Kalimat babi/membabi buta di dalam al-Qur'an
Khinzir adalah babi
dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat mengandungi kalimat tersebut disenaraikan di
sini.
Di samping itu, disenaraikan juga ayat-ayat mengandungi frasa merayau-rayau membabi buta di bahagian kedua halaman ini. Frasa diterjemah daripada kalimat 'amaha.
Khinzir
2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."
6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
'Amaha (merayau-rayau membabi buta)
2:15. Allah akan memperolok-olokkan mereka, dan memandu mereka merayau-rayau membabi buta dalam kelampauan batas mereka,
6:110. Kami terbalikkan hati mereka, dan penglihatan mereka, sebagaimana mereka tidak percayainya pada kali pertama; dan Kami tinggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
7:186. Sesiapa Allah sesatkan, tiada yang beri petunjuk kepadanya; Allah tinggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
10:11. Jika Allah segerakan kejahatan bagi manusia seperti menyegerakan kebaikan, tempoh mereka pasti akan diputuskan kepada mereka. Tetapi Kami tinggalkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
15:72. Demi umur kamu, mereka merayau-rayau membabi buta dalam kekaburan mereka,
23:75. Sekiranya Kami kasihani mereka, dan menghilangkan mudarat yang ada bersama mereka, tentu mereka berterusan dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
27:4. Orang-orang tidak percayai akhirat, Kami nampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles