Kalimat amalan di dalam al-Qur'an


Perkataan amal atau amalan atau kerja-kerja di dalam senarai di bawah diterjemah daripada kalimat 'amal (jamak a'mal) dan 'amil yang kedua-duanya terbit daripada 'amila.


2:139. Katakanlah, "Adakah kamu berdebat dengan kami mengenai Allah, dan Dia, Pemelihara kami dan Pemelihara kamu? Bagi kami amalan-amalan (perbuatan) kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; kepada-Nya kami tuluskan.

2:167. Dan orang-orang yang ikut berkata, "Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Begitulah Allah akan lihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.

2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.

3:21. Orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.
3:22. Mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong.

3:136. Mereka itu, balasan mereka ialah ampunan daripada Pemelihara mereka, dan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; dan alangkah sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!

3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.

5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.

5:53. Dan orang-orang yang percaya akan berkata, "Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka berserta kami?" Amalan-amalan mereka jadi sia-sia; mereka jadi orang-orang yang rugi.

5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.

6:108. Jangan mencaci-maki orang-orang yang mereka seru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami nampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia beritahu mereka apa mereka buat.

6:135. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan tahu siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."

7:147. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?

8:48. Dan apabila syaitan nampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku lihat apa yang kamu tidak lihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam balasan-Nya."

9:17. Tidak patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.

9:37. Menundakan (bulan) adalah satu tambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak sucikannya satu tahun, tapi mereka persucikannya pada tahun yang lain, untuk sesuaikan dengan bilangan yang Allah sucikan. Maka mereka tidak sucikan apa yang Allah sucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan merdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:69. Seperti orang-orang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka ambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu ambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.

9:94. Mereka kemukakan alasan kepada kamu, apabila kamu kembali kepada mereka. Katakanlah, "Jangan kamu kemukakan alasan; kami tidak akan percayai kamu. Allah telah pun beritahu kami berita mengenai kamu. Sungguh, Allah lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, kemudian kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat."

9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah campuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan terima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:105. Katakanlah, "Beramallah, dan Allah pasti akan lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat."

9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang Rasul Allah, dan untuk lebih suka diri mereka daripada diri dia; itu kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka pijak sebarang pijakan yang menimbulkan kemarahan orang-orang tidak percaya, dan mereka tidak juga peroleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih; sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.

10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."

10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

10:81. Kemudian, setelah mereka lempar, Musa berkata, "Apa yang kamu datangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan batalkannya. Sesungguhnya Allah tidak betulkan amalan orang-orang yang buat kerosakan."

11:7. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

11:15. Sesiapa yang hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya.

11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang-orang bodoh."

11:93. Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal, dan sungguh kamu akan tahu kepada siapa datang azab yang aibkannya, dan siapa dia pendusta. Dan berjaga-jagalah; aku bersama kamu, menjagai."

11:111. Sesungguhnya masing-masing mereka, Pemelihara kamu akan bayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka; Dia menyedari apa mereka buat.

11:121. dan katakan kepada orang-orang tidak percayai, "Beramallah kamu menurut tempat kamu; kami sedang beramal.

14:18. Persamaan orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka usahakan - itulah kesesatan yang jauh.

16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah utus kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.

18:7. Kami buatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami uji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.

18:30. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang yang amalannya baik.

18:103. Katakanlah, "Bolehkah kami beritahu kamu siapakah yang jadi yang paling rugi dalam amalan mereka?
18:104. Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik.

18:105. Mereka itulah orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak tegakkan bagi mereka sebarang timbangan.

18:110. Katakanlah, "Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."

21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan buat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang jaga mereka.

23:63. Tidak, tetapi hati mereka dalam kekusutan mengenai ini, dan mereka mempunyai amalan-amalan yang selain itu, yang mereka beramal.

24:39. Dan orang-orang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia dapatinya tiada sama sekali; dan dia dapati Allah di sisinya, dan Dia bayar hitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat buat hitungan.

25:23. Kami hadapkan apa-apa amalan yang mereka buat, dan membuatnya debu yang bertaburan.

25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka itu, Allah akan tukar kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah Pengampun, Pengasih.

26:168. Berkata, "Sesungguhnya aku adalah pembenci kepada amalan kamu.

27:4. Orang-orang tidak percayai akhirat, Kami nampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.

27:24. Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,

28:15. Dan dia masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (matikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."

28:55. Apabila mereka dengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak inginkan orang-orang bodoh."

29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah jadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.

29:58. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan tempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,

33:19. Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu lihat mereka pandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka cela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk miliki yang baik. Mereka itu tidak pernah percayai; Allah jadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah.

33:71. Dia akan membetulkan amalan-amalan kamu untuk kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu. Sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya memenangi satu kemenangan yang besar.

35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan sesiapa Dia hendaki, Dia beri petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah tahu apa yang mereka kerjakan.

35:10. Sesiapa hendak kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja baik - Dia naikkannya; tetapi orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan jadi sia-sia belaka.

37:61. Dan untuk yang serupa dengan ini, hendaklah orang-orang yang beramal mengamalkan."

39:39. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal; dan kelak kamu akan tahu,

39:65. Telah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu, "Jika kamu sekutukan, amalan kamu akan jadi sia-sia, dan kamu jadi antara orang-orang yang rugi."

39:74. Dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang benar dalam janji-Nya kepada kami, dan Dia mewariskan kami bumi sebagai tempat tinggal di mana sahaja kami hendaki di Taman." Sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!

40:37. Tali-tali langit, dan lihat Tuhan Musa; kerana aku sangka dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalang daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.

41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa kamu seru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"

42:15. Oleh kerana itu, kamu serulah, dan berlakuluruslah sebagaimana kamu diperintah; jangan ikut keinginan mereka, dan katakan, "Aku percaya kepada mana-mana Kitab yang Allah turunkan; aku diperintah supaya berlaku adil antara kamu. Allah Pemelihara kami, dan Pemelihara kamu. Bagi kami amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu; Allah akan kumpul kita bersama, dan kepada-Nya kepulangan."

46:19. Dan semua ada darjat mengikut apa mereka buat, dan supaya Dia bayar mereka sepenuhnya kerana amalan-amalan mereka, dan mereka tidak dizalimi.

47:1. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, Allah sesatkan (hilangkan) amalan-amalan mereka.

47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan mereka.

47:8. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, nasib malang bagi mereka, dan Dia sesatkan amalan-amalan mereka.

47:9. Itu kerana mereka benci pada apa yang Allah turunkan, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:14. Apa, adakah orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka ikut keinginan mereka?

47:28. Itu kerana mereka ikut apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan benci kepuasan hati-Nya, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:30. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami lihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu akan mengenali mereka dengan tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka pada ucapan mereka yang memutarbelitkan; dan Allah tahu amalan-amalan (perbuatan) kamu.

47:32. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, dan melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun mudaratkan Allah, dan Dia akan jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:33. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah jadikan amalan-amalan kamu sia-sia.

47:35. Maka janganlah lemah, dan seru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan lucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.

49:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah naikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak jadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak sedar.

49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak percayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."

52:21. Dan orang-orang yang percaya, dan keturunan mereka yang ikut mereka dalam keimanan, Kami akan hubungkan keturunan mereka dengan mereka, dan Kami tidak kurangkan mereka sedikit pun daripada amalan-amalan mereka; tiap-tiap orang ditanggungkan dengan apa yang dia usahakan.

66:11. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

67:2. yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia uji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun,

88:3. Beramal (bekerja) keras, keletihan,

99:6. Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan (perbuatan) mereka,

-Concordance muka surat 264-266


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman