Kalimat Bahagian Aib di dalam al-Qur'an


Bahagian aib atau aib diterjemah daripada perkataan saw'ah di dalam al-Qur’an:


5:31. Kemudian Allah kirim seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk perlihatkan kepada dia bagaimana dia akan sembunyikan mayat saudaranya yang aib. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu untuk
jadi seperti burung gagak ini, untuk aku sembunyikan mayat saudaraku yang aib?" Dan dia jadi antara orang-orang yang menyesal.

7:20. Kemudian syaitan bisik kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu larang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu jadi malaikat-malaikat, atau kamu jadi makhluk-makhluk yang hidup selama-lamanya."

7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka panggil mereka, "Tidakkah Aku telah larang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?" 

7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah turunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.

7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang tidak percayai.

20:121. Maka kedua mereka makan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

~ A Concordance of the Qur'an ms 1108


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman