Kalimat arak dan wain di dalam al-Qur'an
Selepas disenaraikan ayat-ayat al-Qur'an mengandungi perkataan "arak", ayat yang mengandungi "wain" pula dicatatkan di bawah:
	2:219. Mereka tanya kamu mengenai 
arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan beberapa 
manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya." 
Dan mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, 
"Yang berlebihan." Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya 
kamu fikirkan.
5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
12:41. Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan tuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu minta keputusan kepadaku."
47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?
wain:
83:25. Sedang mereka diberi minum dengan wain yang terpilih, ditutup,
	
	Kalimat 
Pilihan
	
	Terkini  Artikel 
	Perpustakaan 
Bacaan  E-Mail 
	Hiasan  Keratan 
Akhbar
Penemuan  
	Soalan Lazim 
Sudut Pelajar  
	English 
Articles 
	
	
 
Tulis kepada Pengurus Laman