Terdapat empat perkataan 
aurat  di tiga ayat al-Qur’an. Ia 
	diterjemah daripada kalimat 'awrah 
	yang bermaksud nakedness, exposed, naked (Concordance 
	muka surat 292):
	
	24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan 
mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, 
dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan 
hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak 
nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau 
bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau 
saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki 
saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan 
mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan 
seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti 
	aurat (bahagian-bahagian 
sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya 
perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama 
kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
	(Tudung kepala yang 
lazim dipakai oleh wanita Melayu dewasa ini dipanggil “mindeel” dalam bahasa 
Arab. Perkataan ini tidak disebut di dalam al-Qur’an. Kalimat yang disebut di 
dalam ayat di atas, 24:31, ialah “khumur”.)
24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu miliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, minta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
	33:13. Dan apabila segolongan daripada mereka 
berkata, "Wahai penduduk Yatrib, tiadalah tempat tinggal di sini untuk kamu, 
maka kembalilah!" Dan segolongan daripada mereka minta  izin kepada Nabi, 
dengan berkata, "Rumah-rumah kami aurat (terbuka)", padahal ia tidak 
	aurat; mereka hanya 
hendak lari.
 
	
	Kalimat 
Pilihan
	
	Terkini  Artikel 
	Perpustakaan 
Bacaan  E-Mail 
	Hiasan  Keratan 
Akhbar
Penemuan  
	Soalan Lazim 
Sudut Pelajar  
	English 
Articles 
	
	 Tulis kepada Pengurus Laman
 
Tulis kepada Pengurus Laman