Tidak Berpuasa kerana....

 

From: Habib
To: ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, August 3, 2013 2:21 PM
Subject: Bersetubuh


Salamun'Alaikum atuk,

Atuk sihat? harap atuk dan sekeluarga berada di dalam keadaan yang baik di pencipta kita. Memandangkan kita sedang berada di bulan ramadhan, dan berkemungkinan pemikiran remaja seperti Habib yang agak "miang" bak kata orang utara,!hehe.. Jadi Habib nak kemukakan dua soalan, seperti biasa, sebelum menulis, Habib pasti akan cuba untuk mengkaji sendiri, kemudian meminta pendapat daripada cikgu-cikgu dan uztat-uztat di sekolah, dan kebanyakkannya drpd mereka tidak dapat memberi jawapan.

1) Bolehkah pasangan suami isteri yang tidak berpuasa bersetubuh pada siang hari di bulan ramadhan? Soalan ini disokong oleh ayatNya yang berbunyi :-

“Al-Baqarah : Ayat 187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa”

2) Katakanlah suaminya bekerja sebagai pembawa kapal, diberi balik rumah untuk menjalankan tanggungjwb hanya seketika, atau contoh lain yang seumpama dengannya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu si suami balik ke rumah seketika di siang hari pada bulan ramadhan, dan terpaksa kembali ke kerja sebelum malam, jadi disebabkan tidak dapat mengawal nafsu dan si isteri memang sudah tidak tahan lagi untuk bersama dengan si suami, jadi mereka berdua membuka puasa dengan memakan apa-apa makanan terlebih dahulu (bukan dengan cara persetubuhan), kemudian barulah mereka bersama. Jadi apa pendapat atuk?

Maaf jika penulisan Habib pada kali ini menyusahkan atuk.

Terima Kasih.


Salamun alaikum,

Terus kepada soalan # 1):

Sila perhatikan kalimat Allah "Dihalalkan" pada ayat tersebut, iaitu dihalalkan pada waktu malam sahaja. Bermaksud pada waktu siang tidak halal bercampur dengan isteri, dan tidak halal makan dan minum. Tentang bercampur dengan isteri pula, ia dilarang lagi, pada waktu malam pulak, semasa bertekun di masjid. Nampak seperti bercampur dengan isteri pada bulan Ramadan adalah suatu yang harus diambil berat supaya ia dapat di-control pada waktu-waktu tertentu.

Had yang dikenakan itu adalah Had Allah, "jangan keluar daripadanya", kata-Nya. Perhatikan pula perkataan jangan. Ini amat berat.

Balik kepada suami isteri yang tidak berpuasa. Kenapa? Kalau kerana fasiq, atau tidak mempedulikan perintah Tuhan, maka soalannya tidak harus difikirkan langsung.

Akan tetapi, kalau mereka memberi alasan seperti sedang dalam perjalanan atau sakit (yang diizinkan Allah supaya tidak berpuasa), tetapi bertenaga pula melakukan adegan ganas itu pada waktu siang hari, maka kami syak beban perjalanan atau sakit yang mereka tanggung tidak mendatangkan mudarat jika mereka tidak makan dan minum, atau berpuasa.

Teringat seorang sahabat mukmin yang tidak begitu sihat tetapi beliau meneruskan puasanya walaupun dia makan ubat yang diberi doktor. Hanya makan ubat dan mungkin minum sedikit air. Katanya, beliau boleh terus bertahan tidak makan dan tidak minum, atau berpuasa. Demikian tindakan seorang yang takut kepada Pemelihara mereka. Kami tidak tahu tentang penerimaan Allah terhadap tidakannya, dan kami tidak bertanya pula kepada orang lain.


Beralih kepada soalan # 2):

Didapati suami isteri itu "tidak tahan lagi" lalu mereka berani keluar daripada Had-Nya!

Itu saja yang kami mampu catatkan di sini mengenainya. Maaf.


Terima kasih kepada remaja Habib yang ingin tahu jawapan kepada soalannya yang agak baik. Sebelum berhenti, ingin kami nyatakan bahawa Tuhan kita, Allah, amat Mengetahui tentang manusia (dan dalih-dalih mereka) lalu menetapkan syarat berpuasa dengan penuh Bijaksana. Bagi manusia pula, atas perintah-Nya, mereka hanya berkata "Kami dengar dan kami taat".

Allah disanjung!


4 Ogos 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman