Iram

 

From: Sari Nande
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, July 16, 2013 12:42 AM
Subject: IRAM

Salamun alaikum,

Semoga Tuan Pengurus Laman dan para pengikut e-bacaan sentiasa diberkati Allah.

Ketika menyelak halaman Penemuan dalam e-bacaan saya teringat tentang bandaraya IRAM, yang disebut dalam Surah  Fajar, Ayat 7 (89:7).

Video berikut adalah antara salah satu penemuan Kebenaran.

Dikongsi bagi Peringatan bersama. Terima kasih.

http://www.youtube.com/watch?v=Y6jL1Y1G-44


Salamun alaikum,

Terima kasih. Teringat pula membaca sebuah artikel mengenai Iram yang diterbit majalah National Geographic di mana dinyatakan di tempat ia dijumpai terdapat perkataan Iram, dan dijelaskan lagi bahawa nama itu tidak terdapat di mana-mana buku kecuali al-Qur'an. Gambar foto tiangnya turut diselitkan. Kerana pembacaannya sudah lama dilakukan, iaitu lebih 2 dekad lalu, maka kami tidak ingat tarikh terbitannya.

Kami cuba mencarinya di internet, setelah menerima kiriman SN di atas, tetapi malangnya tidak jumpa. Sebaliknya kami jumpa beberapa penulisan lain mengenainya, dan antara yang menarik, sebagai pengetahuan tambahan bagi input di atas, adalah pada dua link di bawah:

http://wikimapia.org/17383832/Iram-of-the-Pillars

http://www.miraclesofthequran.com/historical_07.html


Ayat yang menyebut Iram berbunyi,

89:7. Iram dengan tiang-tiang tinggi,
89:8. Yang serupa dengan apa yang belum pernah dicipta di negeri-negeri,


Terima kasih.

Allah disanjung!


17 Julai 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman