Kalimat Adam di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi nama Adam, serta konteksnya sekali, adalah seperti berikut:


2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

2:31. Dan Dia ajar Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia kemukakan kepadapara malaikat. Dia berkata, "Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar."

2:32. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Kami tidak ada pengetahuan melainkan apa yang Engkau ajar kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."

2:33. Dia berkata, "Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya", maka setelah dia beritahu mereka nama-namanya, Dia berkata, "Tidakkah Aku kata kepada kamu bahawa Aku tahu perkara-perkara yang ghaib di langit dan bumi, dan Aku tahu apa yang kamu nampakkan dan apa yang kamu sembunyikan?"

2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antara orang-orang tidak percaya (kafir).

2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."

2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."

2:37. Lalu Adam terima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia terima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:38. Kami berkata, "Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa yang ikut petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

3:33. Allah telah pilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam.

3:59. Sesungguhnya persamaan Isa di sisi Allah seperti persamaan Adam. Dia ciptanya daripada tanah, kemudian Dia berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah dia.

5:27. Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa.

7:11. Kami cipta kamu, kemudian Kami bentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukan daripada orang-orang yang sujud.

7:12. Berkatalah Dia, "Apakah yang halangi kamu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu?" Berkata, "Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat."

7:13. Berkata, "Turunlah kamu, keluar darinya; tiada bagi kamu untuk menyombong di dalamnya, maka keluarlah; sesungguhnya kamu adalah di kalangan orang-orang yang direndahkan."

7:14. Berkata, "Tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."

7:15. Berkata, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan."

7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,

7:17. Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka berterima kasih."

7:18. Berkata, "Keluarlah kamu darinya, terhina dan terbuang. Orang-orang antara mereka yang ikut kamu - sungguh Aku akan penuhi Jahanam dengan kamu semua."

7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang zalim."

7:20. Kemudian syaitan bisik kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu larang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu jadi malaikat-malaikat, atau kamu jadi makhluk-makhluk yang hidup selama-lamanya."

7:21. Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat."

7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka panggil mereka, "Tidakkah Aku telah larang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"

7:23. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami jadi antara orang-orang yang rugi."

7:24. Berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu."

7:25. Berkata, "Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan."

7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah turunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.

7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang tidak percayai.

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir.

7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu Rasul-Rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami saksikan"; supaya kamu tidak kata pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."

17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"

17:62. Berkata, "Apakah pendapat Engkau? Yang ini Engkau muliakan di atas aku - jika Engkau beri tangguh kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali sedikit."

17:63. Berkatalah Dia, "Pergilah! Orang-orang antara mereka yang ikut kamu - sesungguhnya Jahanamlah balasan kamu, satu balasan yang cukup!

17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak janjikan mereka kecuali tipuan.

17:65. "Sesungguhnya kepada hamba-hamba-Ku kamu tidak ada kuasa." Cukuplah Pemelihara kamu sebagai wakil.

17:70. Kami muliakan Bani Adam dan bawa mereka di darat dan laut, dan rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan lebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.

18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.

20:115. Dan Kami telah buat perjanjian dengan Adam sebelumnya, tetapi dia lupa, dan Kami dapati padanya tiada tekad yang kuat.

20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan.

20:117. Kemudian Kami berkata, "Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka janganlah ia keluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu jadi sengsara.

20:118. Sesungguhnya bagi kamu, tidaklah kamu kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang,

20:119. Dan tidak juga kamu berasa dahaga di dalamnya, dan tidak juga kepanasan."

20:120. Kemudian syaitan bisik kepadanya, dengan berkata, "Wahai Adam, bolehkah aku tunjukkan kepada kamu Pokok Yang Kekal, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?"

20:121. Maka kedua mereka makan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan terima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.

20:123. Berkata, "Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang ikut petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia jadi sengsara.

20:124. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada Peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami bangkitkan dia buta."

36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman