Kalimat angkuh & lain di dalam al-Qur'an

 

Perkataan angkuh diterjemah daripada kalimat (i) bagha dan (ii) batira yang tersurat pada dua ayat.

Bagha mempunyai beberapa maksud pula, bukan sahaja angkuh, tetapi termasuk menyalahai, inginkn, cari dan melintasi mengikut konteks ayat:

(i) BAGHA vb. (I)-to be insolent, to wrong, to injure, to encroach, to overpass, to oppress; to seek, to look for, to -desire. (n.vb.) insolence; insolent, grudging [A]; oppressive treatment [B1]; disobedience, contumacy [Ali]; wrong [Pk]. (pcple. act.) one who desires, desiring

- terbit daripadanya ialah yabghi, bughiya, baghy, dan baghi
- kesemua ayat mereka disenaraikan sekali dalam senarai di bawah:


2:90. Buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah turunkan, menyalahi bahawa Allah turunkan pemberian-Nya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan, dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

2:173. Hanya benda-benda ini Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidak berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.

3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

3:83. Apa, adakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa di langit dan di bumi, dengan rela atau benci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?

3:99. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, mengapa kamu halangi jalan Allah orang yang percaya, dan inginkannya jadi bengkok, dan kamu sendiri saksi-saksi? Allah tidak lalai daripada apa kamu buat."


4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka, tegurkan mereka, dan asingkan mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka jangan mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.

5:50. Adakah putusan jahiliah mereka inginkan? Dan siapakah lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?

6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."

6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami haramkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau ususnya, atau apa yang bercampur dengan tulangnya; bahawa Kami balas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.

6:164. Katakanlah, "Adakah aku cari satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?" Tiap-tiap jiwa tidak usahakan melainkan terhadapnya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.


7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya haramkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."

7:45. Yang menghalangi jalan Allah, dan inginkan ia jadi bengkok, dan tidak percaya kepada akhirat."

7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, mengancam dan halangi jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dan inginkannya jadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia lipatgandakan kamu, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang buat kerosakan.

7:140. Berkata, "Apa, adakah aku akan cari satu tuhan untuk kamu selain daripada Allah, Dia yang lebihkan kamu di atas semua alam?"

9:47. Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.


10:23. Maka apabila Dia selamatkan mereka, tiba-tiba mereka angkuh di bumi, tanpa patut. Wahai manusia, keangkuhan kamu hanyalah terhadap diri kamu sendiri; kesenangan kehidupan dunia ini, kemudian kepada Kami kamu kembali, kemudian Kami beritahu kamu apa kamu buat.

10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim."

11:19. Orang-orang yang halangi jalan Allah, dan inginkannya jadi bengkok, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita inginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita dapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan jaga saudara kita; kita akan dapat tambahan sukatan seekor unta. Itu sukatan yang mudah."

14:3. Orang-orang yang lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat, dan halangi jalan Allah, dan inginkannya jadi bengkok; mereka adalah dalam kesesatan yang jauh.


16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh buat keadilan, dan buat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.

16:115. Hanya benda-benda ini Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

18:64. Berkata, "Inilah yang kita cari!" Maka mereka kembali (murtad) kepada kesan-kesan jejak mereka, dengan mengikutinya.

18:108. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan inginkan tidak berpindah keluar darinya."

22:60. Demikianlah, dan sesiapa membalas dengan yang serupa apa dibalas (ditimpa) kepadanya, dan kemudian disalahi lagi, sungguh, Allah akan menolongnya; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.


28:76. Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia jadi angkuh kepada mereka kerana Kami beri kepadanya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang empunya kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang banggakan diri.

28:77. Tetapi carilah, dengan apa yang Allah beri kamu, tempat kediaman akhir, dan jangan lupakan bahagian kamu di dunia ini; dan buat baik, sebagaimana Allah buat baik kepada kamu. Dan jangan cari untuk buat kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan."


38:22. Apabila mereka masuk kepada Daud, dan dia terkejut dari mereka; dan mereka berkata, "Jangan takut, kami adalah dua orang yang berbantahan, seorang daripada kami menyalahi yang lain, maka hakimkanlah antara kami dengan adil, dan jangan melewati batas, dan tunjukkanlah kami jalan yang betul."

38:24. Berkata, "Sesungguhnya dia menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - dan mereka adalah sedikit!" Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan.


42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

42:27. Sekiranya Allah menjulurkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentu mereka angkuh di bumi; tetapi Dia turunkan menurut ukuran apa sahaja Dia hendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.

42:39. Dan yang, apabila keangkuhan menimpa mereka, menolong (membela) diri mereka sendiri.

42:42. Jalan hanyalah terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia, dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih.

45:17. Kami beri mereka bukti-bukti yang nyata daripada Perintah; maka mereka tidak selisihkan, kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.


49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang adil.

55:20. Antara keduanya ada satu barzakh (tembok) yang keduanya tidak melintasi.

..... A Concordance of the Qur'an ms 313

 

(ii) BATIRA vb. (I)-to be insolent, reckless, arrogant. (n.vb.) boasting, recklessness ~ batar

28:58. Dan berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan yang kehidupannya bersenang-senang dengan keangkuhan! Itu tempat-tempat tinggal mereka, yang tidak didiami selepas mereka, kecuali sedikit sahaja; Kami Sendiri adalah pewaris-pewaris.

8:47. Janganlah jadi seperti orang-orang yang keluar dari tempat-tempat tinggal mereka dengan berasa angkuh untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan halangi jalan Allah; dan Allah meliputi apa mereka buat.

..... A Concordance of the Qur'an ms 346

 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman