Kalimat agama di dalam al-Qur’an
Perkataan agama lazimnya
diterjemah daripada kalimat din, yang terbit daripada akar
dal ya nun. Selain
din, akar tersebut menerbitkan juga kalimat-kalimat lain iaitu dana,
dayan dan
tadayana yang mempunyai maksud berbeza,
seperti hutang, dan dapat dilihat di Bahagian 1.
Bahagian 2 menyenaraikan ayat-ayat mengandungi kalimat
din.
Bahagian 1
Dana
-to judge; to practise a religion. (pcple. pass.)
indebted, (with negative) requited
~ daripadanya terbit yadinu dan madin
9:29. Perangilah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.
37:53. Apa, apabila kami sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan diberi pengadilan?'"
56:86. Mengapa, jika kamu tidak di
bawah pengadilan,
Dayn -a debt
2:282. Wahai
orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan
satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya,
dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan
seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah
mengajarnya .....
(selanjutnya difahamkan iaitu frasa berkontrak secara hutang adalah
Tadayana di
dalam al-Qur'an - Concordance ms 384)
4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat yang mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa kamu tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu tinggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat yang kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.
Bahagian 2
Din
-judgment, doom, (yawm al-din) Dayof Doom; that
which is due; religion
1:4. Merajai Hari
Agama (Pengadilan atau Pembalasan).
(ayat pertama mengandungi perkataan
din,
di dalam surah al-Fatihah)
2:132. Dan Ibrahim wasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah pilih untuk kamu agama; maka jangan kamu mati kecuali dalam kemusliman."
2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.
2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
2:256. Tidak ada paksaan
dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa
yang tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada
pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar,
Mengetahui.
(tidak ada paksaan; agama satu pegangan.)
3:19. Agama yang
benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka
kerana angkuh
antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat
Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.
(berselisih kerana
angkuh.)
3:24. Itu ialah kerana mereka (Yahudi) kata, "Api tidak akan sentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung." Apa yang mereka ada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.
3:72. Ada segolongan
daripada ahli Kitab berkata, "Percayalah kepada apa diturunkan kepada
orang-orang yang percaya pada permulaan siang, dan janganlah percaya pada
akhirnya, supaya mereka kemudian kembali,
3:73. Dan jangan percayai sesiapa kecuali orang yang ikut agama kamu." Katakanlah, "Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah, diberikan kepada sesiapa yang serupa dengan apa yang kamu diberi", atau debat kamu di sisi Pemelihara kamu, katakanlah, "Sesungguhnya pemberian adalah di tangan Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki, dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
3:83. Apa, adakah selain
daripada agama Allah yang mereka
cari, dan kepada-Nya tunduk
patuh sesiapa di langit dan di bumi, dengan rela atau benci, dan
kepada-Nya mereka akan dikembalikan?
(agama Allah - tunduk patuh kepada-Nya)
3:85. Sesiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.
4:46. Sebahagian
daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada
makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang", dan
"Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami",
putarbalikkan lidah mereka dan mencela agama. Sekiranya mereka kata, "Kami dengar dan kami
taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah itu lebih baik bagi
mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan
(kekafiran) mereka, maka mereka tidak percayai kecuali sedikit.
(kelirukan
makna perkataan; memfitnah agama)
4:125. Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang tundukkan wajahnya (kehendaknya)
kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut
agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai
seorang sahabat.
(agama Ibrahim.)
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.
4:171. Wahai ahli Kitab,
janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu
kata
terhadap Allah kecuali yang benar.
(jangan berlebih-lebihan dalam
agama; jangan berbohong mengenai Allah.)
5:3. Diharamkan kepada
kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan
kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang
yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang
buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk
berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada
hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu;
maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke
atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa
yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa,
maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(agama Islam sudah
disempurnakan-Nya; tidak perlu tambah lagi, seperti pada benda-benda yang
diharamkan untuk dimakan.)
5:54. Wahai orang-orang
yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada
agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan
mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap
orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut
akan celaan mana-mana pencela. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada
siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi,
Mengetahui.
(murtad)
5:57. Wahai orang-orang
yang percaya, jangan ambil sebagai wali-wali (sahabat-sahabat) kamu
daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang tidak percaya, yang ambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu
permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.
(ambil wali
daripada orang zaman dahulu; agama diejek)
5:77. Katakanlah, "Wahai
ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada
yang benar, dan jangan ikut keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya,
dan sesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."
(jangan
berlebih-lebihan dalam agama; jangan ikut kehendak orang zaman
dahulu)
6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang ambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Ingatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia usahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia tebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka usahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.
6:137. Demikianlah sekutu-sekutu mereka nampakkan indah bagi kebanyakan orang yang sekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk binasakan mereka, dan untuk kelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
6:159. Orang-orang yang
buat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu
(Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah,
kemudian Dia akan beritahu mereka apa yang mereka telah buat.
(Muhammad tidak anjur bergolongan dalam agama.)
6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang sekutukan."
7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku perintah supaya buat keadilan. Tegakkan muka-muka di setiap masjid, dan serulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia mulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan.
7:51. Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari ini, Kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka sangkal ayat-ayat Kami.
8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa mereka buat.
8:49. Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
8:72. Orang-orang yang percaya, dan hijrah, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan - mereka itu adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain. Dan orang-orang yang percaya tetapi belum lagi hijrah, maka kamu tidak ada kewajipan persahabatan untuk lindungi mereka sedikit pun, sehingga mereka hijrah; namun begitu, jika mereka minta pertolongan kepada kamu, demi agama, maka adalah atas kamu untuk tolong mereka, kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian; dan Allah lihat apa kamu buat.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
9:12. Tetapi jika mereka mungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan mencela agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.
9:29. Perangilah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.
9:33. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi untuk menjadi arif dalam agama, dan untuk beri amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?
10:22. Dia yang menjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka gembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka sangka mereka diliputi olehnya; mereka menyeru (doa) kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika Engkau selamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang berterima kasih."
10:104. Katakanlah,
"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.
(dalam
agama tidak sembah orang tetapi hanya Allah.)
10:105. Dan, 'Tegakkanlah wajah (muka/kehendak) kamu kepada agama, seorang yang lurus, dan janganlah kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.
12:40. Apa kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri namakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak turunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia perintahkan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia. Itu agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
12:76. Maka dia mulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia keluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami buat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh ambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah hendak. Sesiapa Kami hendaki, Kami naikkan darjat; di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan, ialah Yang tahu.
15:35. Ke atas kamu (Iblis) laknat hingga Hari Agama (Pengadilan)."
16:52. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; untuk-Nya agama yang kekal. Maka adakah kepada selain daripada Allah kamu bertakwa?
22:78. Dan berjuanglah
untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak
letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu,
Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka
lakukan solat, dan
berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah;
Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat
baik.
(tiada kesusahan dalam agama.)
24:2. Perempuan yang
berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka
dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan
terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan
hendaklah segolongan orang-orang mukmin saksikan azab
mereka.
(hukuman bagi penzina dalam agama Allah.)
24:25. Pada hari itu, Allah bayar mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang sebenar, dan mereka tahu bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).
24:55. Allah berjanji
kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat kerja-kerja baik,
bahawa Dia akan sesungguhnya jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi,
sebagaimana Dia jadikan orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti,
dan sungguh, Dia akan teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia
relai untuk mereka, dan Dia akan tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan
mereka, dengan keamanan. "Mereka menyembah-Ku, mereka tidak sekutukan Aku
dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu,
merekalah orang-orang fasiq.
(jadi "raja" di dunia kalau ikut agama
Allah.)
26:82. Dan yang aku inginkan akan ampunkan aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).
29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka sekutukan,
30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itu agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
30:32. Daripada
orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan,
tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi
mereka.
(golongan-golongan dalam agama berbangga.)
30:43. Maka tegakkanlah muka kamu kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka dipisah-pisahkan.
31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).
33:5. Panggillah mereka (anak angkat) mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.
37:20. Dan mereka berkata, "Aduhai, celakalah kami! Inilah Hari Agama (Pengadilan)."
38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama."
39:2. Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya.
39:3. Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - "Kami hanya sembah mereka supaya mereka dekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah" - sesungguhnya Allah akan hakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka selisihkan. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
39:11. Katakanlah, "Aku diperintah supaya menyembah Allah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya,
39:14. Katakanlah, "Allah aku sembah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya.
40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang tidak percaya membencinya.
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku bunuh Musa, dan hendaklah dia menyeru Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan tukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.
42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
42:21. Atau, adakah
mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai
agama, yang dengannya Allah tidak izinkan? Jika tidak kerana Kata
Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang zalim, azab
yang pedih.
(orang-orang yang memandai-mandai mensyariatkan untuk agama
dianggap sebagai sekutu-sekutu Allah.)
48:28. Dia yang mengutus Rasul dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama. Cukuplah Allah sebagai saksi.
49:16. Katakanlah, "Apa,
adakah kamu akan ajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah tahu apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah tahu segala
sesuatu."
(hendak ajar Allah mengenai agama?)
51:6. Dan sesungguhnya Pengadilan hampir terjadi!
51:12. Dengan menanyai, "Bilakah Hari Agama (Pengadilan)?"
56:56. Inilah yang jadi sajian mereka pada Hari Agama (Pengadilan).
60:8. Allah tidak larang kamu terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam agama, dan tidak juga mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, supaya kamu buat baik kepada mereka, dan berlaku adil terhadap mereka; sesungguhnya Allah suka orang yang adil.
60:9. Allah hanya larang kamu terhadap orang-orang yang memerangi kamu dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, dan menyokong dalam pengusiran kamu, untuk kamu jadikan mereka sahabat-sahabat. Dan sesiapa yang jadikan mereka sebagai sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
61:9. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.
70:26. Yang mengesahkan Hari Agama (Pengadilan),
74:46. Dan kami dustakan Hari Agama,
82:9. Tidak sekali-kali! Bahkan kamu dustakan agama (Pengadilan).
82:15. Dipanggang di dalamnya pada Hari Agama,
82:17. Dan tahukah kamu
apakah ia Hari Agama?
82:18. Kemudian, tahukah kamu apakah ia Hari
Agama?
82:19. Satu hari apabila tiada jiwa memiliki sesuatu untuk
menolong jiwa yang lain; pada hari itu, Perintah adalah kepunyaan
Allah.
83:11. Yang dustakan Hari Agama,
95:7. Maka apakah pula yang dustakan kamu mengenai agama (Pengadilan)?
98:5. Mereka diperintah hanya untuk sembah Allah, dengan menuluskan agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan memberi zakat - itulah agama yang betul.
107:1. Sudahkah kamu lihat dia yang dustakan agama (Pengadilan)?
109:6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!"
110:2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan,
~ A Concordance of the Qur'an ms
382
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman