Kalimat Bani di dalam al-Qur'an
Terdapat
dua Bani (anak-anak) dengan nama khas di dalam al-Qur'an, iaitu Bani Adam dan Bani
Israil. Ayat-ayat yang mengandungi mereka adalah seperti berikut:
Bani Adam
7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah turunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang tidak percayai.
7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir.
7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu Rasul-Rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami saksikan"; supaya kamu tidak kata pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."
17:70. Kami muliakan Bani Adam dan bawa mereka di darat dan laut, dan rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan lebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.
36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
Bani Israil
2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan tepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.
2:47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam,
2:83. Dan apabila Kami ambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan buat baik kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakan yang baik kepada manusia, dan lakukan solat, dan berikan zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu palingkan.
2:122. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku, yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam.
2:211. Tanyalah Bani Israil berapa banyaknya bukti-bukti yang jelas yang Kami beri mereka. Sesiapa tukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.
2:246. Tidakkah kamu renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
3:49. Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta, dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil haramkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."
5:12. Allah telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami bangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu lakukan solat, dan beri zakat, dan percaya kepada Rasul-Rasul-Ku, dan teguhkan mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:32. Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya. Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.
5:70. Dan Kami telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami utus Rasul-Rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang Rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak inginkan, segolongan mereka dustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
5:72. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa sekutukan Allah, Allah akan haramkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong."
5:78. Telah dilaknati orang-orang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
7:105. Sewajarnya, aku tidak kata terhadap Allah kecuali yang benar. Aku datang dengan satu bukti yang jelas kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka utuskanlah bersamaku Bani Israil."
7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, serulah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia janjikan kamu. Jika kamu hilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan percayai kamu, dan kami akan utus bersama kamu Bani Israil."
7:137. Dan Kami wariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan barat bumi yang Kami berkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka sabar; dan Kami binasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka bangunkan.
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim."
10:93. Dan Kami tempatkan Bani Israil di sebuah penempatan yang sebenar, dan Kami rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik; maka mereka tidak berselisih sehingga pengetahuan datang kepada mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.
17:2. Kami beri Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, "Janganlah ambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku."
17:4. Dan Kami telah tentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, "Kamu akan buat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar."
17:101. Dan Kami beri Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, aku sangka kamu orang yang kena sihir."
17:104. Dan Kami berkata kepada Bani Israil selepas dia, "Tinggallah di bumi; dan apabila janji akhirat datang, Kami datangkan kamu sebagai khalayak ramai."
19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.
20:47. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakan, 'Kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan janganlah azab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu; dan sejahtera ke atas orang yang ikut petunjuk!
20:80. Wahai Bani Israil, Kami telah selamatkan kamu daripada musuh kamu, dan Kami menemujanji dengan kamu di sebelah kanan gunung, dan turunkan kepada kamu manna dan salwa.
20:94. Berkata, "Wahai anak ibuku, janganlah ambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut kamu akan berkata, 'Kamu telah pecahkan Bani Israil, dan kamu tidak endahkan ucapanku.'"
26:17. Maka utuslah bersama kami Bani Israil.'"
26:22. Itu adalah satu rahmat yang kamu berbudi kepadaku, bahawa kamu menghambakan Bani Israil."
26:59. Demikianlah, dan Kami wariskannya kepada Bani Israil.
26:197. Tidakkah ia satu ayat (tanda) bagi mereka bahawa ulama Bani Israil mengetahuinya?
27:76. Sesungguhnya al-Qur'an ini menceritakan kepada Bani Israil kebanyakan daripada apa yang mengenainya mereka selisihkan.
32:23. Sesungguhnya Kami beri Musa al-Kitab; maka jangan kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami buatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.
40:53. Dan Kami beri Musa petunjuk, dan Kami wariskan Bani Israil, Kitab,
43:59. Dia hanyalah seorang hamba yang Kami rahmati, dan Kami buat dia untuk menjadi satu contoh bagi Bani Israil.
44:30. Dan Kami selamatkan Bani Israil daripada azab yang hina,
45:16. Sesungguhnya Kami beri Bani Israil al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, dan Kami rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan Kami lebihkan mereka di atas semua alam.
46:10. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil saksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombong? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."
61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”
61:14. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, “Siapakah yang akan jadi penolong-penolong aku bagi Allah?” Pengikut-pengikut yang setia berkata, “Kami akan jadi penolong-penolong Allah.” Dan segolongan daripada Bani Israil percaya, dan segolongan tidak percaya. Maka Kami kukuhkan orang-orang yang percaya terhadap musuh mereka, dan mereka menjadi orang-orang yang menguasai.
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman