Kalimat balasan/ganjaran di dalam al-Qur'an

 

Terdapat 4 Bahagian, tiap-tiap satu mengandungi kalimat-kalimat seakar:

Bahagian 1 : 4 kalimat (balas)

Bahagian 2 : 2 kalimat (balas, bela)

Bahagian 3 : 1 kalimat (qisas)

Bahagian 4 : 4 kalimat (ganjaran)

 

Bahagian 1


1.1
'IQAB  (see 'aqaba, below) -retribution, punishment, requital

Kalimat ini telah ditukar maksudnya daripada pembalasan sewajar kepada balasan-Nya.

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.

2:211. Tanyalah Bani Israil berapa banyaknya bukti-bukti yang jelas yang Kami beri mereka. Sesiapa tukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

3:11. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka, yang dustakan ayat-ayat Kami; Allah ambil mereka disebabkan kesalahan-kesalahan mereka; Allah keras dalam balasan-Nya.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu sudah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

5:98. Ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya, dan bahawa sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.


6:165. Dia yang lantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan naikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian lain, supaya Dia uji kamu pada apa yang Dia beri kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya, dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

7:167. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan bahawa Dia akan bangkitkan terhadap mereka, sampai Hari Kiamat, orang-orang yang akan kenakan mereka azab yang jahat. Sesungguhnya Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

8:13. Itu kerana mereka melawan Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa melawan Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

8:25. Dan takutilah satu cubaan yang tidak akan timpa hanya orang-orang buat kezaliman antara kamu; dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.

8:48. Dan apabila syaitan nampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku lihat apa yang kamu tidak lihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam balasan-Nya."

8:52. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah; Allah ambil mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka. Sesungguhnya Allah Kuat, keras dalam balasan-Nya.


13:6. Mereka minta kepada kamu supaya disegerakan keburukan sebelum yang baik, walaupun telah berlalu sebelum mereka contoh-contoh. Pemelihara kamu adalah Pengampun kepada manusia atas kezaliman mereka, dan Pemelihara kamu keras dalam balasan-Nya.

13:32. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah diperolok-olokkan sebelum kamu, dan Aku tangguhkan orang-orang tidak percaya; kemudian Aku ambil mereka - dan bagaimanakah dengan balasan-Ku?

38:14. Tiada satu pun yang tidak dustakan Rasul-Rasul, maka wajarlah balasan-Ku.

40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam balasan-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.

40:5. Kaum Nuh, sebelum mereka, telah dustakan, dan golongan-golongan selepas mereka; tiap-tiap umat bermaksud terhadap Rasul mereka, untuk mengambilnya, dan mereka membantah dengan yang palsu untuk menyangkal yang benar dengannya. Kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah dengan balasan-Ku!


40:22. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka tidak percaya, maka Allah ambil mereka. Sesungguhnya Dia Kuat, keras dalam balasan-Nya.

41:43. Tiada dikatakan kepada kamu melainkan apa yang telah dikatakan kepada Rasul-Rasul sebelum kamu. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai ampunan, dan mempunyai balasan yang pedih.

59:4. Itu kerana mereka melawan Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa melawan Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

59:7. Segala apa yang Allah beri Rasul-Nya (rampasan perang) daripada penduduk bandaraya-bandaraya adalah kepunyaan Allah, dan Rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang Rasul beri kamu, ambillah; apa sahaja yang dia larang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

.....


1.2
'UQB  n.m. -consequence, issue, success

18:44. Di sana perlindungan hanya kepunyaan Allah, Yang Benar; Dia yang paling baik mengganjar, dan yang paling baik dalam balasan.

.....


1.3 :  
'AQABA  vb. (III)-to punish, to chastise, to retaliate

16:126. Dan jika kamu membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang kamu dibalas (ditimpa), dan sesungguhnya jika kamu sabar, ia yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

22:60. Demikianlah, dan sesiapa membalas dengan yang serupa apa dibalas (ditimpa) kepadanya, dan kemudian disalahi lagi, sungguh, Allah akan menolongnya; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

60:11. Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu kepada orang-orang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berikan orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah nafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin.

.....


1.4
:  
AQABA  vb. (IV)-to do as a consequence, to cause to follow

9:75. Dan antara mereka ada yang buat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia beri kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."
9:76. Tetapi apabila Dia beri mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.

9:77. Maka akibatnya, Dia letak kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka temui-Nya, kerana mereka mungkiri Allah pada apa yang mereka janjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.

..... A Concordance of the Qur'an ms 271-272

 

Bahagian 2


2.1 :  JAZA -to recompense, give satisfaction [Ar, BI]; award [Pk]; give requital [Ali]. (n.vb.) recompense [Ar, Bi], reward [Pk, Ali]. (pcple. act.) one who gives satisfaction for another.

(ayat-ayat termasuk mengandungi terbitannya - yajzi, yujza, jaza', jazi)

2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan jangan memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya.


3:86. Bagaimanakah Allah akan beri petunjuk kepada kaum tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan saksikan bahawa Rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

3:87. Mereka itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya.


3:134. Yang nafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, dan tahan kemarahan mereka, dan maafkan manusia; dan Allah suka orang-orang buat baik,
3:135. Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.

3:136. Mereka itu (orang bertakwa), balasan mereka ialah ampunan daripada Pemelihara mereka, dan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; dan alangkah sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!


3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang Rasul; Rasul-Rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan balik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang balik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan mudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan balas orang-orang berterima kasih.

3:145. Tiada sesuatu jiwa akan mati, kecuali dengan izin Allah, pada waktu yang telah dikitabkan (ditetapkan). Sesiapa hendak ganjaran dunia, Kami berikannya daripadanya, dan sesiapa hendak ganjaran akhirat, Kami berikannya daripadanya; dan Kami akan balas orang-orang berterima kasih.


4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan bagi mereka azab yang besar.

4:123. Ia bukan khayalan kamu, dan bukan juga khayalan ahli Kitab. Sesiapa buat jahat akan dibalas dengannya, dan tidak akan dapati baginya, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

5:29. Aku hendak supaya kamu dibebankan dengan dosaku dan dosa kamu, dan jadi penghuni-penghuni Api; itulah balasan ke atas orang-orang zalim."

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.

5:38. Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana.

5:85. Dan Allah ganjari mereka kerana apa mereka kata, dengan taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa dia bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah, atau penebus, memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.


6:84. Dan Kami beri dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami beri petunjuk. Dan Nuh, Kami beri petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun - begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkan jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya."

6:120. Tinggalkan dosa yang nampak, dan yang tersembunyi; sesungguhnya orang-orang yang usahakan dosa akan dibalas dengan apa yang mereka perolehkan.


6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan makan kecuali siapa yang kami hendaki" - demikian mereka dakwa - "Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak mereka tidak mengingati (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan balas mereka atas apa yang mereka ada-adakan.

6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas anggapan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.


6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami haramkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau usus, atau apa yang bercampur dengan tulang; bahawa Kami balas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.

6:157. Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih dapat petunjuk daripada mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah lebih zalim daripada orang yang dustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.

6:160. Sesiapa yang datangkan satu yang baik, akan dapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang datangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.


7:40. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami balas orang-orang yang berdosa.

7:41. Jahanam jadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami balas orang-orang zalim.

7:147. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?

7:152. Sesungguhnya orang-orang yang mengambil untuk mereka Anak Lembu, kemurkaan akan sampai kepada mereka daripada Pemelihara mereka, dan kehinaan dalam kehidupan dunia ini; begitulah Kami balas orang-orang yang mengada-adakan.

7:180. Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat.


9:26. Kemudian Allah turunkan kepada Rasul-Nya ketenangan-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Dia turunkan tentera yang kamu tidak lihat, dan Dia azab orang-orang tidak percaya; dan itulah balasan ke atas orang-orang tidak percaya.

9:82. Oleh kerana itu biarlah mereka ketawa sedikit, dan menangis banyak, sebagai balasan ke atas apa yang mereka usahakan.

9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan.

9:121. Dan tidak juga mereka nafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah balas mereka dengan yang terbaik daripada apa mereka buat.


10:4. Kepada-Nya kamu kembali, kesemuanya. Janji Allah benar. Dia memulakan ciptaan, kemudian Dia kembalikannya semula supaya Dia balas orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan adil. Dan orang-orang tidak percaya, bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih dan azab yang pedih kerana mereka tidak percaya.

10:13. Kami musnahkan generasi-generasi sebelum kamu apabila mereka buat zalim, dan Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu percayai; maka Kami balas kaum yang berdosa.

10:27. Dan orang-orang yang usahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan tiada yang lindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

10:52. Kemudian dikatakan kepada orang-orang buat kezaliman , "Rasalah azab yang kekal; tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu usahakan?"


12:22. Dan apabila dia dewasa, Kami beri dia putusan dan pengetahuan. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

12:25. Dan kedua-duanya berlumba ke pintu; dan dia (perempuan) mengoyakkan bajunya dari belakang. Mereka dapati ketua mereka di depan pintu. Dia (perempuan) berkata, "Apakah balasan bagi orang yang hendakkan kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?"


12:74. Mereka berkata, "Apakah balasannya jika kamu pendusta-pendusta?"

12:75. Mereka berkata, "Balasannya - dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah Kami balas orang-orang zalim."


12:88. Maka apabila mereka masuk kepadanya, mereka berkata, "Wahai al-aziz, mudarat telah sentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah balas orang-orang yang bersedekah."

14:51. Kerana Allah akan balas tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

16:31. Taman-Taman Adn, mereka masuk ke dalamnya, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya mereka dapati apa yang mereka hendak. Begitulah Allah balas orang-orang bertakwa,

16:96. Apa yang ada pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami akan balas orang-orang yang sabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa mereka buat.

16:97. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan balas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa mereka buat.


17:63. Berkatalah Dia, "Pergilah! Orang-orang antara mereka yang ikut kamu - sesungguhnya Jahanamlah balasan kamu, satu balasan yang cukup!

17:98. Itu balasan mereka kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, dan berkata, "Apa, apabila kami jadi tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami benar-benar dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?"

18:88. Tetapi orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, maka baginya balasan paling baik, dan kami akan kata kepadanya daripada perintah kami, yang mudah."

18:106. Itu balasan mereka - Jahanam, kerana mereka tidak percaya, dan mereka ambil ayat-ayat-Ku, dan Rasul-Rasul-Ku sebagai olok-olokan.


20:15. Saat pasti datang; Aku hampir-hampir rahsiakannya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ia usahakan.

20:76. Taman-Taman Adn, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang yang menyucikan diri.

20:127. Begitulah Kami balas orang yang membazir (berlebihan), dan yang tidak percayai ayat-ayat Pemeliharanya; dan azab akhirat lebih keras, dan lebih kekal.

21:29. Jika sesiapa antara mereka berkata, "Aku tuhan, selain daripada Dia", maka dialah yang Kami balas dengan Jahanam; begitulah Kami balas orang-orang zalim.

23:111. Maka pada hari ini, Aku balas mereka kerana kesabaran mereka; merekalah orang-orang yang menang.”

24:38. Supaya Allah balas mereka kerana pekerjaan mereka yang paling baik, dan tambahkan kepada mereka daripada pemberian-Nya; dan Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.


25:15. Katakanlah, "Adakah itu lebih baik, atau Taman Yang Kekal, dijanjikan kepada orang-orang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?"

25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka sabar, dan mereka akan terima di dalamnya salam hormat, "Salam!"

27:90. Dan sesiapa datang dengan kejahatan, wajah (muka) mereka dijerumuskan ke dalam Api: "Tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat?"

28:14. Dan apabila dia dewasa, dan dia tegap, Kami beri dia putusan, dan pengetahuan; begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

28:25. Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami." Maka apabila dia datang kepadanya, dan ceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, "Jangan takut, kamu selamat daripada kaum yang zalim."

28:84. Sesiapa datang dengan yang baik dapat yang lebih baik daripada itu; dan sesiapa datang dengan kejahatan - orang-orang yang buat jahat tidak dibalas melainkan dengan apa mereka buat.


29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sungguh, Kami akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling baik daripada apa mereka buat.

30:45. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik daripada pemberian-Nya; Dia tidak suka orang-orang tidak percaya.

31:33. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan bela anaknya, dan tiada juga anak bela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah benar; maka jangan kehidupan dunia menipu kamu, dan jangan sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.

32:17. Tiada jiwa tahu apa pendingin mata (kegembiraan) disediakan untuk mereka, yang dirahsiakan, sebagai balasan ke atas apa mereka buat.

33:24. Supaya Allah balas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan azab orang-orang munafik, jika Dia hendaki, atau terima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.


34:4. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.

34:17. Demikian Kami balas mereka kerana ketidakpercayaan mereka; dan tidaklah Kami balas melainkan ke atas orang-orang yang tidak berterima kasih (kafir).

34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk adakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami letak belenggu-belenggu pada leher orang-orang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?"

34:37. Bukan harta kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; mereka itu, bagi mereka, balasan dua kali ganda kerana apa mereka buat, dan mereka berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa.

35:36. Bagi orang-orang tidak percaya, bagi mereka api Jahanam; mereka tidak diakhirkan, dan dimatikan, dan tidak juga azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami balas setiap orang yang tidak berterima kasih (kafir).


36:54. Maka pada hari ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat.

37:39. Dan kamu tidak dibalas melainkan dengan apa kamu buat."

37:80. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik,

37:105. Kamu telah mengesahkan visi; begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

37:110. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

37:121. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik,

37:131. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.


39:34. Mereka dapati apa sahaja mereka hendaki di sisi Pemelihara mereka; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik,

39:35. Supaya Allah lepaskan daripada mereka yang paling jahat mereka telah buat, dan balas mereka dengan upah paling baik daripada apa yang mereka telah buat.


40:17. Pada hari ini tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ia usahakan; tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat buat hitungan."

40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak dibalas melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa hitungan.

41:27. Maka Kami akan rasakan kepada orang-orang tidak percaya azab yang keras, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling buruk daripada apa mereka telah buat.

41:28. Itu balasan ke atas musuh-musuh Allah - Api, di dalamnya mereka dapati Tempat Tinggal Berkekalan sebagai balasan, kerana mereka sangkal ayat-ayat Kami.


42:40. Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya; tetapi sesiapa maafkan, dan betulkan, maka upahnya adalah atas Allah; sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang zalim.

45:14. Katakanlah kepada orang-orang yang percaya, bahawa mereka ampunkan orang-orang yang tidak mengharapkan hari-hari Allah, supaya Dia balas kaum atas apa yang mereka usahakan.

45:22. Allah cipta langit dan bumi dengan benar, dan supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ia usahakan, dan mereka tidak akan dizalimi.

45:28. Dan kamu akan lihat tiap-tiap umat melutut; tiap-tiap umat diseru (dipanggil) kepada Kitabnya, "Pada hari ini, kamu dibalas dengan apa kamu buat.


46:14. Mereka itu penghuni-penghuni Taman (Jannah), di dalamnya tinggal selama-lamanya, sebagai balasan ke atas apa yang mereka telah buat.

46:20. Pada hari apabila orang-orang tidak percaya dikemukakan ke Api: "Kamu telah hilangkan benda-benda kamu yang baik dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini, kamu dibalas dengan azab yang hina kerana kamu sombong di bumi tanpa patut, dan kerana kamu buat fasiq.

46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya." Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami balas kaum yang berdosa.

52:16. Pangganglah di dalamnya! Dan sabarlah kamu, atau tidak sabar, sama sahaja bagi kamu; sesungguhnya kamu hanya dibalas dengan apa kamu buat."

53:31. Kepunyaan Allah segala apa yang di langit dan segala apa yang di bumi, supaya Dia balas orang-orang yang buat jahat kerana apa yang mereka kerjakan, dan balas orang-orang buat baik dengan yang paling baik.

53:41. Kemudian dibalas kepadanya dengan balasan sepenuhnya,


54:14. Berlayar di bawah pengawasan (mata) Kami - satu balasan ke atas orang yang dinafikan.

54:35. Satu rahmat daripada Kami; begitulah Kami balas orang yang bersyukur.

55:60. Adakah balasan untuk yang baik selain daripada yang baik?

56:24. Satu balasan ke atas apa yang mereka telah buat.

59:17. Kesudahan mereka, kedua-duanya di dalam Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang zalim.


66:7. “Wahai kamu orang-orang tidak percaya, jangan kemukakan alasan pada hari ini; sesungguhnya kamu hanya dibalas dengan apa kamu buat.”

77:44. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

76:9. “Kami memberi makan kepada kamu hanya kerana mengharapkan Wajah Allah; kami tidak hendak balasan daripada kamu, dan tidak juga kesyukuran,

76:12. Dan balas mereka kerana mereka sabar dengan sebuah Taman, dan sutera,

76:22. “Sesungguhnya inilah balasan untuk kamu, dan usaha kamu disyukuri.”


78:26. Untuk satu balasan yang setimpal.

78:36. Untuk satu balasan daripada Pemelihara kamu, satu kurniaan, satu hitungan,

92:19. Dan tidak memihak dalam kurniaan kepada seseorang untuk dibalas,

98:8. Balasan mereka adalah di sisi Pemelihara mereka dengan Taman-Taman Adn, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka puas hati terhadap-Nya; itu adalah bagi orang yang takut kepada Pemeliharanya.

.....


2.2
:  JAZA (yujazi) -to recompense

34:17. Demikian Kami balas mereka kerana ketidakpercayaan mereka; dan tidaklah Kami balas melainkan ke atas orang-orang yang tidak berterima kasih (kafir).


..... A Concordance of the Qur'an
ms 620-623

 

Bahagian 3


QISAS n.m.-retaliation

2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan, dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

2:179. Dalam pembalasan (qisas) ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang empunya minda, supaya kamu bertakwa.

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

5:45. Dan di dalamnya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan (qisas), tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu tebusan. Dan sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang zalim.


..... A Concordance of the Qur'an
ms 928

 

Bahagian 4


4.1
: 
MATHQBAH  -a recompense, reward (from God)

2:103. Dan sekiranya mereka percaya dan bertakwa, satu ganjaran daripada Allah adalah lebih baik, jika mereka tahu.

5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."

.....


4.2
: 
THAWAB  -reward (for good deeds), requital

3:145. Tiada sesuatu jiwa akan mati, kecuali dengan izin Allah, pada waktu yang telah dikitabkan (ditetapkan). Sesiapa hendak ganjaran dunia, Kami berikannya daripadanya, dan sesiapa hendak ganjaran akhirat, Kami berikannya daripadanya; dan Kami akan balas orang-orang berterima kasih.

3:148. Dan Allah beri mereka ganjaran dunia, dan sebaik-baik ganjaran akhirat, dan Allah suka orang-orang buat baik.

3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.

4:134. Sesiapa hendak ganjaran dunia, maka di sisi Allah ganjaran dunia dan akhirat; Allah Mendengar, Melihat.


18:31. Mereka itu, bagi mereka Taman-Taman Adn, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mereka dipakaikan pakaian hijau daripada sutera dan broked, di dalamnya bersandar di atas sofa yang indah - betapa sangat baiknya ganjaran! Dan betapa baiknya tempat istirahat!

18:44. Di sana perlindungan hanya kepunyaan Allah, Yang Benar; Dia yang paling baik mengganjar, dan yang paling baik dalam balasan.

18:46. Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia, tetapi yang kekal, kerja-kerja baik - adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan.

19:76. Dan Allah akan tambahkan kepada orang-orang yang dapat petunjuk dalam petunjuk, dan yang kekal, kerja-kerja baik, adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik pengembaliannya.

28:80. Tetapi orang-orang yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, "Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan tiada yang akan terimanya kecuali orang-orang yang sabar."

.....


4.3 : 
THAWWABA (thuwwiba) -to reward

83:36. Tidakkah orang-orang tidak percaya diganjarkan atas apa mereka buat?

.....


4.4 : 
ATHABA  -to reward, to repay, to requite

3:153. Ketika kamu naik ke atas dengan tidak menoleh-noleh kepada seseorang, dan Rasul menyeru kamu dari belakang kamu, lalu Dia ganjari kamu dengan kesedihan atas kesedihan, supaya kamu tidak sedih kerana apa yang terlepas daripada kamu, dan tidak juga kerana apa yang menimpa kamu; dan Allah sedar apa kamu buat.

5:85. Dan Allah ganjari mereka kerana apa mereka kata, dengan taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik.

48:18. Allah sangat puas hati terhadap orang-orang mukmin apabila mereka berjanji setia kepada kamu di bawah pokok, dan Dia tahu apa yang di dalam hati mereka, maka Dia turunkan ketenangan kepada mereka dan ganjari mereka dengan kemenangan yang dekat,


..... A Concordance of the Qur'an
ms 1227-1228


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman