Apa, apabila kita jadi tanah, dan bapa-bapa kita, adakah kita benar-benar akan dikeluarkan?
27:68. Kita telah dijanjikan yang ini, dan bapa-bapa kita dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."


28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia dapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia dapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat beri minum sehingga gembala-gembala halau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."

28:25. Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami." Maka apabila dia datang kepadanya, dan ceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, "Jangan takut, kamu selamat daripada kaum yang zalim."
28:26. Berkata seorang daripada
keduanya, "Ayah, ambillah upahan dia; sesungguhnya orang paling baik yang anda ambil upahan ialah yang kuat, dipercayai."

28:36. Maka apabila Musa datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang diada-adakan. Kami tidak pernah dengar yang ini di kalangan bapa-bapa kami yang dahulu."

31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?

33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.

33:40. Muhammad bukan bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.

33:55. Tidak salah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang hendak halang kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah" dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan fitnah yang diada-adakan." Dan orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

36:6. Supaya kamu beri amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai.

37:17. Apa, dan bapa-bapa kami, yang dahulu?"

37:69. Mereka dapati bapa-bapa mereka sesat,

37:85. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?

37:102. Dan apabila dia sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar."

37:126. Allah, Pemelihara kamu, dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu?"

40:8. Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.


43:22. Tidak, tetapi mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami dapat petunjuk atas bekas-bekas mereka."
43:23. Begitulah, Kami tidak utus sebelum kamu seseorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya, melainkan bahawa orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Sesungguhnya kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami atas bekas-bekas mereka."
43:24. Katakanlah, "Apa, walaupun aku datang dengan petunjuk yang lebih baik daripada yang kamu dapati pada bapa-bapa kamu?" Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."


43:26. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, dan kaumnya, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sembah,

43:29. Tidak, tetapi Aku beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga yang benar datang kepada mereka, dan Rasul yang jelas.

44:8. Tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia menghidupkan dan mematikan; Pemelihara kamu dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu.

44:36. Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar!"

45:25. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, tiada alasan mereka melainkan mereka berkata, "Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar."

53:23. Tiadalah ia, melainkan nama-nama yang kamu sendiri namakan, dan bapa-bapa kamu; Allah tidak turunkan kuasa mengenai mereka. Mereka ikut hanya sangkaan, dan apa yang jiwa inginkan; dan sesungguhnya, petunjuk telah datang kepada mereka daripada Pemelihara mereka.

56:48. Apa, dan bapa-bapa kami yang dahulu?"

58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan di dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.

60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim ucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan minta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.

80:35. Dan ibunya, dan bapanya,


~ A Concordance of the Qur'an
ms 105


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman