Kalimat baik/solaha di dalam al-Qur'an
Kalimat solaha diterjemah kepada baik atau kebaikan, sementara frasa 'amilu solihan dan sebagainya diterjemah kepada buat kerja-kerja baik . Ayat-ayat mereka adalah:
2:25. Dan beri berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu"; bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, mereka itulah penghuni-penghuni Taman; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:130. Maka siapakah yang mengundur diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang membodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik).
2:277. Orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan lakukan solat, dan beri zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
3:46. Dia akan berkata-kata kepada manusia dalam buaian, dan dewasa, dan akan jadi seorang yang salih."
3:57. Bagi orang-orang yang percaya yang buat kerja-kerja baik, Dia akan bayar sepenuhnya upah mereka; dan Allah tidak suka orang-orang zalim."
3:114. Mereka percayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itulah orang-orang salih.
4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka jangan mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.
4:57. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Kami akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan Kami masukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya berlimpah.
4:69. Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!
4:122. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, merekalah yang Kami akan masukkan ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Janji Allah benar, dan siapakah lebih benar dalam ucapan daripada Allah?
4:124. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.
4:173. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Dia akan bayar kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia tambhakan mereka daripada pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang memandang rendah dan menyombong, merekalah yang Dia akan azab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan dapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
5:9. Allah janjikan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka ampunan dan upah yang besar.
5:69. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Sabiin, dan orang-orang Kristian, sesiapa yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
5:84. Tidakkah kami patut percayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan inginkan supaya Pemelihara kami masukkan kami berserta kaum yang salih?"
5:93. Tidak salah ke atas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan buat baik; Allah suka orang-orang buat baik.
6:85. Dan Zakaria, Yahya, Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih.
7:42. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya; mereka itulah penghuni-penghuni Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
7:168. Dan Kami potong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami uji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.
7:189. Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya isterinya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami jadi daripada orang-orang berterima kasih."
7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan!
7:196. Waliku (Pelindungku) ialah Allah yang turunkan Kitab, dan Dia ambil ke dalam perlindungan-Nya orang-orang yang salih."
9:75. Dan antara mereka ada yang buat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia beri kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."
9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah campuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan terima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang Rasul Allah, dan untuk lebih suka diri mereka daripada diri dia; itu kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka pijak sebarang pijakan yang menimbulkan kemarahan orang-orang tidak percaya, dan mereka tidak juga peroleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih; sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.
10:4. Kepada-Nya kamu kembali, kesemuanya. Janji Allah benar. Dia memulakan ciptaan, kemudian Dia kembalikannya semula supaya Dia balas orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan adil. Dan orang-orang tidak percaya, bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih dan azab yang pedih kerana mereka tidak percaya.
10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Pemelihara mereka akan beri petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.
11:11. Kecuali orang-orang yang sabar, dan buat kerja-kerja baik; bagi mereka, ampunan dan upah yang besar.
11:23. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan merendahkan diri kepada Pemelihara mereka, mereka itu jadi penghuni-penghuni Taman; di dalamnya tinggal selama-lamanya.
11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang-orang bodoh."
12:9. Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu, dan setelah itu kamu jadi satu kaum yang salih."
12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah beri aku untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."
13:23. Taman-Taman Adn mereka masuk, dan orang-orang yang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka, dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu,
13:29. Orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; bagi mereka kebahagiaan, dan tempat kembali yang baik.
14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik dimasukkan ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"
16:97. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan balas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa mereka buat.
16:122. Dan kami beri dia di dunia yang baik, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang salih.
17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar,
17:25. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu apa yang di dalam jiwa kamu jika kamu orang-orang salih (baik); sesungguhnya Dialah Pengampun kepada orang-orang yang kesal.
18:2. Yang betul, untuk beri amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik, bahawa bagi mereka upah yang baik,
18:30. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang yang amalannya baik.
18:46. Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia; tetapi yang kekal, kerja-kerja baik - adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan.
18:82. Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu hendak supaya mereka sampai dewasa dan kemudian keluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak lakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya."
18:88. Tetapi orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, maka baginya balasan paling baik, dan kami akan kata kepadanya daripada perintah kami, yang mudah."
18:107. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - Taman Firdaus jadi sajian mereka,
18:110. Katakanlah, "Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,
19:76. Dan Allah akan menambahkan kepada orang-orang yang dapat petunjuk dalam petunjuk; dan yang kekal, kerja-kerja baik, adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik pengembaliannya.
19:96. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, kepada mereka Yang Pemurah akan letak rasa kasih sayang.
20:75. Dan sesiapa datang kepada-Nya sebagai seorang mukmin, setelah buat kerja-kerja baik, maka mereka itu, bagi mereka darjat yang tertinggi.
20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan akhirnya dapat petunjuk."
20:112. Tetapi sesiapa buat kerja-kerja baik, sedang dia seorang mukmin, dia tidak takut akan kezaliman, dan tidak juga ketidakadilan.
21:72. Dan Kami beri dia Ishak dan Yaakub, sebagai lebihan, dan masing-masing Kami jadikan orang yang salih,
21:75. Dan Kami masukkan dia ke dalam pengasihan Kami; dia termasuk orang-orang salih (baik).
21:86. Dan Kami masukkan mereka ke dalam pengasihan Kami; mereka termasuk orang-orang salih.
21:94. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik, sedang dia seorang mukmin, maka tiadalah ketiadaan terima kasih bagi usahanya; Kami Sendiri yang menulis untuknya.
21:105. Sesungguhnya Kami telah tuliskan di dalam Zabur, sesudah Peringatan, "Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih."
22:14. Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; sesungguhnya Allah buat apa Dia hendaki.
22:23. Sesungguhnya Allah masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada sutera.
22:50. Orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.
22:56. Kerajaan pada hari itu kepunyaan Allah, dan Dia akan hakimkan antara mereka. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, mereka berada di dalam Taman-Taman Kebahagiaan.
23:51. "Wahai Rasul-Rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja baik; sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu kerjakan,
23:100. Supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku telah tinggalkan." Tidak, ia hanya satu kata yang dia ucapkan; dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan.
24:32. Kahwinlah orang-orang yang tidak berkahwin di kalangan kamu, dan hamba-hamba lelaki kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.
24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bahawa Dia akan sesungguhnya jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia jadikan orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia relai untuk mereka, dan Dia akan tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka menyembah-Ku, mereka tidak sekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka itu, Allah akan tukar kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah Pengampun, Pengasih.
25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan buat kerja-kerja baik, dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.
26:83. Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih,
26:227. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan mereka mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri mereka sendiri setelah dizalimi; dan orang-orang buat kezaliman pasti akan tahu di mana tempat balik yang mereka akan dibalikkan.
27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."
28:27. Berkata, "Aku hendak kahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu sempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak hendak beratkan kamu. Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang salih."
28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik, mudah-mudahan dia termasuk orang-orang beruntung.
28:80. Tetapi orang-orang, yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, "Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; dan tiada yang akan terimanya kecuali orang-orang yang sabar."
29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sungguh, Kami akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling baik daripada apa mereka buat.
29:9. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sungguh, Kami akan masukkan mereka di kalangan orang-orang yang salih.
29:27. Dan kami beri dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami buatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami beri dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.
29:58. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sungguh, Kami akan tempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,
30:15. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, mereka berjalan dengan gembira di padang yang cukup pengairannya.
30:44. Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah ketidakpercayaannya; dan sesiapa buat kerja-kerja baik, maka untuk diri-diri merekalah mereka buat persediaan,
30:45. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik daripada pemberian-Nya; Dia tidak suka orang-orang tidak percaya.
31:8. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka Taman-Taman Kebahagiaan.
32:12. Dan sekiranya kamu dapat lihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan buat kerja-kerja baik kerana kami telah yakin."
32:19. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka Taman-Taman untuk menginap sebagai sajian kerana apa yang mereka telah buat.
33:31. Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan buat kerja-kerja baik, Kami akan beri upahnya dua kali; Kami sediakan untuknya rezeki yang mulia.
34:4. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.
34:11. "Buatlah baju besi yang lebar, dan ukurlah betul-betul gelang-gelang rantai. Dan kamu buatlah kerja-kerja baik; sesungguhnya Aku lihat apa kamu buat."
34:37. Bukan harta kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; mereka itu, bagi mereka, balasan dua kali ganda kerana apa mereka buat, dan mereka berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa.
35:7. Orang-orang tidak percaya, bagi mereka azab yang keras; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka adalah ampunan dan upah yang besar.
35:10. Sesiapa hendak kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja baik - Dia naikkannya; tetapi orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan jadi sia-sia belaka.
35:37. Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik, selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami beri umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong."
37:100. Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih."
37:112. Kemudian Kami beri dia berita gembira dengan Ishak, seorang Nabi, termasuk orang-orang yang salih (baik).
38:24. Berkata, "Sesungguhnya dia menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - dan mereka adalah sedikit!" Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan.
38:28. Atau, adakah Kami akan buat orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, seperti orang-orang yang buat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan buat orang-orang bertakwa seperti orang-orang yang jahat?
40:8. Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak dibalas melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja baik, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa hitungan.
40:58. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan orang yang buat jahat. Sedikit sekali kamu mengingati.
41:8. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dapat upah yang tidak putus-putus."
41:33. Dan siapakah lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan buat kerja-kerja baik, dan berkata, "Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim"?
41:46. Sesiapa buat kerja-kerja baik, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buat jahat, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak buat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya.
42:22. Kamu lihat orang-orang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah usahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja mereka hendaki, mereka dapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.
42:23. Itu berita gembira yang Allah beri hamba-hamba-Nya yang percaya, dan buat kerja-kerja baik. Katakanlah, "Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara”; dan sesiapa perolehkan yang baik, Kami tambahkan dengan kebaikan padanya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Berterima Kasih.
42:26. Dan Dia sahut orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, dan Dia tambahkan kepada mereka pemberian-Nya. Dan orang-orang tidak percaya - bagi mereka, azab yang keras.
45:15. Sesiapa buat kerja-kerja baik, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buat jahat, ia adalah terhadapnya sendiri; kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu akan dikembalikan.
45:21. Atau, adakah orang-orang yang buat jahat sangka Kami akan buat mereka seperti orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka putuskan!
45:30. Dan bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Pemelihara masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; itulah kemenangan yang nyata.
46:15. Kami wasiatkan manusia, bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.
47:12. Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka bergembira dan makan sebagaimana binatang ternak makan; dan Api akan jadi tempat tinggal mereka.
48:29. Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu lihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik, dengan ampunan dan upah yang besar.
63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).”
64:9. Pada hari Dia kumpulkan kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik, Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.
65:11. Seorang Rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia keluarkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik, Dia akan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah sediakan baginya rezeki yang baik.
66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu-membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.
66:10. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang tidak percaya - isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya khianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, “Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.”
68:50. Tetapi Pemeliharanya memilihnya, dan Dia letakkannya di kalangan orang-orang salih (baik).
72:11. Dan sebahagian daripada kami (jin) adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidak demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.
84:25. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; bagi mereka upah yang tidak putus-putus.
85:11. Orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; itulah kemenangan yang besar.
95:6. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik; mereka akan dapati upah yang tidak putus-putus.
98:7. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, mereka itulah yang terbaik daripada makhluk-makhluk,
103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar.
-Concordance halaman 1186
Kalimat
Pilihan
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman