Rintihan Ibu di dalam Mimpi
dan Busuk
From:
sky5ire
To: ebacaan@yahoo.com
<ebacaan@yahoo.com>;
Subject:
Sekadar Berkongsi
Infomasi
Sent: Thu, Jun 27, 2013 5:59:07 AM
Salam Kepada Semua
Sekadar berkongsi infomasi sahaja
link dibawah ini akan membawa anda lansung ke youtube untuk anda menyaksikan
bagaimana cara segelintir orang melayu kita 'berzikir/berwirid' didalam masjid
Salam.
http://youtu.be/i_SorQFLsBE
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Link tersebut membawa kepada
Youtube tanpa video berjudul "Rintihan Ibu Didalam Mimpi".
Pun begitu, ia elok juga didengari, walaupun kandungannya tidak Quranik. Tidak
mungkin mana-mana orang al-Qur'an akan bertemu dengan mimpi sedemikian rupa.
Kerana kepercayaan.
Menyebut tentang
kepercayaan atau agama yang berlainan, lalu satu cerita dikemukakan.
Berada di sebuah negara di mana jumlah orang Islam hanya 3 peratus, dan kerana
itu restoran halal didapati amat sedikit. Tapi kami ingin merasai masakan
orang tempatan yang muslim. Lalu dibawa ke sebuah kedai makan halal di kawasan
sebuah masjid. Tour guide kami sedia makan bersama kami, setelah
dijemput, tetapi tidak dengan pemandu kereta yang seagama dengannya. Menurut
tour guide setelah bercakap dengannya, sebab dia enggan makan ialah kerana bau
busuk akibat memakai tudung kepala.
Kami syak, tour
guide tersebut berani memberitahunya kepada kami kerana mendapati pihak isteri tidak memakai
tudung kepala. Kami tidak berkata apa-apa, tetapi terus mula menjamu selera
dengan makanan yang telah dihidangkan, sementara perkara "busuk" dan "tudung kepala"
yang diajukan tidak menjadi
keutamaan dalam perbualan kami ketika itu.
Itu saja buat
juadah kali ini. Terima kasih.
Allah disanjung!
5 Julai 2013
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman